Ini bukan nak kata Kak
Fa nak sokong anak-anak yang suka beli LEGO ataupun nak memenangkan mahupun
memanjakan anak-anak supaya dibelikan LEGO. Cumanya, tak rugi sebenarnya beli
LEGO untuk anak. Ini pemikiran segelintir dari individu termasuk Kak Fa. Serius
- walaupun harganya boleh tahan tetapi tak rugi beli LEGO untuk anak. Sebab tak
rugi beli LEGO untuk anak? Meh Kak Fa kongsi meh, sebab tak rugi beli lego
untuk anak. Baca tau? Jangan tak baca... Haippp jangan malas! Ha ha ha...
Tak lekang dek zaman,
tak lapuk dek hujan - permainan yang pernah dinobatkan sebagai barang permainan
paling popular di dunia. LEGO sebenarnya bermula sekitar tahun 1930-an oleh
sebuah syarikat kecil dari Denmark. Berasal dari sebuah perusahaan tukang kayu,
mereka mula membina tangga, papan seterika hinggalah mainan kayu. Pada tahun
1934, mereka mula memakai nama LEGO untuk perusahaan mereka. Perkataan LEGO
diambil dari bahasa Denmark, leg godt yang
bererti bermain dengan baik.
Sebagai sebuah perusahaan,
sudah tentu LEGO mempunyai jatuh bangunnya. Namun mereka mampu bertahan dan
bersaing dengan pesaing-pesaing baru seperti Hasbro dan Mattel. Ini membuktikan
peminat LEGO tetap setia dan tak ditelan dek zaman! Kenapa Kak Fa kata tak rugi
beli LEGO untuk anak? Ini yang Kak Fa baca melalui artikel di SINI:
Return Rate Yang Tinggi
Melalui kajian yang
diterbitkan bertajuk The
Toy of Smart Investors para pengkaji telah meneliti 2000 set LEGO yang
telah dikeluarkan sekitar tahun 1980 sehingga 2014. Beliau kemudiannya
membandingkan nilainya pada tahun 2015 dan mendapati kebanyakan set LEGO ini
memiliki return rate pada kadar 11%. Malahan, ada versi rare seperti Millenium
Falcon yang dikeluarkan sempena ulangtahun Star Wars ke 30. Set ini dikatakan
boleh melonjak harganya sehingga 613%! - Ha ha ha... Tiba-tiba dah setting
dalam kepala ni nak jual pre-loved LEGO Iyash bila dah tak pakai nanti.
Nilai Sentimental
Walaupun LEGO merupakan
jenama permainan kanak-kanak, tetapi ramai yang mengenali LEGO dan menyimpannya
sebagai nostalgia. Disebabkan nilai sentimental ini, ia boleh menjadi pelaburan
alternatif bagi sesiapa sahaja yang sukakan LEGO. Berbanding dengan sesetengah
barangan, ia tidak terlabel sebagai item mewah, namun memiliki pulangan yang
tinggi serta kurang berisiko.
Pasaran Yang Luas
Lego memiliki pasaran
yang luas sebab ia dikenali di seluruh dunia. Jadi, walaupun kita berada di
Malaysia, tidak mustahil kita boleh menjualkannya di luar negara. Uniknya,
selain laman web jual beli online seperti eBay, penggemar LEGO juga
membangunkan laman web penjualan LEGO secondhand seperti BrickLink, BrickPicker dan BrickScout. Terdapat banyak LEGO yang
dijual secondhand, malah ada yang mencecah nilai ribuan dollar!
Produksi Setiap 2 Tahun
Menurut penelitian
pakar, set-set LEGO yang dijual biasanya akan diproduksikan selama 2 tahun
sahaja. Maksudnya, satu-satu set yang dijual hanya berada di pasaran lebih
kurang dalam tempoh tersebut. Selepas itu, mereka akan membuat set dengan tema
yang lain dan memang tak akan repeat semula. Ini menjadikan ianya unik dan
bernilai tinggi, terutamanya apabila dijual selepas ia pupus di pasaran. Antara
set LEGO yang paling popular dan bernilai tinggi adalah yang menggunakan tema
movie seperti Harry Potter, Star Wars dan Marvel.
Kreativiti Tanpa Batas
Selain faktor di atas,
kita sebagai mak ayah pun tentu teruja bermain LEGO sebab ianya sesuatu yang
amat universal. Tidak kiralah berapa pun umur kita, sesiapa sahaja mampu
membina apa saja dan mengekspresikan idea menjadi sesuatu yang realistik
menggunakan blok binaan tersebut. Mak ayah yang kreatif juga boleh menggunakan
LEGO sebagai alat bantu mengajar.
Selain itu, tidak
dinafikan yang kualiti LEGO amat terjaga. Ia boleh tahan lama dan jarang rosak.
Jadi, kalau kita beli untuk si abang, adik-adiknya pun boleh main sama bila
mereka dah besar nanti.
Bukan Sekadar Mainan Untuk Anak
Sesuailah dengan misi
mereka offer unlimited building
possibilities, permainan ini sangat bermanfaat dan mampu menginspirasikan
minda anak-anak. Pada masa yang sama, ia juga membina kemahiran motor kasar dan
halus.
Kak Fa do agree yang
rasanya memang tak rugi beli LEGO sebab dari satu permainan mendatangkan banyak
manfaat.
rumah saya pun penuh dengan lego ni. imaginasi dan kreativiti depa tinggi, macam-macam diorang reka.
ReplyDeleteseronok tgk diaorg berimaginasi bina2 guna lego
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete