![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Dulu pernah cipta
akaun Instagram dia - sampai sekarang akaun tersebut berstatus private.
Sekalipun tak pernah buka kepada umum. I just feel that I am not ready to open
his Instagram for the public. Lagipun tak ada keperluan pun. Akaun Facebook?
Pernah terfikir untuk cipta satu untuk dia - tapi akhirnya tak jadi pun.
Finally, Kak Fa rasa tidak ada keperluan pun untuk mencipta laman media sosial
Iman Firash. And I've decided not to until Kak Fa sendiri rasa dia telah
mencapai tahap umur yang paling sesuai untuk berbuat demikian. Cukuplah dengan
kisah dan cerita yang Kak Fa kongsikan sebagai Parenting Blogger & Micro
Influencer di laman media sosial Kak Fa. Kenapa perlu Kak Fa nak dedahkan
berlebihan had pula kan? One of the reason - Kak Fa nak elakkan Firash dari
terkena buli siber sehingga menjejaskan diri dia sendiri. Petanda anak menjadi
mangsa buli siber! Let's check out!
Menurut Portal
Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia sepertimana yang diolah semula melalui
artikel di SINI,
buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang
melalui medium elektronik seperti mesej teks (sms), e-mel, laman web sosial,
telefon bimbit atau permainan internet. Tambahan lagi, menurut Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) lebih daripada 22 juta rakyat
Malaysia adalah pengguna media sosial dan pelajar sekolah adalah golongan yang
banyak menghabiskan paling banyak masa dalam seminggu di dalam talian. Gejala
buli siber juga kebanyakan berlaku di kalangan remaja dan kanak-kanak.
Observe!
Perhati-perhati beberapa tanda yang perlu mak ayah ambil perhatian:
Tekanan Emosi
Jika anak anda
adalah mangsa buli siber, mereka mungkin akan mengalami tekanan emosi.
Kebiasaannya, tekanan emosi ini akan berlaku semasa atau selepas mereka
menggunakan Internet atau media sosial. Mereka mungkin akan rasa sedih,
tertekan, marah atau geram. Ada juga yang akan merasakan rendah diri selepas
membaca koen atau status yang dimuatnaik di media sosial mengenai diri mereka.
Rutin Harian Tidak Menentu
Menurut Polis
Diraja Malaysia, mangsa buli siber juga akan mengalami rutin harian yang tidak
menentu. Ini bermakna, jika anak anda adalah mangsa buli siber, mereka mungkin
hilang selera makan dan mereka tidak boleh tidur kerana sering mengalami mimpi
mengenai perkara yang berlaku di dalam media sosial. Kesihatan mereka juga
mungkin akan terjejas.
Sentiasa Gelisah
Antara tanda buli
siber yang dikongsikan oleh Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, mangsa
buli siber akan sentiasa rasa gelisah apabila mereka mendapat mesej teks atau
e-mel. Ini kerana mereka takut jika mesej atau e-mel yang diterima adalah
berbaur hinaan atau kutukan pada diri mereka sehingga membuatkan mereka rasa
rendah diri dan tertekan.
Keputusan Merosot
Buli siber ini
bukan sahaja terkesan pada emosi dan sosial anak tetapi juga dari segi akademik
mereka. Mereka mungkin akan mengalami kemerosotan dalam akademik kerana terlalu
tertekan dengan hinaan yang diterima di media sosial. Mereka mungkin tidak
dapat fokus dalam pelajaran dan seterusnya akan hilang minat untuk ke sekolah
jika pembuli siber itu datang dari rakan dari sekolah mereka sendiri.
Depresi
Jika masalah buli
siber ini tidak dibendung dari awal, ia mungkin akan menyebabkan anak-anak
mengalami simptom depresi atau tertekan. Mereka akan mula mengasingkan diri
daripada keluarga dan rakan-rakan lain. Anak akan menjadi lebih murung kerana mereka
sentiasa menjadi objek ejekan rakan di media sosial. Jika ia tidak dikesan
lebih awal, mereka mungkin lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau
mengancam untuk membunuh diri.
Berhenti Menggunakan Teknologi
Bagi mangsa buli,
satu-satunya cara untuk mengelakkan diri mereka dari terus dibuli adalah dengan
menjauhkan diri daripada punca mereka dibuli. Dalam kes seperti buli siber,
mangsa mungkin akan berhenti menggunakan teknologi seperti komputer, telefon
bimbit, komputer riba dan sebagainya. Jika anak-anak menunjukkan tanda ini,
kemungkinan besar mereka adalah mangsa buli siber.
Menjauhkan Diri
Salah satu tanda
mangsa buli siber adalah mereka akan menjauhkan diri dari perhimpunan sekolah,
kumpulan, rakan dan juga keluarga. Mereka sering duduk di dalam bilik dan
sentiasa mengelak daripada melakukan aktiviti bersama keluarga atau rakan.
Mereka gemar bersendirian dan jauh daripada orang lain kerana mereka merasakan
diri mereka sentiasa menjadi objek ejekan orang sekeliling.
Media sosial
memang nampak fun and interactive tapi a part of it, yang mempunyai akaun media
sosial memang kena betul-betul mempunyai jati diri yang kuat dan hati memang
kena kental serta tidak mudah berada di bawah pengaruh netizen. Ada macam-macam
ragam orang di media sosial, macam-macam pendapat dan pandangan. Yang positif
dan juga negatif. Sebab tu Kak Fa kata, Kak Fa bukan nak jadikan Firash ibarat
katak di bawah tempurung dengan menyekat kehadiran dia di dalam dunia media
sosial dengan mempunyai akaun media sosial sendiri. At least bukan sekarang,
dan bukan dalam waktu-waktu terdekat. Jauh lagi...Tu jer yang Kak Fa boleh
bayangkan. I've been in it, you've been in it... Kak Fa rasa Kak Fa akan tahu
bila waktunya sesuai untuk Firash. I may not know best but I am trying my best.
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.