![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Banyak
dah sebelum ni Kak Fa kongsikan mengenai berkhatan ni. Contohnya entri Informasi
Khatan Anak Lelaki, Firash Tak
Nak Sunat!, KHATAN:
Perbezaan Cara KONVENSIONAL Dan MODEN, Kebaikan
Khatan Anak Lelaki Lebih Awal dan Menghilangkan
Rasa Takut Berkhatan Di Kalangan Anak. Banyak sangat dah ceritanya - kali
ni Kak Fa belajar lagi tentang khatan...Ha ha ha... Persiapan yang patut
dilakukan oleh mak ayah jika ANAK PERTAMA yang nak berkhatan... Risau ke? Risau
tu tak berapa sangat tetapi berdebar... Bukanlah so soon, tapi masa tu akan
tiba juga sooner or later kan? Kak Fa tengah kumpul ilmu dulu ni wehhh...
Al-maklumlah kan? Kak Fa bukannya seorang ibu yang berpengalaman bab-bab khatan
ni. Lagipun tak pernah ada adik beradik lelaki...Mana nak tau bagaimana keadaan
kan? Kalau ada adik beradik lelaki tu mungkin pernah tengok jugalah...
Menurut
artikel di pautan di SINI:
Jangan Racuni Emosi Anak Yang Nak Berkhatan
Tu
dia... Bila masuk jer musim cuti sekolah, masa tulah ibu bapa yang ada
anak-anak hero nak sembelih bebird atau khatan anak lelaki mereka. Mula gelabah.
Doktor dan Tok Mudim mula lah sibuk start asah parang, kapak dan gergaji untuk
mula bertarung dengan anak-anak hero ini. Ha ha ha...
Masa
nilah kanak-kanak diselami oleh parasaan takut dan curiga bila dikejutkan oleh
abang-abang mereka ataupun orang dewasa di sekeliling mereka. Maka, mindset
kanak-kanak telah diracuni ketakutan sebelum berkhatan. Sepatutnya ibu bapa /
keluarga patut memupuk yang berkhatan untuk kebersihan dalam Islam untuk
beribadat. Khatan kejap jer, relaks jer... Barulah jadi orang dewasa yang macho
lagi gagah... Heeee...
Khatan Tak Sakit
Instead
of racun emosi anak yang nak berkhatan... better inject mereka dengan facts
nasihat doktor ni:
1.
Ketika doktor sembelih bebird tu ia TIDAK SAKIT SEDIKIT pun kerana doktor sudah
beri suntikan setempat di pangkal bebird tu. Yang SAKIT hanya 10 SAAT sahaja
ketika doktor memberi bius setempat tu sahaja. Lepas tu khatan/sembelih bebird
... tak sakit langsung.
2.
Yang MENAMBAH KESAKITAN ialah MINDSET atau fikiran/persepsi kanak-kanak
ditakut-takutkan seperti:
i.
Dikatakan Tok Mudim guna parang, kapak atau gergaji untuk sembelih bebird tu.
ii.
Tok Mudim...Doktor lettew...bermisai garang, muka bengis dan badan 6 pax.
Padahal doktor ni kurus cicak kobeng jer...
iii.
Tok Wan dan Opah dah list up macam-macam pantang larang serta macam-macam ubat
kampung yang dikatakan untuk cepat sembuh bebird yang dikhatankan tu.
Sebenarnya KHATAN Tu Mudah, Relaks Dan Very Easy Jer
i.
Ceria-ceriakan kanak-kanak tu dan terangkan kepada mereka dah nak jadi anak emak/ayah
yang hebat lagi dewasa serta menjadi orang Islam yang sejati lagi beriman.
ii.
Hadiahkan mereka sebagai dorongan dengan kasih sayang bila selesai jer bebird
tu dikorbankan.
iii.
Kesakitan dalam 10 saat (5 kali tarik nafas jer) masa doktor bagi suntikan jer.
Cara Doktor Khatan Hero-Hero Ini
i.
Siapkan anak-anak tu atas katil dan cuci bebird dengan aseptic lotion lalu beri
suntikan bius local.
ii.
Sebagai doktor...terpaksa pakai psikologi tinggi sambil berbual supaya
kanak-kanak tu hilang perasaan ketakutan jer. Bila bius diberi... mudah jer kerja
doktor korbankan bebird tu. Siap dalam 10 minit jer.
Yang Jadi Masalah Doktor
i.
Anak yang nombor PERTAMA masuk berkhatan seorang yang MANJA, PENAKUT, ANAK
LEMBUT, SUKA MENANGIS dan lain-lain yang merosak perasaan kanak-kanak lain yang
menunggu giliran berkhatan. Kanak-kanak macam ni doktor khatankan penghabisan
sekali.
ii.
Kalau anak nombor PERTAMA tu OK dan Line Clear dalam 10 minit keluar bilik
doktor dengan senyum lebar dan gembira lepas khatan...mood kanak-kanak lain
naik semangat. Yang lain doktor sembelih senang jer.
iii.
Kalau yang nombor PERTAMA, MENYALAK atau keriau KESAKITAN atau cabut lari dari
katil bedah doktor, maka yang lain jadi FOBIA. Habislah doktor. Kena pakai ilmu
psikologi yang tinggi sikit nak pujuk yang lain-lain.
iv.
Yang paling susah dalam dunia, bila doktor dapat ibu bapa yang lebih ANXIOUS /
GELABAH daripada anak yang nak berkhatan.
Pusing-pusing
ikut celah mana pun...sebenarnya mak ayah memang memainkan peranan penting
kalau nak anak tak meraung sewaktu berkhatan. All the best lah buat semua mak
ayah yang bakal melalui pengalaman buat pertama kali...Termasuklah diri Kak Fa
sendiri pada masa akan datang nanti ni ha... Ha ha ha!
Betul sangat kesemua tips di atas. Masa anak bujang Sis, Sis lebih terapkan kenapa dalam Islam orang lelaki perlu bersunat..jadi benda-benda lain dia tak payah tahu hehehehe..so kuranglah takut dia sebab dia hanya fikir memang wajib berkhatan ...
ReplyDelete