Semuanya bermula beberapa minggu
yang lepas bila Iman Firash demam buat kali yang kedua untuk tahun 2019 ini.
Kena kuarantin tak dihantar sekolah. Kerjanya terbaring, bangun, tidur, main -
terbaring, bangun, tidur, main. Dalam hati, Kak Fa terfikir - tak boleh macam
ni. Kak Fa nak didik dia untuk tahan penyakit macam Kak Fa. Demam-demam pun
dayakan juga untuk lawan penyakit dan cuba untuk jadi aktif. Jadi apa cara yang
terbaik untuk latih Firash? Bukan nak dera anak yang tidak sihat, Kak Fa tahulah tahap kemampuan kesihatan
Firash kan? Sebab Kak Fa yang analisa dan Kak Fa yang observe. Kak Fa cuma nak
melatih Firash untuk tahan penyakit yang sikit-sikit dan sebenarnya masih boleh
melakukan aktiviti sambil mengasah minda serta kreativiti Firash. Tu kita katakan
sebagai menyelam sambil minum. Fikir punya fikir, kebetulan ternampak aktiviti
cabaran HP Little Makers dan kebetulan di rumah ada HP Deskjet Ink Advantage
3777 All-in-One Printer. Boleh sangat dah ni untuk isi masa lapang ketika
dikuarantin dari pergi ke sekolah ni.
So...
What I did was - adalah dengan gigihnya bersama-sama Firash untuk menyiapkan
aktiviti-aktiviti cabaran yang telah disediakan melalui laman web HP di SINI.
Kalau tak silap Kak Fa, ada 8
aktiviti cabaran HP Little Makers kesemuanya yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa bersama anak-anak.
Langkah Penyertaan Cabaran HP Little Makers
1. Muat turun, cetak dan mulakan
aktiviti cabaran HP Little Makers.
2. Rakamkan gambar aktiviti
cabaran yang dilakukan dan tampilkan bagaimana magisnya kreativiti anda.
3. Muat naik gambar aktiviti
cabaran yang telah dirakamkan ke laman media sosial (Facebook/Instagram)
ataupun muat naik melalui laman web HP. Pastikan laman media sosial tu disetkan
kepada tetapan awam atau public ya? Private tak layan! Ha ha ha...
4. Sertakan bersama-sama # wajib
iaitu #reinventlearning #HPDeskJet
#HPLittleMakers #HPMY dan tag HP di @hp_asia (Instagram) atau @HPMalaysia
(Facebook).
5. Semua dah ready? Muat naik
dengan kadar kelajuan sepantas kilat!
6. Secara rasminya anda adalah
salah seorang calon yang mungkin terpilih sebagai pemenang aktiviti cabaran HP
Little Makers ini. Tunggu jerlah... Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu kan?
Aktiviti Cabaran HP Little Makers
Setakat ini, Kak Fa dah berjaya
bersama-sama Firash melakukan 4 aktiviti cabaran HP Little Makers iaitu:
Challenge 1: Paper Plane Physics
Aktiviti cabaran pertama yang
kami lakukan bersama-sama adalah paper plane physics. Terus teringat
zaman-zaman kecil-kecil Kak Fa dulu yang pernah melipat-lipat kertas untuk
dijadikan kapal terbang kertas. Bermain sambil belajar. Memahami bagaimana
sains di sebalik pergerakan kapal terbang kertas.
Challenge 2: Behind The Shadows
Seriuslah! Kenapa Kak Fa tak
pernah terfikir tentang aktiviti bermain sambil belajar shadow puppets ni
sebelum ni? Ha ha ha...Nampak sangat otak Kak Fa ni dah tepu weiii... Sedangkan
inilah yang paling mudah dan inilah dia yang Kak Fa sering tonton sewaktu Kak
Fa kecil-kecil dulu. Seronok pulak weiii! Macam terasa kembali ke zaman
kanak-kanak. Even dalam rancangan Hi-5 pun ada puppet kan? Firash sangat
sukakan aktiviti ini dan dia sangat enjoy.
Challenge 3: Time Will Tell
Main bayang lagi tapi kali ni
sambil belajar untuk tengok waktu. Jam tradisional. Seronok Firash... Sebab
sebelum-sebelum ni, dia belum pernah lagi lakukan aktiviti sebegini. Kak Fa
dapati dengan cara sebegini, Firash lebih mudah faham mengenai konsep masa.
Challenge 4: Around The World
Main tampal-tampal. Aktiviti
cabaran HP Little Makers yang satu ni, mendidik Firash tentang peta dunia dan juga
ikon luar negara dan meneroka some of the best hidden treasures in the world.
Kak Fa biarkan dia meneka dan menampal sendiri ikon-ikon yang Kak Fa dah
sediakan dengan menggunakan HP DeskJet Ink Advantage 3777 All-in-One Printer
dan kemudian baru Kak Fa betulkan mana-mana bahagian yang salah. Seronok sangat
dia... Sampaikan minta untuk buat kali kedua.
Challenge 5: Unboxing Imagination
This is yet Kak Fa sedang nak
sediakan bahan cetakan seperti kertas keras dan kemudiannya barulah kami boleh
lakukan aktiviti ini bersama-sama. Konsepnya adalah "Jack in the
Box"...Buka-buka kotak? Tadaaa...Surprise! He he he... Seronok juga ni.
Pendek kata semua seronoklah, tak ada yang tak seronok.
Tu
baru 5 cabaran... Yet to wait for the last 3 challenge! Minggu berganti minggu
dan cabarannya semakin menarik dan mengujakan. Bukan saja-saja jer tau buat
cabaran ni... Tetapi bagi setiap aktiviti
cabaran HP Little Makers, pihak HP akan memilih 5 orang pemenang bertuah untuk
memenangi hadiah-hadiah yang berupa produk HP yang bernilai RM 500.00. Sambil
bermain sambil belajar dan detoks digital anak-anak... Seisi keluarga
berpeluang untuk menangi hadiah. Tentulah sangat-sangat menarik ya tak? Additional
info untuk semua mak ayah - cabaran ini
terbuka kepada kanak-kanak yang berusia di antara 5 hingga 12 tahun.
Mujurlah
ada seunit HP DeskJet Ink Advantage 3777 All-in-One Printer di rumah tu ha...
kompak dan tanpa wayar. Save space! Senang nak letak celah-celah mana pun dan
senang juga nak usung ke mana-mana. Paling Kak Fa suka, tak perlu nak sambung
itu sambung ini sangat sampai wayar berselirat. Dari telefon pintar pun dah
boleh cetak. Tak kiralah Android ke? Aplle iOS ke? Pelbagai fungsi pula tu.
Boleh cetak, imbas, salin dan paling penting wireless! Setiap rumah kena ada
satu ni! Boleh dapatkan melalui laman web HP Online Store di pautan di SINI
dengan harga RM 370.00 seunit.
Untuk butiran lanjut mengenai
cabaran HP Little Makers... sila klik Laman Facebook HP Malaysia atau HP DeskJet Ink AdvantageSeries. Seronokkk.... Cuba buat satu dengan anak-anak...Mesti jadi addicted
nak buat lagi! Great job HP...I think this is the kind of activities that
parents should actually do with their kids for digital detox! Perfect!
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.