Kes Kak Fa Dengan All About Coco No.1 Skin Tightening Cream Memang Serius Kak Fa Tak Boleh Lupa!

Farah Waheda Wahid
1

Sampai bila pun Kak Fa takkan lupa ok? Sampai bila-bila kes Kak Fa denga All About Coco No.1 Skin Tightening Cream memang serius Kak Fa tak boleh lupa! Seriuslah... Kenapalah dari dulu lagi Kak Fa tak kenal betul-betul dengan All About Coco No.1 Skin Tightening Cream? Kalaulah Kak Fa tau dan kenal dari awal, memang takkanlah Kak Fa nak sia-siakan masa Kak Fa. Huwaaaa... 

Tapi apa pun...Syukur Alhamdulillah sekarang ni sekurang-kurangnya Kak Fa dah ada solusi untuk masalah perut buncit Kak Fa ni ha. Hu hu hu. Bukan tak bersyukur dengan kurniaan Ilahi pada Kak Fa. Bukan...bukan...bukan... Tapi kalau nak tau - disebabkan perut buncit ni lah ramai yang suka-suka jer kat luar sana nak body shaming Kak Fa tau tak? Tau ke tidak? Seriuslah - ramai yang dok body shaming Kak Fa. Mujurlah Kak Fa ni tak mudah demotivated disebabkan ramai yang dok body shaming Kak Fa ni ha. Redah jer...Jalan jer... Walaupun, body shaming tu seteruk orang buat-buat bertanya Kak Fa, Kak Fa ni preggy berapa bulan? Even sebenarnya ko tak preggy pun! Ko ghase? Kak Fa tak demotivated pun tetapi Kak Fa rasa hangin satu badan dan rasa geram! Sakit hati! Tak apa Kak Fa - sabar Kak Fa sabar... 

Nahhh...Kalau dah rezeki tak ke mana kan? Bukan ke rezeki itu tidak pernah salah alamat? All good things will come when the time comes. Betul kan? Apa yang penting - kesabaran memang kena tahap heavy metal! 

Few weeks ago - Nad dari All About Coco personally approach Kak Fa. Nad tanya pada Kak Fa sama ada Kak Fa nak cuba atau tidak produk dari All About Coco. Nad beri Kak Fa dua pilihan iaitu sama ada Kak Fa nak mencuba Coco No.1 Skin Tightening Cream ataupun Coco No.2 Stretch Mark Serum Oil. Bukan nak berlagak - bukan nak riak - jujur Kak Fa katakan Kak Fa memang tak ada masalah strecth mark langsung. So, logically, I believe I don't need the Coco No.2 Strectch Mark Serum Oil tu.... I am so sure that what I need is that Coco No.1 Skin Tightening Cream. 



Decision made and Nad pun dengan baik hatinya poskan Kak Fa Coco No.1 Skin Tightening Cream. Sampai on last Tuesday kalau Kak Fa tak silap. Tapi disebabkan Kak Fa kurang sihat, Kak Fa tak sempat nak unbox dan cuba. Finally, semalam selepas rasa badan sedap sikit, Kak Fa got the opportunity to try it out. Tak susah pun - just picit dan sapu jer pada kawasan yang dikehendaki. In my case of course my tummy yang buncit tu. Hu hu hu.... Lepas sapu, Kak Fa wrap dengan bengkung. Bengkung bukan sebarang bengkung ok...Ha ha ha...Of course bengkung Premium Beautiful Kak Fa tu ha. Kasi impak hebat sikit. Nak jugalah tengok kan? Betul ke? Boleh Kembali Hebat dengan Coco No.1 Skin Tightening Cream ni? Sebelum nak kongsi dengan orang lain, Kak Fa kena cuba sendiri dulu. Bukan boleh main tangkap muat jer semata kerana nak kongsi dan suruh orang beli ya tak? Ha ha ha... Matilanakkk orang kata Kak Fa ni says all nice and beautiful things just because it was a review. No no no no no...I will try and test everything I receive. Kalau tak suitable tu faham-faham jerlah bila Kak Fa senyap tak berbunyi. I'd rather not share kalau tak ada kesan ok? 

Apa yang buatkan Kak Fa berani nak mencuba dan suka nak mencuba Coco No.1 Skin Tightening Cream ni adalah sebab All About Coco dah ensure pada Kak Fa yang produk ini tiada GMO, tiada sulfat, tiada pewarna, tiada paraben, tiada phthalate, tiada bahan kimia, tiada racun perosak dan tiada minyak mineral. It is purely made of:

Minyak Kelapa Dara yang:
1. Mempunyai ciri-ciri Anti Virus, Anti Kulat dan Anti Bakteria. 
2. Melindungi kulit.
3. Meningkatkan pembiakan sel. 
4. Membantu menjaga kulit supaya sentiasa halus, muda dan sihat. 
5. Memperbaiki masalah kulit (kulit terbakar, eczema, kelemumur rambut, dermatitis dan psoriasis)

Halia yang:
1. Anti oksidan dan Anti Radang. 
2. Membantu menghapuskan ruam dan cela. 
3. Mengurangkan simptom awal penuaan. 
4. Memelihara kulit untuk kelihatan cantik dan awet muda. 
5. Memelihara kulit daripada kerosakan oksidatif. 
6. Memberi kelegaan daripada masalah kulit biasa.
7. Menjadikan kulit tegang dan sihat. 

Tocotrienol (Vitamin E) yang:
1. Mempercepatkan proses penyembuahan kulit. 
2. Anti Oksidan.
3. Membantu memperlahankan proses penuaan kulit. 
4. Menghalang kedutan dan membantu menjaga kulit supaya kelihatan muda. 

Curcumin (Temulawak) yang:
1. Mempunyai ciri-ciri Anti Virus, Anti Kulat dan Anti Bakteria.
2. Mempunyai ciri-ciri Anti Oksidan dan Anti Radang.
3. Membantu mencegah dan merawat kanser.
4. Membantu memperlahankan penuaan.
5. Membantu proses penyembuhan kulit.
6. Membaiki kulit berminyak. 

Gila Kak Fa tak percaya nak mencuba. Dulu dalam pantang tak sempat nak rasa semua benda alah ni ha. Fobia weiii perut berpotong...Tak berani... Ha ha ha... Bengkung pun tak pakai even bengkung moden... Sebab rasa sakit. Sebab tulah perut buncit tu susah nak dihilangkan sehinggalah sekarang ni. Tapi memang ramai pun cakap...Kalau caesar memang perut lambat turun. Ha ha ha...Tapi ni lambat sangat sampai anak dah umur 5 tahun 4 bulan tak turun-turun. Ok...Admitting that part of it disebabkan oleh Kak Fa memang culas sedikit bab pantang ais ni. 




Sekarang Kak Fa happy...Sebab even with the first application only Kak Fa dah nampak kesan Coco No.1 Skin Tightening Cream ni. It's sungguh bagai dikata. Bukan setakat dikata-kata semata-mata nak melakukan produk. 

Datang di dalam bentuk cream dan bau seperti bau minyak-minyak kita berurut sewaktu dalam pantang. Bila sapu mula-mula terasa sejuk jer dekat perut. Laju-laju Kak Fa wrap dengan bengkung ok? Selepas tu tidur. Sampai ke bangun pagi terasa panas cream tu lagi. Ni bukan biashe biashe ni. Memang awesome sangat. Lepas tu, the next morning bila bangun dari tidur - Terus pergi bilik air nak mandi, terus buang angin dan juga buang air kecil. Sampai office ngam-ngam terus membuang. Ok...Sounded gross or what so not tapi itu pengalaman sebenar Kak Fa. 



Fungsi Coco No.1 Skin Tightening Cream ni adalah untuk memulihkan semua ketegangan kulit dan kembalikan badan anda ke bentuk yang asal di mana ianya:
1. Membantu menghapuskan selulit. 
2. Membantu menegangkan perut menggeleber. 
3. Membantu mengempiskan perut. 
4. Membantu menghilangkan gemuk air.
5. Membuang angin. 
6. Memelihara kulit. 


Nak ingatkan jer...Andai kata anda nak pakai - sila basuh tangan selepas guna dan elakkan terkena mata ok? 

Harga mur mur jer pada Kak Fa kalau nak compare dengan kesan yang mereka bagi. Untuk Coco No.1 Skin Tightening Cream, harganya adalah RM 74.90 (promosi di website), harga biasa RM 84.90. Untuk Coco No.2 Strecth Mark Serum Oil adalah RM 84.90 (promosi di website), harga biasa RM 94.90. Tapi lebih berbaloi kalau beli Coco Wonder 2 in 1 Pack dengan harga RM 148.00 (harga promosi di website), harga biasa RM 179.80. Kalau nak hadiahkan untuk ibu-ibu yang baru bersalin pun ok you alls...Ada pakej-pakej menarik yang ditawarkan di website All About Coco. Memang sesuai dan elok sangat untuk ibu-ibu berpantang set dari All About Coco ni. 

Untuk Pembelian Dan Maklumat Lanjut: 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wow !! best ni kak fa sebab saya dah cuba yang No 2 tu.. memang best.. kulit makin lembut dan tak segan dah nak seksi2 dekat rumah.. hee~

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !