![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Payah...
Tak bercerita serba-salah. Bercerita pun serba-salah. Perkara yang sepatutnya
semua mak ayah faham-faham sendiri - now Kak Fa rasa Kak Fa perlu address this
issue. Sungguh... Kak Fa tak faham sungguh bila ada segelintir mak ayah yang
degil tetap nak hantar anak ke tadika bila dah tau anak tu punya tanda-tanda
tidak sihat, tidak sihat atau belum pulih sepenuhnya dari keadaan tidak sihat.
Tetap juga nak hantar anak-anak masing-masing ke tadika. Kadang-kadang tu, Kak
Fa terfikir - common sense or senses letak mana ya? Jangan selfish please....
tolong jangan hantar anak kecil yang sakit ke tadika!
Muncul pula statement... Kak Fa apa tau? Ingat
kitaorang ni banyak sangat cuti ke? Ingat kitaorang ni boleh cuti lama-lama
sangat ke? Kerja bertimbun dekat office tu... Kalau tak hantar anak ke tadika,
siapa nak jaga? Dekat rumah tak ada orang jaga...Mana nak letak? Hurmmm...
Korang ni kan... Memang tulah resamnya jadi mak ayah... Inilah salah satu
perkara yang kita semua kena hadap sementara anak nak membesar... Suka ke tak
suka ke? Nak ke tak nak ke? Boleh ke tak boleh ke? Tetap kita kena fikirkan
cara atau susun atur yang bagaimana untuk anak kita.
Jap
nak tanya sikit... Korang lagi rela anak-anak kecil yang lain di tadika
dijangkiti sakit anak korang ek? Berbanding korang kuarantin anak-anak sendiri
di rumah supaya tak jadi penyebar penyakit? Terutama penyakit berjangkit?
Memang sanggup ek? Untuk kepentingan diri sendiri? Tak rasa bersalah ke bila
anak-anak kecil yang lain sakit disebabkan punca dari anak kita?
Jujur...Kadang-kadang Kak Fa tak boleh nak brain mentaliti segelintir mak ayah.
Firash tu...even demam pun, Kak Fa tak hantar ke tadika ok? Kak Fa tak nak dia
sebarkan penyakit pada anak-anak kecil lain pula.
Sebab
apa? Aduh duh duh... Tolong fahami tadika tu adalah merupakan satu tempat di
mana anak-anak kecil di bawah umur 7 tahun berkumpul yang mana ia merupakan
tempat yang sangat mudah bagi penyakit menular. Anak-anak kecil ni kumpulan
yang rentan kepada jangkitan kerana tiada atau kurang daya tahan diri
berbanding dengan orang dewasa. Bukan setakat penyakit biasa termasuklah
penyakit berjangkit. Kalau seorang jer pun yang ada penyakit biasa ke? penyakit
berjangkit ke? Cukuplah... Tak percaya apa yang Kak Fa taip ni... Tengok, tak
esok lusa, tak minggu depan mesti ada di antara anak-anak kecil di tadika tu
yang take turn dapat penyakit yang sama juga.
Nak
suruh faham macam mana lagi ek? Kanak-kanak sangat rentan atau mudah mendapat
jangkitan. Mereka belum pernah terdedah kepada banyak jenis kuman. Makanya,
ketahanan tubuh badan mereka melalui antibodi belum terbentuk lagi. Note that,
aktiviti-aktiviti kanak-kanak di tadika yang dilakukan bersama-sama menyebabkan
mereka lebih terdedah kepada kuman.
Note
juga ya mak ayah? Penyakit berjangkit boleh disebabkan oleh kuman seperti
virus, bakteria atau parasit. Kuman-kuman tersebut boleh disebarkan melalui
makanan atau minuman, sentuhan, pernafasan, peralatan seperti mainan, sudu
garpu dan tuala, serangga seperti nyamuk dan haiwan seperti tikus.
Dalam
garis panduan yang pihak tadika berikan ketika pendaftaran anak-anak kecil ke
tadika kan ada nyatakan... Jika anak tidak sihat dan penyakit itu dikhuatiri
sebagai penyakit berjangkit - SILA
JANGAN HANTAR ANAK ANDA KE TADIKA. Kan ada kan? Ke tak ada? Ke ada
segelintir mak ayah yang tak baca garis panduan tu? Knowing that segelintir di
kalangan masyarakat Malaysia malas membaca kan? Hu hu hu... Sorry for being
sarcastic... Tapi this is the reality what's happening dalam dunia mak ayah
yang mempunyai anak-anak kecil yang belajar di tadika. Ada jugaa... ada juga
ya... Dah tau anak sakit, buat-buat macam tak tahu kemudian tetap hantar anak
ke tadika... Hu hu hu...
Jadi
mak ayah ni, kenalah banyak belajar. Salah-satunya kena tahu senarai gejala atau tanda-tanda jangkitan
penyakit yang mempunyai risiko jangkitan kepada kanak-kanak lain. Lihat dan
baca senarai di bawah ni ha:
1.
Demam
2.
Cirit-birit
3.
Muntah-muntah
4.
Ruam dengan demam
5.
Sakit tekak dengan demam dan kelenjar membengkak
6.
Batuk yang teruk
7.
Sakit mata
8.
Sakit kuning/jaundis
Seterusnya...
Muncul pula persoalan... Aikkk...Takkan nak sasarkan pada mak ayah jer? Sekolah
macam mana pula? Takkan tak ambil tindakan yang sepatutnya...
Fahamlah...Kadang-kadang tu ada juga di kalangan kanak-kanak yang terkena
penyakit secara tiba-tiba di tadika dan pada waktu itu mak ayah sedang bekerja.
Faham tu faham... Untuk tadika pula... Ini tindakan yang sepatutnya dilakukan:
Saringan Kesihatan Di Pintu Masuk Tadika Setiap Hari
Tak
kiralah musim break-out penyakit berjangkit ke, tak musim break-out ke...Kak Fa
is still in the opinion yang cikgu-cikgu yang menjaga pintu masuk patut pegang
sanitizer dan juga thermometer. Sebelum lepaskan masuk ke tadika, periksa suhu
badan kanak-kanak, perhatikan sama ada mereka ada selesema atau batuk dan
sanitize tangan kanak-kanak tu. Kalau tak sihat jer, terus suruh mak ayah
angkut balik. Tak yah berkompromi sangat. Ikut mak ayah memanglah... Anak saya
demam biasa jer ni? Anak saya tak demam sebab semalam dah cek doktor...Itu
semalam ok? Semalam... Ikut rentak mak ayah sangat pun risikonya ada... Takkan
nak bahayakan kanak-kanak lain? Kannn? Faham...Mak ayah bayar kena jaga
business... But sometimes it is not about the commercial... It's about health
and life.
Pengendalian Kes Penyakit Berjangkit
Kanak-kanak
yang disyaki menghidap penyakit berjangkit semasa berada di tadika hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa mereka dengan
SEGERA untuk mendapatkan rawatan doktor. Sementara menunggu kedatangan ibu
bapa mereka, kanak-kanak tersebut
hendaklah diasingkan di bilik pengasingan dan tidak bercampur dengan
kanak-kanak lain.
Penutupan Premis
Penularan
penyakit yang dapat dicegah dengan penutupan premis. Ia amat berkesan untuk
penyakit-penyakit yang akut dan mudah merebak seperti HFMD, demam campak (measles), rubella, begok (mumps), kolera dan
disentri. Bukan nak suruh rugi tutup premis tu... tapi kena faham juga
tujuan ditutup iaitu untuk mengurangkan
kontak kes dengan kanak-kanak sihat yang lain, memudahkan pembersihan serta
disinfeksi premis dan memudahkan kerja-kerja penambahbaikan premis mengikut
nasihat yang telah diberikan oleh pihak berkuasa.
Kriteria
penutupan premis adalah pengesanan kes
secara aktif oleh pasukan kesihatan di premis tersebut membuktikan pengendali
tidak membuat saringan serta pengasingkan kes dan pengendali gagal membuat
kerja pembersihan bagi mengelakkan rebakan penyakit.
Serius
Kak Fa tak boleh nak hadam why they are parents yang still hantar anak ke
tadika bila dah tau anak sakit? Ke sebenarnya dok fikir rugi bayar yuran
bulanan tadika mahal-mahal lepas tu anak tak dapat hadir ke tadika untuk satu
tempoh waktu yang panjang? Well... The fact is, kadang-kadang this is what we
have to go through... There's time bila tak boleh memang tak boleh. Dalam hidup
ni pun, tak selalu beruntung...ada masa kita rugi juga...
Kak
Fa hope sangat - more parents boleh berfikir dengan sebaiknya dan more parents
will be more attentive daily before sending their kids to kindergarten. I can
blog, I can type...Tapi sebenarnya ini semua terpulang kepada diri ibu bapa tu
sendiri... It's all come from within... Kesedaran dan common sense by brain tu
datang dari diri sendiri bukan boleh orang lain yang alter diri orang lain atau
pemikiran orang lain.... Oh ya... Kak Fa tak suka-suka menaip ikut sesedap rasa
Kak Fa ya... Whatever yang Kak Fa taip adalah Kak Fa incorporate bersama-sama
dengan maklumat di dalam GARISPANDUAN PENGENDALIAN KANAK-KANAK DI TASKA DAN
PRASEKOLAH oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Lebih lanjut boleh rujuk SINI
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.