Food Spots in Shah Alam | Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

Farah Waheda Wahid
0
Lama juga Kak Fa tak turun ke D'Kayangan. The last time that I went there was in 2015. Haaa.... Kira jangan tak kira, lama tak Kak Fa tak ke D'Kayangan? Boleh refer tu my previous entry di SINI. Since dah lama tak turun - on the very last 2 weeks Kak Fa sempatlah buat ad-hoc planning untuk spend time dengan my mini family di situ. Pada Kak Fa, if you are looking for food spots in Shah Alam | Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Sebab apa? Let me tell you the story why do I say so.

Susun Atur D'Kayangan



Dari pertama kali Kak Fa jejakkan kaki ke D'Kayangan sehinggalah dah beberapa tahun Kak Fa datang kembali kini, Kak Fa tetap sukakan susun atur D'Kayangan. Kak Fa rasa selesa bila mana Kak Fa boleh memilih sama ada ingin duduk di bahagian dalam restoran ataupun di bahagian "open air" restoran di luar. Kak Fa bebas memilih mengikut keselesaan Kak Fa dan keluarga. Iyalah, ada masa kita ni tak nak rasa terlalu terkepung atau sesak bila berkumpul dengan pelanggan lain di dalam satu bilik. Ada masa juga, kita inginkan suasana yang windy dan cosy. D'Kayangan boleh bagi Kak Fa pilihan yang Kak Fa nak. Sebab tu Kak Fa katakan yang Kak Fa suka dengan susun atur D'Kayangan.

Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. Pendek kata, semua ada di sini berbanding dengan restoran steamboat yang lain. 

Variasi Bahan Steamboat Dan Grill


Malaysia kita panggil steamboat. China dikenali dengan hot pot. Indonesia dipanggil shabu-shabu. Thailand pula suki. Macam-macam nama ada ok? Kak Fa selit sikit asal-usul steamboat, kotlah ada yang tak pernah kenal dan tahu kan?

Melalui satu sumber di SINI, steamboat yang juga dikenali dengan istilah shabu-shabu sebenarnya berasalah dari sebuah lagenda. Kononnya, pada zaman dahulu sewaktu Kubilai Khan, Raja Pertama Dinasti Yuan memimpin pasukannya bertempur melawan musuh, tenteranya tidak memiliki cukup waktu untuk memasak. Disebabkan itu, mereka memotong daging kambing menjadi potongan-potongan tipis dan dimasukkan ke dalam air mendidih. Potongan-potongan daging itu didapati masak segera. Itulah asal-usul steamboat ataupun shabu-shabu. Setelah beberapa ketika, shabu-shabu pun berkembang dan berubah. Hampir semua jenis makanan seperti daging, sayuran dan hasil laut dijadikan bahan masakan. 







Yang Kak Fa suka, terdapat pelbagai jenis pilihan yang tersedia di D'Kayangan. Udang segar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan macam-macam lagi. Termasuklah juga pelbagai jenis bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk yang disediakan untuk para pelanggan. Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti sos cili pedas, sos thousand island, sos cili thai, sos cili manis, sos bawang putih, sos black pepper, sos yong tau foo dan macam-macam lagi.


Menariknya, Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ikan dan sotong. Di antara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah. Kak Fa percaya, yang memerap ni memang arif dengan rasa makanan sehinggakan pembaharuan perapan yang dilakukan menggunakan teknik masakan Cina dan India di dalam bahan perapannya. Boleh terasa ok? Aroma dan bau pun dah cukup untuk membuka selera. 

Buffet Menarik





Kalau tak terasa nak ber-steamboat atau grill, boleh jer pilih menu-menu buffet yang menarik yang tersedia di D'Kayangan. Dalam ramai-ramai kalangan ahli keluarga tentu ada yang berlainan sedikit seleranya. So, D'Kayangan cater kehendak pelanggan awal-awal. Pilih jerlah nak apa pun. Sama ada nak makan nasi lemak? Hirisan ikan segar bersama sos air asam? Ikan pari assam nyonya yang diperap di dalam kertas aluminium? Kepak ayam BBQ? Tak pun aiskrim Oreo dan Mint sebagai penyejuk tekak? Budak-budak sukalah ni kan? Betul tak?

Harga Yang Berbaloi Dengan Variasi Dan Lokasi

Ni Kak Fa nak beritahu, kini harga terbaru yang ditawarkan adalah berbaloi dengan variasi dan lokasi D'Kayangan. Sangat-sangat berpatutan iaitu hanya RM 29.90 nett bagi dewasa dan RM 12.50 nett bagi kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 11 tahun. Tidak ada sebarang bayaran tambahan bagi refill sup sama ada sup ayam mahupun tomyam. Yang menarik, bagi pengunjung yang membelanjakan lebih daripada RM 150.00, kad diskaun RM 10.00 akan diberikan kepada mereka.


Oh ya... Hari tu masa Kak Fa pergi sekarang ni sedang dianjurkan pertandingan Riang Ria Dengan Cabutan Bertuah Makan dan Menang di D'Kayangan Steamboat Shah Alam. Syaratnya mudah sahaja! Belanja RM 100.00 di dalam satu resit, dapatkan borang penyertaan dan tulis butiran yang dikehendaki. Hadiah-hadiah seperti skuter, televisyen 60 inci, basikal serta baucar steamboat sedia menanti anda. 

Dah lah menarik, sedap, murah, berbaloi selepas tu ada tawaran hadiah pula. Tempat pun selesa. Kak Fa really think that you should drop by at least once-lah di D'Kayangan. Ehhh... kalau ke sana, jangan lupa roger-roger Kak Fa. Mana tau? Kita boleh berjumpa pula kan? 

Untuk Maklumat Lanjut:

D'KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT & GRILL
Sri Acappella Servis Apartment Rest.
D'Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment.
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13,
40400 Shah Alam 

Instagram D'Kayangan Steamboat 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !