Faktor Yang Mempengaruhi Anak Suka Dan Teruja Ke Tadika!

Farah Waheda Wahid
0

Tak nak cerita tentang kenapa dan mengapa anak-anak kecil bermasalah bila tiba bab dihantar ke tadika. Instead, Kak Fa lebih seronok nak bercerita tentang faktor yang mempengaruhi anak suka dan teruja ke tadika! Kalau anak-anak anda are in the opposite way - sila faham-faham sendiri ya? Take note that, anak-anak yang suka ke tadika adalah anak-anak yang ceria, rasa disayangi dan dihargai. Keceriannya terserlah apabila sampai ke tadika dan disambut dengan wajah manis guru. Terus cari kawan, bermain, bergurau dan bercerita. Itu gambaran anak-anak yang ceria dan seronok ke tadika! Mak ayah wajib baca entri ni - sebab? Sebab bayar mahal-mahal oiii... Alert sikit dengan reaksi semasa anak.

Based on THIS article, ini adalah sebab kenapa anak suka ke tadika:

Guru

Wahai cikgu-cikgu - kalau mak ayah tegur bukan bermaksud mak ayah nak being judgemental, bukan bermaksud mak ayah ni snobbish sebab keluarkan duit bayar yuran tadika setiap bulan ibarat instalment motosikal tu ha. Tapi, sila selalu ingat yang guru adalah aset terpenting tadika. Guru ni penggerak acara dan aktiviti harian tadika. Guru yang ceria, sabar dan penyayang akan disukai dan disenangi oleh anak-anak kecil. Guru-guru yang rajin melayani anak, tidak melabel dan menerima mereka seadanya. Anak-anak punya aura kasih sayang dan mereka kenal siapa guru penyayang, siapa guru garang, siapa guru ikhlas dan siapa guru plastik!

Suasana Tadika

Tadika yang bagus adalah tadika yang mengiktiraf perkembangan holistik anak-anak. Anak-anak mempunyai tenaga berlebihan yang perlu dilepaskan dengan cara menyeronokkan dan selamat. Susun atur tadika yang lapang dan selamat membolehkan anak-anak berlari dan melakukan aktiviti fizikal dengan baik. Izinkan anak-anak lelaki bergerak dan bermaina. Rancanglah aktiviti bermain yang membolehkan mereka berlari, melompat, merangkak dan sebagainya. Otak anak-anak cerdas dan aktif apabila diberi peluang bergerak sewaktu belajar.

Pendekatan

Bermain sambil belajar dan berpusatkan murid adalah antara pendekatan yang sangat BERKESAN untuk kanak-kanak. Rancang setiap aktiviti pembelajaran anak-anak dengan menggunakan pendekatan-pendekatan ini. Anda akan lihat betapa ceria dan seronoknya anak-anak belajar dan meneroka.  

Bahasa Cinta

Setiap anak adalah insan unik dan mempunyai kelebihan tersendiri. Mereka juga mempunyai bahasa cinta yang tertentu. Anak-anak yang diiktiraf bahasa cintanya adalah anak-anak yang bahagia. Mereka dapat merasai kasih sayang dan penghargaan diri apabila guru memahami bahasa cintanya. Belajarlah memahami keunikan dan bahasa cinta anak-anak. Anda akan mengenali bahasa cinta anda selepas itu.

Program

Program tadika yang TERBAIK haruslah memenuhi keperluan dan perkembangan holistik anak-anak. Program harus disusun dan disesuaikan dengan gaya pembelajaran anak-anak masa kini. Pengusaha perlu bijak memilih dan merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan di tadika setiap tahun.

Rakan Tadika

Anak-anak tidak datang ke sekolah dengan pakej lengkap seperti sudah pandai berkawan, bertolak-ansur, bermain bersama-sama. Ada di kalangan mereka memerlukan sokongan guru bagi memulakan persahabatan. Tiada kawan di tadika antara faktor anak malas ke sekolah.

Berkawan dan kawan penting bagi anak-anak. Mereka perlukan kawan untuk bermain, berkongsi minat, bercerita dan sebagainya. Guru memainkan peranan yang amat penting bagi membentuk sahsiah dan kasih sayang di kalangan mereka. Ajari anak-anak untuk belajar berkawan, bertolak-ansur dan mudah mengucapkan terima kasih dan maafkan saya.

 Raikan Anak-Anak Syurga

Hati anak-anak melonjak ceria sehingga 1000 kilometer dan lebih apabila kehadiran mereka disambut dengan senyuman mesra, ucapan selamat datang dan diberi pelukan kasih sayang atau tepukan high five. Cuba bayangkan anda ke kedai untuk membeli sesuatu dan kehadiran anda diberi sambutan penghargaan dengan senyuman mesra, diberikan layanan first class. Tentunya anda rasa diri amat berharga sehingga layanan sebegitu rupa. Betul tak? Begitulah perasaan anak-anak.

There's this story a friend of mine cerita pada Kak Fa - anak beliau tidak suka ke tadika dot dot dot kerana guru hambar, kelat, pahit dan tidak mesra. Guru tidak mengendahkan sewaktu dia sampai di tadika. Tiada sambutan kasih sayang dan senyuman. Ini membuat rasa teruja ke sekolah terencat di awal pagi. There's a different ya - tidak terlalu memanjakan dengan tidak mengendahkan, tiada sambutan kasih sayang dan senyuman. Ada beza di situ ok?

Why as parents we have the right to picky, choosy and wanted the best? Fact is - anyone with early childhood qualification and experience in hand should know better that umur kritikal 0-6 tahun anak-anak hanya sekali seumur hidup mereka. This is the golden years di dalam perkembangan dan pembentukan anak-anak kecil untuk menuju ke fasa yang seterusnya dengan lebih baik.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !