Cara Menolak Permintaan Anak Kecil

Farah Waheda Wahid
0

Masuk pagi ni, dah kali ketiga dah Firash cuba mengusulkan permintaan kepada Mommy. Tebal juga cuping telinga Kak Fa ni. Ha ha ha... Dengar jer terus otak ligat berfikir macam-macam perkara... Ha ha ha... Pertama sudah semestinya bajet! Kedua haruslah fikir perlu ke? Mesti ke? Penting ke? Wajib ke? Ketiga - andai tak dipenuhi tak apa ke? Tak boleh ikut sangat... Keempat - andai dipenuhi apa pula impak belakang-belakang hari. Faham tak? Pernah berada di dalam situasi yang macam ni tak? Kelima - Kak Fa berfikir cara menolak permintaan anak kecil ini dengan cara yang terbaik supaya tidak mengguris hati dan juga perasaan Firash. Banyaknyaaa nak fikir! Ha ha ha...

Morning conversation tadi, dengan gaya dan nada lemah lembut menggoda dia... Mommy...Can you please buy me an airport LEGO? Ha ha ha... Nak dengar ke? Atau buat-buat tak dengar rasanya? Dah pandai dah minta! Dah pandai dah... Dalam hati Kak Fa ni, manalah dia nampak ni? Silap cakap nanti jadi berjanji. Bila dah janji dengan anak-anak kecil ni faham-faham jerlah, memang nanti dia tuntut ooo.... 

Kak Fa ni pun tanyalah dia balik... Airport LEGO? What's that? Ha ha ha... Pura-pura tak tau dan mendengar penjelasan dia dengan penuh minat...Lepas tu Kak Fa tengok jam dan kata pada dia... Ok, I've got to go...We'll talk about this later once I got back from work. Matilanakk...Confirm balik nanti dia tanya balik ni... Sampai office sajalah survey - Ada ke airport LEGO ni? Ha ha ha... Ke dia main petik jer? Sekali tengok dalam Lazada Malaysia punya aplikasi...Memang adalah! Ha ha ha...Manalah dia nampak ni ek? Tu diaaa... Harga tak menahan ooo... tiga angka jugak... Sila ber-hu-hu-hu.

Hati? Hati tak nak bagi dia senang-senang. Tak nak penuhi kehendak dia senang-senang. Dalam hidup ni, tak semua yang kita nak kita boleh dapat kan? Mungkin boleh bagi-lah... But not so soon and maybe juga ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Bergantung kepada keadaan. Boleh jadi juga, Kak Fa twist around - tak bagi langsung setelah campur tolak bahagi darab situasi serta keperluan. Cuma cara nak tolak permintaan Firash tu nak kena gaya. 

Berikan MaklumBalas Apabila Anak Meminta


Response! Bukan diam membatu, acuh tak acuh atau buat-buat tak dengar. Kalau anak kecil meminta dengan sopan, puji sikapnya. Indirectly, kita dapat sampaikan kepada anak yang kita sentiasa prihatin terhadap keinginan serta kehendak mereka meskipun bukan semua permintaan mereka akan kita turuti dan penuhi. 

Jika anak merengek, tantrum, menuntut tak berhenti ataupun sampai level mengugut - psiko balik anak-anak - kalau nak minta sesuatu sila minta dengan cara yang baik dan elok. Bukan terus-terus jer nak bentak atau marah-marah ya? Walaupun anak tu masih lagi kecil, perasaan mereka akan terluka juga apabila ibu bapa terus membentak atau marah-marah.  Mana-mana manusia pun ada perasaan kan? 

Dengar

Tunjukkan pada anak-anak yang kita sebagai ibu bapa sememangnya mendengar permintaan mereka. Tunjukkan empati. In another way, anak akan jadi lebih tenang dan bersedia dengan jawapan yang bakal mereka terima dari kita. 

Jangan Terus Beri Jawapan

Jangan terus kata ya ataupun tidak. Seelok-eloknya ambil masa sedikit untuk mempertimbangkan permintaan anak kecil itu. Biar anak faham, apa pun permintaan mereka - perlu dipertimbangkan terlebih dahulu. Bukan mudah-mudah jer mak ayah nak bagi macam tu sahaja. Memang kena macam ni... Memang kena dari kecil sebab Mama Kak Fa banyak kali nasihatkan Kak Fa - Jangan ikutkan sangat, nanti esok-esok awak yang teruk. Betul tu...Ada kebenarannya. 

Jika Tidak Jawapannya, Berikan Alasan Terlebih Dahulu

Sewaktu menolak permintaan anak, jangan terus-terus that's it... No! Tak boleh! Instead... Nyatakan alasan terlebih dahulu, contoh yang selalu Kak Fa guna pakai - Kita mana ada tempat nak simpan lagi? Semua dah sempit... Macam mana? Ha... If kita terus jer melulu kata tidak - tak sempat dengar alasan terus remuk redam, kecewa dan hancur berkecai hati anak kecil tu. At least, help them a bit lah kan? Untuk tidak terlalu kecewa. 

Jangan Berubah-ubah, Sekejap Ya, Sekejap Tidak

Lepas kata tidak anak tetap merengek... Macam-macam akal. Biasalah anak-anak kecil ni kan masing-masing akal panjang... Jangan cepat cair...jangan cepat lembut hati dan tak sampai hati dan segala macam hati ya? Sebab kalau pada waktu dan ketika itu mak ayah ubah fikiran, akan datang mereka akan guna trik yang sama lagi untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. 

Tawarkan Alternatif Lain

Boleh jadi juga, bila kita kata tidak kepada anak-anak kecil, kita boleh tawarkan alternatif lain? At least terubat hati yang luka dan kecewa tu. Contohnya... Sorry...Kita tak ada space nak simpan LEGO baru tu. Tapi... Nanti buat sama-sama Mommy airport and plane dengan LEGO yang ada ya? Nanti Mommy tolong Firash. He he he.... 

Berikan Pujian Terhadap Reaksi Anak

Jika anak faham dan terima keputusan mak ayah - pujilah sikit. Gembirakan hati mereka. 

Cegah Terlebih Dahulu

Asyik tolak permintaan anak pun beri impak juga, jadi dari selalu nak tolak jer permintaan mereka dan membuatkan mereka sering rasa kecewa maybe apa yang mak ayah boleh buat:

1. Buat peraturan lebih dulu, contohnya sebelum berbelanja, beritahu kepada anak kecil hala tuju dan tetapkan batasan, misalnya hanya boleh beli coklat sahaja atau tidak boleh minta apa-apa pun kali ini.

2. Katakan ya kalau memang mungkin kita boleh belikan.

3. Negotiation skill di dalam memberi maklum balas kepada permintaan anak. Mungkin kita boleh beritahu kepada anak, hari ni tak boleh pergi mall, esok atau lusa mungkin boleh pergi. Tapi kena penuhi janji-lah. 

A friend of mine suggested that - boleh beritahu Firash yang Mommy boleh belikan...Ha ha ha... Tapi kena tunggu sampai birthday Firash and only one toys only...Not more than that...It's actually brilliant! Peringkat permulaan mungkin dia tetap buat siaran ulangan - tapi Mommy-lah kena jangan jemu explain pada dia supaya dia benar-benar faham. It's all about psychology kan? 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !