![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Kalau
dekat rumah bukan main becok, bukan main tak reti duduk diam... tapi bila
sampai di sekolah tiba-tiba menikus - Jadi pendiam sangat! Anak siapa yang
macam ni? Kak Fa? Kak Fa tak usah ditanya - rumah ke? sekolah ke? sama becok,
sama jer tak reti duduk diam - based on laporan yang diterima dari class
teacher dia. Ha ha ha... Pernah dengar tentang selective mutism? Apa yang anda
tahu tentang selective mutism?
Bila
seseorang anak mula diperkenalkan dengan persekitaran baru dan dikelilingi oleh
orang luar, tentulah ada perasaan malu-malu untuk berbual, rasa teragak-agak
untuk meluahkan pendapat atau melakukan aktiviti bersama. Hal seperti ini
biasanya berlaku pada anak kecil, terutamanya yang baru pertama kali dihantar
ke prasekolah atau taska. Namun, ibu ayah perlu berwaspada sekiranya anda
perasan anak mengalami rasa cemas yang berlebihan sehingga melebihi 2 bulan
lamanya. Ini kerana, anak tersebut dikhuatiri mengalami masalah gangguan
selective mutism.
6
hal tentang selective mutism melalui artikel di SINI
yang mak ayah kena peka:
Apakah Selective Mutism?
Menurut
laman web OneEducation atau kebisuan selektif ini timbul apabila anak berada di situasi
sosial yang tertentu. Kanak-kanak yang mengalami gangguan ini boleh bercakap
dengan bebas dan konfiden apabila mereka berasa selesa dalam keadaan tertentu.
Namun, dalam keadaan tertentu (contohnya di sekolah) mereka akan mula berasa
cemas, gugup dan takut didengari. Dah macam patung, keras semacam dan berbeza
sangat personalitinya berbanding di rumah!
Perbezaan Selecitive Mutism Dan Pemalu
Benar, kebanyakan yang mengalami masalah ini
selalunya disalahertikan sebagai pemalu. Bezanya, seseorang yang pemalu mampu
beradaptasi dan menyesuaikan diri apabila diberi masa. Tetapi, respon mereka
yang mengalami selective mutism sentiasa didorong rasa cemas yang ekstrem dan
seolah-olah fobia.
"...mereka
seperti 'dipaksa' menutup mulutnya dan tak mampu berbicara," - Dr. Elisa
Shipon - Blum dari Selective Mutism Anxiety Research & Treatment Center
meneruis ABCNews. Sebaliknya, dalam situasi tertentu mereka ini sangat normal, aktif
dan becok bercakap!
Siapa Yang Mengalaminya?
Menurut
sumber,
selective mutism dianggarkan berlaku pada 1 dalam 140 kanak-kanak. Ada pakar
berpendapat ia boleh berlaku pada anak seawal usia 2 hingga 4 tahun dan ada
juga yang terjadi pada usia remaja.
4 Simptom Selective Muslim
Berikut
adalah beberapa simptom selective mutism:
- Rasa malu yang melampau, takut pada orang luar dan tak mampu bercakap dalam keadaan tertentu.
- Penggunaan cara komunikasi pada anggota badan lain seperti mengangguk, menggeleng kepala atau menunjuk menggunakan jari.
- Dapat bercakap dengan tenang dan konfiden dalam keadaan tertentu (contohnya di rumah).
- Berasa resah, fidgeting (membuat pergerakkan yang berulang untuk mengatasi rasa gementar - menggerakkan pen, menggoyangkan kaki, dsb) mengelakkan eye contact apabila berhadapan dengan situasi cemas.
· Sebenarnya
ingin bercakap tetapi disebabkan kebimbangan, kerisauan dan ketakutan yang
menguasai diri, mereka akhirnya bertindak untuk membisu seribu bahasa pada
keadaan atau tempat tertentu.
Punca
Menurut
laman web kesihatan VeryWell.com
sungguhpun ia sering dianggap berpunca daripada trauma, kajian terkini
berpendapat tiada satu sebab jelas yang menjadi punca gangguan ini. Ia berkemungkinan
juga berkait rapat dengan kebimbangan yang ekstrem (anxiety disorder) serta
kecenderungan genetik (genetic predisposition).
Peranan Ibu Bapa
Jika
anak anda dikesan mempunyai tanda-tanda ini, pastikan langkah awal diambil bagi
memastikan ia dapat diatasi dengan lebih cepat dan berkesan. Antara peranan
anda dalam membangunkan rasa konfiden dan mengurangkan kerisauan si anak adalah:
- Kenalpasti sama ada terdapat sesuatu yang ditakuti oleh anak di sekolah.
- Jangan sesekali membanding-bandingkan anak anda dengan adik beradik atau kanak-kanak lain.
- Elakkan mengkritik atau memarahinya, terutamanya di hadapan orang lain. Sebaliknya, acknowledge atau cuba fahami perasaan mereka.
- Bantunya untuk berkawan atau mendapatkan kawan kerana kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya lebih mudah untuk bercakap dengan rakan sebaya.
- Perhatikan dan cuba ikut apa yang diminatinya - contohnya anak mungkin boleh menyanyi tetapi tidak bercakap di sekolah.
- Kurangkan masa bermain alatan elektronik, menonton televisyen dan gajet. Galakkannya bercakap melalui aktiviti secara tidak langsung seperti bercerita, bermain puppet atau membacakan buku untuknya.
- Hindarkan teknik hukuman dan memaksanya bercakap.
- Minta kerjasama guru dan sentiasa bertanyakan keadaan anak di sekolah.
Jika Perlu, Dapatkan Rawatan
Sekiranya
anak anda masih kurang memberi respon, tidak mampu beradaptasi dan enggan
bercakap secara ekstrem, cuba kenalpasti puncanya dan ambil tindakan secara
proaktif untuk mengatasinya. Berbincanglah dengan guru mereka dan berjumpalah
doktor untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat tentang kondisi mereka.
Biasanya, speech therapy adalah antara rawatan yang dianjurkan bagi masalah
ini.
ohhh.. baru thau, tq share info.
ReplyDelete