![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Fikir beratus kali sebelum nak menaip! Ha ha
ha... Orang kata kerana pulut santan, kerana mulut badan binasa... Betul tak?
Tu yang jadi beratus kali hampir beribu kali fikir tu sebelum menaip - but memang
kenyataan what? Memang terjadi pun di Malaysia ni ha... Kak Fa pun tak kata Kak
Fa maksum. Mungkin dalam 5 tabiat keibubapaan yang buruk di Malaysia yang
sering kita lihat yang disenaraikan, Kak Fa ada buat juga? Betul tak? Kak Fa ni
manusia biasa dik... Ha ha ha... Ada masa pasang, ada masa surut... Macam
tulah...Tak lari dari khilaf juga.
Suka
atau tidak, Kak Fa bukannya berniat nak jadi makcik bawang nak menyibuk apa
yang ibu bapa lain aturkan dan rancang untuk anak-anak masing. Tak terlintas
pun ok? Sebab bagi Kak Fa - parents knows best untuk anak-anak masing-masing.
Sebagai orang luar yang tak ada kena mengena - tak ada hak pun untuk Kak Fa
campur urusan keluarga orang lain ya tak? Siapa pun... Kita masing-masing ada
keluarga masing-masing dan anak masing-masing yang perlu dipantau, dijaga,
dididik serta dibesarkan. Yang mampu, cuma Kak Fa berkongsi jerlah senarai
tabiat keibubapaan yang buruk di Malaysia yang sering kita lihat di sana sini
di bumi Malaysia ini.
Merokok Di Hadapan Anak-Anak
Merokok
di hadapan anak-anak adalah satu perkara yang paling teruk anda lakukan sebagai
ibu bapa. Asap rokok sangat berbahaya untuk kanak-kanak kecil kerana ia boleh
mengakibatkan:
1.
Kematian mengejut atau Sudden Infant Death Syndrom (SIDS)
2.
Jangkitan telinga.
3.
Batuk dan selesema.
4.
Masalah respiratori seperti bronkitis atau pneumonia.
5.
Pereputan gigi.
6.
Pendedahan untuk satu jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan kanser
paru-paru, penyakit hati dan katarak.
Tambahan
pula, dari satu kajian yang dilakukan pada tahun 2013, menunjukkan bahawa
kebanyakan kanak-kanak dengan ibu atau bapa yang merokok akan mengikut tabiat
buruk itu apabila mereka membesar. Jadi... Kalau nak merokok tu tak ada siapa
boleh paksa berhenti... Faham sangat dah dengan para perokok bagaimana... Cumanya
berhentikan tabiat merokok di hadapan anak-anak.
Bawa Anak-Anak Lepak Mamak Di Malam Hari
Matilah
nakkk.... Memang ramai yang marah Kak Fa ni... Ha ha ha... Eh..tapi jujur ya?
Kak Fa tak pernah ajar Firash tabiat lepak Mamak di malam hari. Bukanlah kata
Kak Fa perfect seratus peratus... Bukan kata tak pernah langsung Firash duduk
di kedai Mamak. Melampau maksum oiii.... Takkk... Firash pernah jer duduk kedai
Mamak...Dalam sepanjang 5 tahun bilangan sebelah tangan tak habis kekerapannya.
Ihiksss.... Paling lewat? Dalam pukul 8.00 malam ke 9.00 malam macam tu. Lebih
pada tu tak pernah.
Tempat
yang sibuk dan bising bukan merupakan tempat di mana kanak-kanak kecil harus
duduk apabila ia adalah merupakan waktu tidur mereka! Lebih buruk lagi, ada juga
di kalangan ibu bapa di Malaysia yang membawa anak-anak mereka ke kelab atau
bar. Huuuu... Sedihhh to know the facts. Jangan terkejut tapi ada... Ia akan
mengganggu jadual tidur kanak-kanak, memberi kesan kesihatan dan mempengaruhi
keupayaan kanak-kanak untuk membuat pilihan yang baik.
Dululah
dulu...sewaktu perintah larangan merokok belum berkuatkuasa - lepak Mamak
berisiko untuk mendedahkan kanak-kanak kepada asap rokok. Selain tu, tempat
yang sesak mendedahkan kanak-kanak kepada penyakit-penyakit berjangkit di mana
sistem kekebalan tubuh mereka yang masih muda mungkin tidak dapat menangkis
virus atau kuman yang tersebar tersebut.
Sebalik
tu? Dalam sedar tak sedar - tabiat lepak Mamak di malam hari membuatkan
anak-anak tanam di dalam mindset mereka bahawa keluar lewat malam adalah
sesuatu yang normal untuk dilakukan. Please elakkan dan please pastikan
anak-anak mendapat tidur yang secukupnya dan tidur pada waktu yang sepatutnya?
Boleh?
Mengikat Anak Dengan Tali
Jujur
- Kak Fa pernah buat ni... So yang buruk pada pandangan mata masyarakat yang
pernah Kak Fa lakukan ni jangan ikut ya? Tapi kalau ada alasan kukuh yang
tersendiri - tak larang pun. Macam Kak Fa, Kak Fa akui yang Firash pada waktu
dan ketika itu sangat lasak. Hu hu hu... Memang jujur alasan Kak Fa - Kak Fa
takut Kak Fa tak terkejar Firash dan Kak Fa takut Firash hilang di lautan
manusia di mall atau event yang Kak Fa hadiri. Tapi tu pun sekejap jer. Kalau
tak silap Kak Fa ada dalam sekali dua kali Kak Fa ikat dia jer. Lepas tu tak
dah. Tak sampai hati weiii...Macam terseksa jer tengok.
Pada
pandangan mata sesetengah individu, tindakan mengikat anak dengan tali ni
memang agak melampau. Ada juga mengibaratkan yang seolah-olah kita menyamakan
anak dengan haiwan peliharaan. Walaupun dalam hati sebenarnya tak terlintas
sampai ke situ kannn? Sebenarnya ianya mengekang kebebasan kanak-kanak yang
mana ia tidak membantu kanak-kanak untuk memahami dan belajar mengenai apa yang
ada di sekeliling mereka. Not to mention that most Malaysians find it very
demeaning to toddlers!
Memegang
tangan itu adalah lebih baik dari mengikat anak-anak dengan tali. Dengan cara
itu, kita lebih rapat dengan anak. Bayangkan ada yang tiba-tiba berlari dan merempuh
tengah-tengah tali tu dan akibatnya faham-faham jerlah. Anak kita jatuh dan
mungkin cedera. However, if you think that child leashes work for you, there's
absolutely no stopping you! To each their own!
Membiarkan Anak-Anak Melihat Skrin Gajet Berjam-Jam
Ini
ada di mana-mana sahaja. Kak Fa mengaku juga yang Firash memang tengok gajet
-tapi frekuensi atau kekerapan itu sudah semakin berkurangan pada waktu dan
ketika ini. Banyak kerja juga bila kita dah biasakan anak-anak dengan gajet
sedari kecil kemudian kita nak detoks mereka. Kak Fa memang banyak buat itu ini
untuk detoks Firash dari gajet. Sekarang ni, Firash cuma tengok gajet tidak
lebih dari 30 minit sehari. Itupun kalau boleh Kak Fa nak kurangkan lagi.
Kesan
negatif tabiat ini telah didokumentasikan di mana:
1.
Bahaya Terhadap Kesihatan. Kajian
pada tahun 2008 mendapati bahawa kanak-kanak yang menggunakan telefon secara
meluas mengalami gangguan tidur, kegelisahan dan keletihan.
2.
Kesan Kepada Prestasi Akademik. Masa
yang digunakan untuk kerja rumah akan berkurangan, keputusan peperiksaan pula mengalami
kemerosotan disebabkan terlalu banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar
mereka dan keletihan.
3.
Kandungan Tidak Sesuai. Contohnya Momo
Challenge yang pernah Kak Fa kongsikan di dalam entri Kak Fa dulu.
Seorang
ahli terapi terkenal dari UK menyamakan ibu bapa yang memberikan gajet kepada
anak-anak adalah ibarat memberikan sebekas kokain kerana sifat ketagihannya.
Membawa Kanak-Kanak Ke Panggung Menonton Cerita Seram
Tak
salahkan ibu bapa bawa anak-anak ke panggung untuk menonton wayang. Tapiii...
this particular one really grinds our gears! Pertamanya, kan ada age limit
untuk screen viewing kan? Cerita-cerita seram selalunya noted as 18SG or 18SX,
tetapi entah macam mana masih ada ibu bapa yang masih berjaya menyelinap masuk.
It not only spoils the movie-going experience of others, but it could
potentially scar your children for life wehhh!
Instead
of bawa anak-anak kecil tengok cerita seram bawa jerlah anak-anak tengok cerita
yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga. A horror films even scares adults
(like us) sometimes! Ha ha ha...
Macam
Kak Fa kata... Kita ni manusia tak ada yang sempurna. Ada khilaf masing-masing.
Bila dah tersenarai sebegini. Kak Fa sendiri mengaku ada tabiat buruk yang Kak
Fa pernah lakukan. Cuma sekarang dah tak buat dah lah. Kalau boleh jom kita
sama-sama elakkan dari melakukan tabiat keibubapaan yang buruk yang boleh
memberikan kesan buruk kepada anak-anak kita.
Artikel
diubahsuai dari artikel asal di SINI
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.