Top 20 Inspiring Mom Blogs 2019 by Voucher.co.id

Farah Waheda Wahid
1

Jujurnya memang tak terperasan notifikasi e-mel dari pihak Voucher.co.id. Sehinggalah dalam 4 hari yang lepas semasa Kak Fa sedang mengemaskini kotak e-mel Kak Fa, Kak Fa terbaca subjek e-mel yang berbunyi: Your blog is one of the Top 20 Inspiring Mom Blogs! Terus baca dan terus klik pada pautan yang disertakan di dalam e-mel yang berkenaan.  True... Bubblynotes.Com telah disenaraipendekkan sebagai salah satu Top 20 Inspiring Mom Blogs 2019 by Voucher.co.id. Terharu dan sangat berterima kasih kepada pihak Voucher.co.id sebab telah sudi recognize Bubblynotes.Com di kalangan nama-nama besar yang ada.



Banners for Top 20 Inspiring Mom Blogs

Terharu tu biasalah kan? Tapi di dalam masa yang sama sebenarnya terdetik di dalam hati - nikmat yang mana yang kau dustakan Fa? Amboiii... Bukannya menang Grammy Awards or Oscar pun kan? But still... Anda akan faham bila anda sendiri yang berada di tempat Kak Fa. Bukannya apa - syukur when Bubblynotes.Com being recognized but at the same time - Kak Fa lebih memikirkan ke arah - ini peringatan dan menyuntik sedikit kesedaran kepada diri Kak Fa sendiri.

Bukan apa... Sejak akhir-akhir ni - momentum Kak Fa tidak seperti dulu. Jika dulu Kak Fa mampu memuatnaikkan empat ke enam entri sehari di Bubblynotes.Com. Kini... Kak Fa cuma mampu untuk memuatnaikkan satu atau dua sahaja entri sehari. Semuanya disebabkan kekangan masa dan semuanya juga mungkin berpunca dari tempoh masa Kak Fa di dalam industri blog. Hu hu hu... Semakin Kak Fa lama berada di dalam industri ni, semakin Kak Fa nak pastikan apa yang Kak Fa taip, apa yang Kak Fa sampaikan, apa yang Kak Fa muatnaik semuanya datang dari diri dan hati Kak Fa sendiri. Kak Fa jadi sangat cerewet di dalam pemilihan apa yang Kak Fa nak muatnaik. Hu hu hu.. Suka hatilah nak cakap Kak Fa kekwat ke? Poyo ke?

Kak Fa jenis blogger - if I don't feel it inside of me, Kak Fa takkan taip apa-apa entri. Ha ha ha... On the other words tunggu roh nak menulis tu datang. Tulah Kak Fa sekarang. Macam entri ni punlah...sama jer... Dah tahu 4 hari lepas...Hari ni baru roh nak menulis tu datang. Roh nak mengarang dan susun ayat tu datang. Because? Sebab Kak Fa nak setiap penulisan maya Kak Fa tu benar-benar datang dari diri Kak Fa, berbunyi Kak Fa dan tidak stiff. Kak Fa benci bila penulisan maya Kak Fa stiff. Benci sangat-sangat...sendiri baca pun sendiri rasa kosong. Tu jadi cerewetnya melampau tu. Bagi Kak Fa sekarang ni, more or less - kalau nak taip entri, taip betul-betul. Kalau hati tu tak ada nak menaip entri - I'll stop typing for a while sehinggalah hati tu datang kembali. Pssttt...Sekarang ni hati tengah adalah ni boleh menaip yang merapu-rapu ni. Muahahaha...

Tak tau nak cakap apa lagi bila disenaraipendekkan sebagai Top 20 Inspiring Mom Blogs 2019 by Voucher.co.id. Cuma terima kasih dan Kak Fa sangat-sangat hargai semua ni. Tahniah juga diucapkan kepada blog-blog lain yang tersenarai yang datang dari pelbagai negara selain Malaysia. Di antara blog yang tersenarai adalah seperti:


Motherhood is such a sensitive and complicated subject that it isn't a much bigger focus as far as education goes. As a result, women have had to rely on a variety of sources for advice, tips and so much more. Alhamdulilah, at the age of the internet it has allowed new avenues for good information to arise such as through blogging.

In Shaa Allah, Kak Fa will keep on trying to offer intriguing views into the matter of motherhood and everything that it entails.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !