TIPS Meningkatkan Daya Ingatan Dan Fokus Anak

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kenangan zaman sekolah-sekolah dulu - sebelum peperiksaan ke hulu ke hilir dengan nota-nota subjek yang berkenaan sambil menghafal. Kak Fa dulu suka lipat dua kertas A4 bergaris tu dan kemudian Kak Fa suka buat nota dengan konsep carta minda dan dipenuhi dengan tulisan tangan Kak Fa sendiri dengan warna-warni pen berbeza warna. Ha ha ha... Selesa gaya begitu. Tapi kadang-kadang tu boleh jadi sakit hati juga, beria menghafal, membaca sebelum peperiksaan sampai luar kelas atau dewan peperiksaan pun tak lepas nota tulis tangan tu, but still - kadang-kadang boleh terjadi keadaan di mana Kak Fa terlupa apa yang Kak Fa hafal. Jadi sedikit sebanyak, fahamlah yang daya ingatan dan fokus ni kadang-kadang tak boleh nak cakap juga keadaannya. Even dah baca dan menghafal berulang kali pun terkadang boleh blank juga. Memahami keadaan ini - untuk equip diri Kak Fa untuk bantu Firash kenalah Kak Fa ambil tahu cara kan? Contohnya? Seperti TIPS meningkatkan daya ingatan dan fokus anak.

Kak Fa cuma nak tekankan yang mana, sangat penting untuk anak-anak faham sebelum menghafal. Faham itu memerlukan FOKUS. Hafalan pula memerlukan DAYA INGATAN. Sebagai ibu bapa, apa yang boleh kita sokong dan bantu, kita sokonglah, kita bantulah. Banyak cara sebenarnya dan di antara apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa adalah:

1. Memastikan yang anak-anak mempunyai waktu tidur yang mencukupi

2. Makan makanan yang betul. Untuk menguatkan minda dan otak, makanan yang bagus adalah seperti badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan. Selain itu, mak ayah boleh berikan anak-anak supplement sokongan seperti minuman bernutrisi bagi menguatkan DAYA INGATAN DAN MENINGKATKAN FOKUS anak-anak yang terdapat di pasaran iaitu seperti Brain Booster Drink Otak Cantik Otak Cerdik (OCOC).

3. Wajib memberikan anak-anak waktu untuk bermain di luar rumah setiap hari dengan minima 30 minit setiap sesi untuk mengkaktifkan pergerakan serta minda. Pergerakan anak-anak akan menyebabkan     sel otak bergerak dan sentiasa menjana dunia kreatif.

4. Berikan anak ruang supaya bertenang sebelum melakukan sebarang aktiviti. Tenang sebelum ke sekolah, tenang sebelum bersukan, tenang sebelum makan, tenang sebelum menonton televisyen, tenang sebelum belajar dan tenang sebelum tidur. Jangan biarkan anak-anak melalui semua aktiviti dengan tertekan atau di dalam keadaan yang baru dimarahi. Jika tidak anak-anak boleh kehilangan fokus.

5. Feeding anak-anak dengan pembacaan dan permainan yang mengandungi huruf dan nombor supaya mereka ingat perkataan dan kira-kira. Perbanyakkan game seperti membaca plat kereta apabila di dalam kenderaan dan membuat matematik mudah seperti mengira berapa jumlah orang yang menyeberangi jalan dan sebagainya.

6. Sentiasa duduk dengan anak - minima 30 minit sehari untuk buka semua buku yang mereka belajar pada hari yang berkenaan sekadar untuk ulangkaji dan ulang semula apa yang dipelajari.

7. Jika anak buat silap, tegas dan didik mereka supaya tak ulangi. Tak payah sekadar marah dan membebel membabi buta, anak akan lupa dan akan buat lagi. Beri stimulasi dan beri peluang dia belajar supaya perkara itu menjadi pelajaran besar buat mereka.

8. Sesekali (2 kali seminggu) minta anak-anak kita membaca dengan mendengar suara sendiri. Ia akan mengasah otak supaya bekerja dengan relaks dan cool. Bila kita sendiri dengar apa yang kita baca, kita akan lebih mudah ingat. Kak Fa selalu buat macam tu masa belajar dulu...Ha ha ha... Orang ingat Kak Fa bercakap sorang-sorang.

9. Jika anak penat, suruh mereka rehat atau tidur. Jangan paksa untuk mereka lawan. Biasanya, bila melawan arus memori boleh terjejas dan kita akan terus rasa penat hingga akhirnya boleh merosakkan keupayaan kita untuk berfikir secara kreatif.

10. Bercakap dengan bahasa yang mereka faham dan biasanya anak-anak perlu diberikan gambaran. Kalau tak faham juga, bantu dengan visual yang padat dan ringkas. Tak payah nak guna perkataan bombastik sangat aihhh dengan acah-acah nak anak ada daya fikiran yang luar biasa. Anak-anak adalah sama sahaja, yang membezakannya ialah bagaimana kita melayan, kita berkawan dan cara kita menjawab soalan mereka.




Brain Booster Drink Otak Cantik Otak Cerdik (OCOC)

Sebelum ada yang hantar e-mel atau hantar mesej melalui media sosial, elok sangat rasanya kalau Kak Fa ceritakan awal-awal mengenai Brain Booster Drink Otak Cantik Otak Cerdak (OCOC). Betul tak? Betul kan?

Apakah OCOC?




OCOC adalah minuman bernutrisi bagi menguatkan DAYA INGATAN dan MENINGKATKAN FOKUS anak-anak di mana OCOC hanya menggunakan bahan premium. Koko jenis 70% dark chocolate - rahsia nutrisi penting pusat memori di otak. Koko adalah prebiotik. Makanan utama untuk probiotik atau bakteria baik di dalam usus.

Adunan dan sukatan bahan-bahan premium di dalam OCOC adalah mengikut timbangan dan formulasi dari Dr. Rizal Abu Bakar di mana fomula ini telah diuji di makmal dan ujian kesan prestasi otak sebelum dan selepas minum juga dilakukan. Bermaksud OCOC ni, telah melalui fasa yang sangat terperinci dan teliti di dalam penghasilannya.

Dr. Rizal Abu Bakar bukan saja-saja mengformulasikan OCOC ya? Ada cerita di sebalik kerana sebenarnya Dr. Rizal Abu Bakar yang merupakan seorang pakar otak ini menghasilkan OCOC disebabkan oleh anak-anak yang punya masalah sewaktu anak-anaknya perlu menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR. Pada waktu dan ketika itu mereka baru pulang ke Malaysia dari luar negara pada sekitar bulan Julai. September dan Oktober, anak-anak beliau akan menduduki peperiksaan.

Kesukaran yang dihadapi beliau pada waktu dan ketika itu adalah semua sekolah tidak terima disebabkan takut prestasi sekolah jatuh dan anak-anak beliau telah didaftarkan di sekolah tercorot serta dimasukkan ke kelas yang tercorot. Guru tuisyen semuanya menolak untuk mengajar. Tidak logik jika anak-anak beliau dapat menguasai bahasa di dalam tempoh masa sebulan lebih.

Anak-anak mula rasa tertekan dan marah kepada ayah mereka kerana membawa mereka pulang ke Malaysia. Tekanan untuk mengambil peperiksaan. Sistem belajar yang sangat enjoy di negara lain bertukar kepada tekanan apabila pulang ke Malaysia. Sebagai seorang pakar otak yang sebelum ini menggunakan kepakaran beliau di negara asing, beliau tekad untuk mengeluarkan semua kemahiran demi anak-anak. Alhamdulillah, formulasi tersebut memberikan impak. Di dalam masa sebulan setengah anak yang menduduki UPSR mendapat keputusan 1A 5B dan anak yang menduduki PMR mendapat straight A's. Hebat bukan?




Minuman adunan dari dapur hasil dari pakar otak yang mengandungi 6 formula rahsia Coco OCOC iaitu:



Niacin

Menguatkan ingatan dan meningkatkan energi selular.

Flavanoids

Bertindak menguatkan daya ingatan dan memori otak.

Tryptophan

Membantu bagi mendapatkan tidur yang nyenyak.

Magnesium

Meningkatkan daya tahan sistem imunisasi badan.

Gingko Biloba

Melancarkan aliran darah dan nutrisi ke otak.

Serotonin

Mambantu meningkatkan kecerdasan pembelajaran.

OCOC adalah merupakan formula terbaik untuk otak di mana ia menyasarkan 3 bahagian utaa otak iaitu:



Prefrontal Cortex

Fokus, persepsi, impulse control, kawalan diri, critical and forward thinking, belajar dari pengalaman, empati, kemampuan ekspresi perasaan.

Temporal Lobe

Bahagian berkaitan belajar, intermediate memory, pusat memori kompleks, emosi stabil, pusat proses dan faham bahasa, auditory learning, visual dan auditory processing, kemampuan untuk keluarkan perkataan.

Hippocampus

Pusat memori jangka panjang, memori berkaitan fakta, pengalaman dan peristiwa yang berlaku; spatial memory berkaitan kebolehan navigasi dan mengganggar jarak serta ruang.

OCOC mempunyai dua kategori produk pada ketika ini. Mengikut usia anak-anak. Sama ada 3 hingga 6 tahun dan 7 tahun ke atas. Pembahagian kategori ini dibuat bagi memastikan sukatan tepat untuk perkembangan otak anak pada usia berkenaan.




Baby Junior (RM 50.00/sekotak) - Anak Berusia 3 hingga 6 Tahun

Formula asli oleh Dr. Rizal Abu Bakar
Mengandungi khasiat Niacin, Flavanoids, Tryptophan, Magnesium, Gingko Biloba, Serotonin dan 42 Neuronutrients. 
Bahan: 
Cocoa, Susu Kambing, Gingko Biloba, Gula Kelapa (Low GI)
10 sachet di dalam satu kotak.
Setiap satu sachet mengandungi 21g serbuk Coco OCOC.


Smart Student (RM 60.00/sekotak) - Anak Berusia 7 Tahun Ke Atas

Formula asli oleh Dr. Rizal Abu Bakar
Mengandungi khasiat Niacin, Flavanoids, Tryptophan, Magnesium, Gingko Biloba, Serotonin dan 42 Neuronutrients. 
Bahan: Cocoa, Susu Kambing, Gingko Biloba, Gula Kelapa (Low GI)
10 sachet di dalam satu kotak. 
Setiap satu sachet ada 32g serbuk Coco OCOC


Nak bancuh senang jer... Tak susah mana pun...Masukkan ke dalam cawan dan tuangkan air panas kemudian kacau dan ia sedia untuk diminum.

Kak Fa kongsi jer...tapi kalau ada yang berminat bolehlah menghubungi ejen rasmi OCOC:

Coach HasniTalian: +60199027552


Laman Instagram:
@ococ.gombak


Laman Web Rasmi OCOC


Berikut adalah testimoni pelanggan OCOC sebagai bahan panduan dan rujukan:





Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !