![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Home »
brain booster
,
brain food
,
fatherhood
,
Featured
,
health
,
mommyhood
,
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting guide
,
parenting info
,
parenting sharing
,
parenting tips
,
supplement
,
wellness
» TIPS Meningkatkan Daya Ingatan Dan Fokus Anak
TIPS Meningkatkan Daya Ingatan Dan Fokus Anak
Kenangan
zaman sekolah-sekolah dulu - sebelum peperiksaan ke hulu ke hilir dengan
nota-nota subjek yang berkenaan sambil menghafal. Kak Fa dulu suka lipat dua
kertas A4 bergaris tu dan kemudian Kak Fa suka buat nota dengan konsep carta
minda dan dipenuhi dengan tulisan tangan Kak Fa sendiri dengan warna-warni pen
berbeza warna. Ha ha ha... Selesa gaya begitu. Tapi kadang-kadang tu boleh jadi
sakit hati juga, beria menghafal, membaca sebelum peperiksaan sampai luar kelas
atau dewan peperiksaan pun tak lepas nota tulis tangan tu, but still -
kadang-kadang boleh terjadi keadaan di mana Kak Fa terlupa apa yang Kak Fa
hafal. Jadi sedikit sebanyak, fahamlah yang daya ingatan dan fokus ni kadang-kadang
tak boleh nak cakap juga keadaannya. Even dah baca dan menghafal berulang kali
pun terkadang boleh blank juga. Memahami keadaan ini - untuk equip diri Kak Fa
untuk bantu Firash kenalah Kak Fa ambil tahu cara kan? Contohnya? Seperti TIPS
meningkatkan daya ingatan dan fokus anak.
Kak
Fa cuma nak tekankan yang mana, sangat penting untuk anak-anak faham sebelum
menghafal. Faham itu memerlukan FOKUS. Hafalan
pula memerlukan DAYA INGATAN. Sebagai
ibu bapa, apa yang boleh kita sokong dan bantu, kita sokonglah, kita bantulah.
Banyak cara sebenarnya dan di antara apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu
bapa adalah:
1.
Memastikan yang anak-anak mempunyai waktu tidur yang mencukupi
2.
Makan makanan yang betul. Untuk menguatkan minda dan otak, makanan yang bagus
adalah seperti badam, kekacang, buah beri, kismis, kurma, sayuran hijau dan buah-buahan.
Selain itu, mak ayah boleh berikan anak-anak supplement sokongan seperti minuman bernutrisi bagi menguatkan DAYA
INGATAN DAN MENINGKATKAN FOKUS anak-anak yang terdapat di pasaran iaitu seperti
Brain Booster Drink Otak Cantik Otak Cerdik (OCOC).
3.
Wajib memberikan anak-anak waktu untuk bermain di luar rumah setiap hari dengan
minima 30 minit setiap sesi untuk mengkaktifkan pergerakan serta minda.
Pergerakan anak-anak akan menyebabkan sel
otak bergerak dan sentiasa menjana dunia kreatif.
4.
Berikan anak ruang supaya bertenang sebelum melakukan sebarang aktiviti. Tenang
sebelum ke sekolah, tenang sebelum bersukan, tenang sebelum makan, tenang
sebelum menonton televisyen, tenang sebelum belajar dan tenang sebelum tidur.
Jangan biarkan anak-anak melalui semua aktiviti dengan tertekan atau di dalam
keadaan yang baru dimarahi. Jika tidak anak-anak boleh kehilangan fokus.
5.
Feeding anak-anak dengan pembacaan dan permainan yang mengandungi huruf dan
nombor supaya mereka ingat perkataan dan kira-kira. Perbanyakkan game seperti
membaca plat kereta apabila di dalam kenderaan dan membuat matematik mudah
seperti mengira berapa jumlah orang yang menyeberangi jalan dan sebagainya.
6.
Sentiasa duduk dengan anak - minima 30 minit sehari untuk buka semua buku yang
mereka belajar pada hari yang berkenaan sekadar untuk ulangkaji dan ulang
semula apa yang dipelajari.
7.
Jika anak buat silap, tegas dan didik mereka supaya tak ulangi. Tak payah
sekadar marah dan membebel membabi buta, anak akan lupa dan akan buat lagi.
Beri stimulasi dan beri peluang dia belajar supaya perkara itu menjadi
pelajaran besar buat mereka.
8.
Sesekali (2 kali seminggu) minta anak-anak kita membaca dengan mendengar suara
sendiri. Ia akan mengasah otak supaya bekerja dengan relaks dan cool. Bila kita
sendiri dengar apa yang kita baca, kita akan lebih mudah ingat. Kak Fa selalu
buat macam tu masa belajar dulu...Ha ha ha... Orang ingat Kak Fa bercakap
sorang-sorang.
9.
Jika anak penat, suruh mereka rehat atau tidur. Jangan paksa untuk mereka
lawan. Biasanya, bila melawan arus memori boleh terjejas dan kita akan terus
rasa penat hingga akhirnya boleh merosakkan keupayaan kita untuk berfikir
secara kreatif.
10.
Bercakap dengan bahasa yang mereka faham dan biasanya anak-anak perlu diberikan
gambaran. Kalau tak faham juga, bantu dengan visual yang padat dan ringkas. Tak
payah nak guna perkataan bombastik sangat aihhh dengan acah-acah nak anak ada
daya fikiran yang luar biasa. Anak-anak adalah sama sahaja, yang membezakannya
ialah bagaimana kita melayan, kita berkawan dan cara kita menjawab soalan
mereka.
Sebelum
ada yang hantar e-mel atau hantar mesej melalui media sosial, elok sangat
rasanya kalau Kak Fa ceritakan awal-awal mengenai Brain Booster Drink Otak
Cantik Otak Cerdak (OCOC). Betul tak? Betul kan?
OCOC
adalah minuman bernutrisi bagi menguatkan
DAYA INGATAN dan MENINGKATKAN FOKUS anak-anak di mana OCOC hanya
menggunakan bahan premium. Koko jenis
70% dark chocolate - rahsia nutrisi penting pusat memori di otak. Koko adalah prebiotik. Makanan utama
untuk probiotik atau bakteria baik di dalam usus.
Adunan
dan sukatan bahan-bahan premium di dalam OCOC adalah mengikut timbangan dan
formulasi dari Dr. Rizal Abu Bakar di mana fomula ini telah diuji di makmal dan
ujian kesan prestasi otak sebelum dan selepas minum juga dilakukan. Bermaksud
OCOC ni, telah melalui fasa yang sangat terperinci dan teliti di dalam
penghasilannya.
Dr.
Rizal Abu Bakar bukan saja-saja mengformulasikan OCOC ya? Ada cerita di sebalik
kerana sebenarnya Dr. Rizal Abu Bakar yang merupakan seorang pakar otak ini
menghasilkan OCOC disebabkan oleh anak-anak yang punya masalah sewaktu
anak-anaknya perlu menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR. Pada waktu dan ketika
itu mereka baru pulang ke Malaysia dari luar negara pada sekitar bulan Julai. September
dan Oktober, anak-anak beliau akan menduduki peperiksaan.
Kesukaran
yang dihadapi beliau pada waktu dan ketika itu adalah semua sekolah tidak
terima disebabkan takut prestasi sekolah jatuh dan anak-anak beliau telah
didaftarkan di sekolah tercorot serta dimasukkan ke kelas yang tercorot. Guru
tuisyen semuanya menolak untuk mengajar. Tidak logik jika anak-anak beliau
dapat menguasai bahasa di dalam tempoh masa sebulan lebih.
Anak-anak mula rasa
tertekan dan marah kepada ayah mereka kerana membawa mereka pulang ke Malaysia.
Tekanan untuk mengambil peperiksaan. Sistem belajar yang sangat enjoy di negara
lain bertukar kepada tekanan apabila pulang ke Malaysia. Sebagai seorang pakar
otak yang sebelum ini menggunakan kepakaran beliau di negara asing, beliau
tekad untuk mengeluarkan semua kemahiran demi anak-anak. Alhamdulillah,
formulasi tersebut memberikan impak. Di dalam masa sebulan setengah anak yang
menduduki UPSR mendapat keputusan 1A 5B dan anak yang menduduki PMR mendapat
straight A's. Hebat bukan?
Minuman
adunan dari dapur hasil dari pakar otak yang mengandungi 6 formula rahsia Coco OCOC iaitu:
Menguatkan
ingatan dan meningkatkan energi selular.
Bertindak
menguatkan daya ingatan dan memori otak.
Membantu
bagi mendapatkan tidur yang nyenyak.
Meningkatkan
daya tahan sistem imunisasi badan.
Melancarkan
aliran darah dan nutrisi ke otak.
Mambantu
meningkatkan kecerdasan pembelajaran.
OCOC
adalah merupakan formula terbaik untuk otak di mana ia menyasarkan 3 bahagian
utaa otak iaitu:
Fokus,
persepsi, impulse control, kawalan diri, critical and forward thinking, belajar
dari pengalaman, empati, kemampuan ekspresi perasaan.
Bahagian
berkaitan belajar, intermediate memory, pusat memori kompleks, emosi stabil,
pusat proses dan faham bahasa, auditory learning, visual dan auditory
processing, kemampuan untuk keluarkan perkataan.
Pusat
memori jangka panjang, memori berkaitan fakta, pengalaman dan peristiwa yang
berlaku; spatial memory berkaitan kebolehan navigasi dan mengganggar jarak
serta ruang.
OCOC mempunyai dua
kategori produk pada ketika ini. Mengikut usia anak-anak. Sama ada 3 hingga 6 tahun dan 7 tahun ke atas. Pembahagian
kategori ini dibuat bagi memastikan sukatan tepat untuk perkembangan otak anak
pada usia berkenaan.
Baby Junior (RM 50.00/sekotak) - Anak Berusia 3 hingga 6 Tahun
Formula asli oleh Dr. Rizal Abu Bakar
Mengandungi khasiat Niacin, Flavanoids, Tryptophan, Magnesium, Gingko Biloba, Serotonin dan 42 Neuronutrients.
Bahan:
Cocoa, Susu Kambing, Gingko Biloba, Gula Kelapa (Low GI)
10 sachet di dalam satu kotak.
Setiap satu sachet mengandungi 21g serbuk Coco OCOC.
Smart Student (RM 60.00/sekotak) - Anak Berusia 7 Tahun Ke Atas
Formula asli oleh Dr. Rizal Abu Bakar
Mengandungi khasiat Niacin, Flavanoids, Tryptophan, Magnesium, Gingko Biloba, Serotonin dan 42 Neuronutrients.
Bahan: Cocoa, Susu Kambing, Gingko Biloba, Gula Kelapa (Low GI)
10 sachet di dalam satu kotak.
Setiap satu sachet ada 32g serbuk Coco OCOC
Nak
bancuh senang jer... Tak susah mana pun...Masukkan ke dalam cawan dan tuangkan
air panas kemudian kacau dan ia sedia untuk diminum.
Kak
Fa kongsi jer...tapi kalau ada yang berminat bolehlah menghubungi ejen rasmi
OCOC:
Berikut adalah
testimoni pelanggan OCOC sebagai bahan panduan dan rujukan:
Terimakasih telah membaca artikel TIPS Meningkatkan Daya Ingatan Dan Fokus Anak. Jangan lupa share ya
Share
1 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
great tips
ReplyDelete