2019
marks the last year being at Genius Aulad. Pejam celik pejam celik sekejap jer
dah nak habis waktu dan moment di tadika. Bakal mengakhiri fasa preschooler dah
dia. Cepat betul-lah haiii... Ha ha ha... Kenapa rasa macam tak puas ni?
Biasalah...mana-mana mak akan melalui sindrom sebegini. Macam Kak Fa ni ha,
lagilah terasa oiii...Sebabnya sorang trang tang tang jer tu ha. Memang macam
nilah mak-mak yang beranak tunggal rasa kan? Itu menjadikan Kak Fa lebih
memahami GrandMa Firash bila mana seakan tak percaya yang anak sudah semakin
besar dalam tempoh masa yang sangat singkat. Tahun akhir di tadika - apa yang
sepatutnya anak capai dan kuasai di usia 6 tahun?
Menurut
sumber di SINI, ketika anak berada di tahun
akhir di tadika, perkara-perkara yang tersenarai di bawah adalah
perkara-perkara yang sepatutnya anak capai dan kuasai. Jom kita sama-sama semak
dan ambil tahu.
Pertumbuhan Fizikal Dan Perkembangan
Ketinggian
meningkat lebih kurang 6cm daripada berat semasa umur 5 tahun, berat badan
patut meningkat lebih kurang 3kg berbanding semasa umur 5 tahun, gigi molar
mula berkembang dan gigi susu mula luruh.
Perkembangan Kognitif (Berfikir Logik)
Kanak-kanak
mampu menyatakan umur sendiri, boleh kira dan faham konsep angka '10' -
maksudnya boleh kira 10 barang, belajar ekspresi diri melalui perkataan, mula
faham hubungan antara sebab-dan-akibat, belajar menulis, mula faham konsep
masa.
Perkembangan Emosi Dan Sosial
Masih
ada ketakutan pada benda-benda seperti raksasa, penculik dan haiwan besar.
Sekadar contoh, kanak-kanak berumur 6 tahun masih mahu bermain bersama ibu
bapa. Tapi lama-kelamaan apabila sudah jumpa kawan dan cikgu di sekolah, rasa
ingin berkawan semakin berkembang.
Kanak-kanak
jadi suka bermain dengan aktiviti yang melibatkan fantasi dan imaginasi, dia
turut merasakan dirinya seperti abang/ kakak besar yang boleh diharap untuk
jaga adik-adik dan cenderung bermain dengan kanak-kanak yang sama jantina.
Dalam
masa yang sama, dia mula faham perasaan orang lain walaupun lebih fokus pada
perasaan sendiri, mula ada sisi lawak atau humor, tunjuk minat pada lawak mudah
dan buku atau lagu yang menggelikan hati.
Perkembangan Bahasa
Sudah
boleh terangkan rancangan televisyen, filem, cerita atau aktiviti yang disukai,
boleh bertutur dengan tatabahasa yang betul dalam kebanyakan masa, boleh
mengeja nama sendiri dan menulis beberapa huruf dan nombor, membaca beberapa
perkataan mudah.
Perkembangan Deria Dan Motor
Kanak-kanak
mampu kawal otot major, sudah boleh berlari, melompat, lompat tali dan
lain-lain aktiviti fizikal dengan seimbang dan terkawal seperti berkeupayaan
menangkap bola dan lompat tali dengan mudah.
Kanak-kanak
pada usia ini juga boleh melukis tubuh badan dengan sekurang-kurangnya lapan
anggota badan, mampu tiru dan salin semula pelbagai jenis bentuk dan suka
mereka bentuk, boleh tulis nama sendiri dan pakai baju sendiri cuma mungkin
perlu bantuan sedikit untuk kancingkan butang.
Ciri-ciri
tambahan yang sewajarnya dicapai oleh anak yang sudah menjangkau umur 6 tahun
setelah diajar dan diberi pendedahan berkenaannya adalah:
1.
Suka lakukan pelbagai aktiviti dan menyibukkan diri.
2.
Suka mewarna dan melukis.
3.
Melatih diri dengan pelbagai kemahiran untuk menjadi cekap.
4.
Menunggang basikal.
5.
Boleh beritahu pukul berapa.
6.
Boleh membaca buku atau bahan yang sesuai dengan usia.
7.
Faham tentang waktu siang dan malam, perbezaan di antara tangan kiri dan kanan.
Antara
kelakuan yang biasa dilakukan oleh anak berusia 6 tahun:
1.
Boleh tiru bentuk yang kompleks seperti 'diamond'.
2.
Penglihatan sudah tajam dan jelas seperti orang dewasa.
3.
Boleh faham arahan dengan tiga arahan berasingan.
4.
Boleh terangkan objek serta kegunaannya.
5.
Boleh bekerjasama dan berkongsi.
6.
Mula cemburu dengan orang lain atau adik-beradik.
7.
Suka meniru perbuatan orang dewasa.
8.
Suka main sendirian, tetapi lama-kelamaan kawan akan jadi penting dalam hidup
mereka.
Bila
anak sudah 6 tahun, waktu-waktu sebegini sangat-sangat berharga buat ibu bapa
kerana anak akan semakin cepat besar dan semakin banyak dia akan belajar
tentang kehidupan. Tak patut kalau kita lepaskan peluang macam ni even kita ni
sibuk bekerja sekalipun.
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.