Pelajari Tentang Penyakit Yang Dapat Dicegah Pada Zaman Awal Kanak-Kanak

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Secara kebetulan, Kak Fa sempat membaca tentang penyakit yang dapat dicegah pada zaman awal kanak-kanak ketika Kak Fa bawa Firash untuk follow-up check-up setelah discharge minggu lepas. Oleh kerana sempat membaca...sekarang Kak Fa nak pindahkan apa yang Kak Fa baca tempoh hari kepada entri ini. Sekurang-kurangnya... Secara tak langsung, yang membaca entri Kak Fa yang ini, dapat juga sedikit sebanyak ilmu kan? kan? kan? Jom pelajari tentang penyakit yang dapat dicegah pada zaman awal kanak-kanak. 

HEPATITIS B

Hepatitis B merupakan jangkitan hati yang boleh membawa maut yang diakibatkan oleh virus Hepatitis B. Virus ini boleh menyebabkan jangkitan dan penyakit hati yang kronik dan membawa risiko kematian yang tinggi akibat sirosis dan kanser hati. Virus ini merebak melalui sentuhan dengan darah dan bendalir-bendalir tubuh lain daripada individu yang dijangkiti. 

Tanda-Tanda

Peguningan kulit dan mata (jaundis), air kencing yang pekat, keletihan melampau, loya, muntah-muntah dan kesakitan pada abdomen semasa jangkitan akut. 

Komplikasi

Jangkitan hati kronik yang kemudiannya boleh menyebabkan sirosis dan kanser hati. 

PERTUSIS

Pertusis ialah penyakit saluran pernafasan yang sangat mudah berjangkit yang diakibatkan oleh Bordetella Pertussis, sejenis bakteria yang ada di dalam mulut, hidung dan tekak. 

Tanda-Tanda

Batuk (kokol), apnea, sianosis dan muntah-muntah. 

Komplikasi

Pneumonia, ensefalitis dan malnutrisi (akibat muntah berulang-ulang).

HAEMOPHILUS INFLUENZAE JENIS B (HIB)

Haemophilus Influenzae Jenis B (Hib) ialah sejenis bakteria yang menyebabkan pneumonia teruk, meningitis dan penyakit-penyakit invasif lain yang sering berlaku dalam golongan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah. Bakteria ini merebak melalui saluran pernafasan daripada individu yang dijangkiti kepada individu yang terdedah kepadanya. 

Tanda-Tanda

Batuk dan/atau kesukaran bernafas, dengan atau tanpa demam, demam akut, pening kepala dan salah satu tanda-tanda berikut: kekejangan leher, kesedaran terubah. 

Komplikasi

Epiglotitis, osteomielitis, artritis septik dan septisemia. 

DIFTERIA

Difteria merupakan penyakit serius yang disebabkan oleh sejenis toksin (racun) yang dihasilkan oleh bakteria. Penyakit ini menyebabkan pembentukan salutan tebal di belakang hidung atau tekak yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas atau menelan. 

Tanda-Tanda

Sakit tekak, demam atau kelenjar bengkak di leher, dalam kes yang serius: miokarditis atau neuropati periferi. 

Komplikasi

Palsi motor kranium, motor periferi serta saraf deria dan miokarditis. 

POLIOMIELITIS

Polio merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit yang diakibatkan oleh sejenis virus. Virus ini menyerang sistem saraf dan boleh menyebabkan lumpuh keseluruhan dalam masa beberapa jam sahaja. Kebiasaannya, virus ini merebak daripada individu kepada individu lain melalui laluan tinja-oral atau yang lebih jarang berlaku, melalui pembawa biasa (contoh air atau makanan tercemar) dan virus ini membiak di dalam usus. 

Tanda-Tanda

Demam, kelesuan, pening kepala, muntah-muntah, kekejangan leher dan pada sakit anggota badan. 

Komplikasi

Lumpuh kekal, kematian (akibat otot-otot pernafasan tidak bergerak). 

TETANUS

Tetanus berlaku melalui pendedahan terhadap spora C. tetani yang terdapat di dalam tanah di serata dunia. 

Tanda-Tanda

Kekejangan otot yang pada mulanya berlaku pada otot pengunyahan yang menyebabkan trismus atau kancing gigi. Trismus boleh diikuti dengan kekejangan beransur pada otot belakang (opistotonus) dan kekejangan otot-otot lain. 

Komplikasi 

Sawan tetanus menyeluruh dan kematian melainkan rawatan sokongan intensif dilakukan dengan segera.

Begitulah sedikit perkongsian ilmu dari Kak Fa... Semoga bermanfaat untuk semua ibu bapa dan bakal ibu bapa di luar sana tu. 

Sumber Rujukan: Leaflet Maklumat Kesihatan oleh GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !