Home » , , , , , , , , , , , » Membaca Itu Penting! Ini Sebabnya Mak Ayah Perlu Gigih TANAMKAN TABIAT MEMBACA Sejak Kecil

Membaca Itu Penting! Ini Sebabnya Mak Ayah Perlu Gigih TANAMKAN TABIAT MEMBACA Sejak Kecil


Ada yang rasa tajuk entri Kak Fa kali ni lame ke? Lame pun lame-lah... Sebabnya apa yang Kak Fa nak kongsi ni, memang nampak lame bagi sesetengah orang sebab dah banyak sangat artikel-artikel yang menerangkan manfaat serta kelebihan membaca. Lagipun it's a common sense kan? Almost everyone tahu tentang what reading benefits are to human. Tapi Kak Fa tak kira! Kak Fa nak juga memuatnaik entri tentang perkara ni sebab honestly masyarakat Malaysia ni masih perlu dengan lebih giat instill reading habits daripada observation Kak Fa. Membaca itu penting! Ini sebabnya mak ayah perlu gigih TANAMKAN TABIAT MEMBACA SEJAK KECIL. Read on!

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah ayat "Iqra" yang bermaksud bacalah - clear enough that Islam itself sangat mementingkan budaya membaca di kalangan umatnya. So? Memang penting kan? Betul tak? Sebab membaca itu jambatan ilmu. Slogan yang famous sangat di sekolah. Memang tak semua orang rajin membaca dan memang tak semua orang suka membaca. Sebabnya? Sebab tak nurture sedari awal usia. 

Sebelum terlewat - sebelum terlalu sukar dan hebat cabarannya...Kak Fa mulakan sejak dari Firash di usia bayi lagi. Usia bayi? Ya...Usia bayi. Ha... Adalah tu yang berkerut-kerut dahi memikirkan bagaimana Kak Fa tanamkan tabiat membaca pada Firash sejak dari bayi. Hu hu hu. Ok, let me explain. Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25% ketika lahir, 50% ketika umur 6 bulan, 85% ketika berumur 3 tahun dan 95% ketika mencapai umur 6 tahun. These info Kak Fa dapat ketika Kak Fa baca satu artikel yang juga mengatakan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika kita sebagai orang dewasa memberikan rangsangan dan kemahiran pada masa ini, ia akan memberikan kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikan anak-anak.

Bagi Kak Fa - membaca adalah hak setiap kanak-kanak. Diakui - kerja memang banyak dan remeh. Tapi itulah salah satu tanggungjawab kita sebagai mak ayah ya tak? Honestly, Kak Fa memang rajin mewahkan Firash dengan barangan permainan dan juga buku. Sama seimbang. Kak Fa nak Firash explore semua dan kalau boleh Kak Fa nak sama tara semuanya supaya tak ada yang berat sebelah. Bagi Kak Fa - bila sama tara, perkembangan anak solid. Sebab aim Kak Fa sejujurnya, mahukan solid foundation buat Firash. Solid foundation tu adalah asas dan kunci kepada segalanya.

As time goes by, sekarang Firash dah berusia 5 tahun 3 bulan. Hasil dari usaha-usaha Kak Fa untuk tanamkan tabiat membaca di dalam diri Firash, Kak Fa nampak yang membaca telah memberikan impak kepada perkembangan semasa Firash seperti:

Menambah Perbendaharaan Kata


Melalui pembacaan, Firash telah menjadi terbiasa mendengar/melihat perbendaharaan kata yang baru. Ini sangat membantu di dalam memperkayakan kosa kata Firash dan membantu Firash untuk memahami pelbagai perkara yang ada di sekitarnya. This is one of the most effective way untuk membuat otak lebih berkembang kerana anak dirangsang untuk memperkayakan bahasa mereka. 

Meningkatkan Ketrampilan Komunikasi

Dengan bekalan perbendaharaan kata yang semakin hari semakin banyak, ia banyak membantu Firash di dalam berkomunikasi. As some of you know, dulu Kak Fa pernah juga risau bila Firash ni boleh dikatakan agak lewat sedikit berkomunikasi. But now, Alhamdulillah. He is progressing very well. Membaca telah membantu Firash lebih percaya diri dalam berkomunikasi dan he is rich of vocab. At the same time, susunan ayat Firash semakin hari semakin baik. 

Mengenalkan Konsep Baru

Terlalu banyak konsep dalam kehidupan yang dapat Kak Fa kenalkan kepada Firash melalui aktiviti membaca. Bermula dari pengenalan pelbagai jenis warna, bentuk, huruf, angka dan lain-lain. Kebiasaannya Firash akan bertanya kepada Kak Fa sekiranya ada sesuatu perkara yang baru. Sesi soal jawab secara tidak langsung membantu Firash untuk memahami sesuatu konsep baru. 

Melatih Kemampuan Berfikiran Logik

Firash belajar untuk memahami konsep ilmu logik serta berfikir secara abstrak dari aktiviti membaca. Firash juga banyak belajar mengenai akibat dari suatu tindakan dan hukum-hukum apa yang benar dan juga salah. 

Melatih Konsentrasi

Aktiviti membaca melibatkan perhatian. Ini secara tak langsung telah melatih konsentrasi Firash sedikit sebanyak, bagaimana dia perlu tenang dalam posisi tetap, mendengarkan dan memproses informasi agar diterima dengan baik. 

Mengembangkan Imaginasi Dan Kreativiti

Melalui aktiviti membaca sebenarnya ia telah membuka fikira Firash. Informasi yang Firash terima, Kak Fa perhatikan telah banyak membantu mengembangkan kreativiti otak Firash. Firash sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu terhadap sesuatu cerita ataupun ilmu baru yang diperoleh dari aktiviti membaca kami. Indirectly, bila Firash bermain ia dapat memotivasikan Firash untuk membuat sesuatu inovasi melalui daya imaginasi dan kreativitinya.

Mengeratkan Hubungan dan Interaksi


What Kak Fa did and doing telah sangat-sangat membantu mengeratkan hubungan dan interaksi di antara Kak Fa dan juga Firash. Proses membaca buku merupakan proses komunikasi yang interaktif di antara Kak Fa dan juga Firash. It does really helps both of us in our emotional connections.



All these benefits that reading does to Firash membuatkan Kak Fa semakin hari semakin gigih untuk terus membaca bersama Firash dan membuatkan Kak Fa semakin aktif mengumpulkan bahan-bahan bacaan yang baik untuk Firash and I am so glad to get to know that recently, if we purchased Happy Meal set di restoran McDonald's, kita sudah boleh memilih sama ada inginkan permainan ataupun buku melalui program Happy Meal Readers. For this, sudah semestinya Kak Fa akan memilih buku.


Setakat ni, Kak Fa dah kumpul 2 buku dari program Happy Meal Readers ni and from the info yang Kak Fa dapat, McDonald's bekerjasama dengan Cressida Cowell, penulis dan pelukis illustrasi terkenal dunia yang menghasilkan siri buku popular How To Train Your Dragon untuk program Happy Meal Readers. Ia adalah merupakan siri buku bertajuk Treetop Twins Adventures yang terdiri dari 12 set cerita di dalam pilihan Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia. Setiap bulan sebuah buku akan dikeluarkan untuk sepanjang tahun 2019. 




Kak Fa dah baca bersama-sama Firash dan ia agak menyeronokkan serta menarik minat Firash sebab selain dari membaca dari buku, pengalaman membaca itu lebih menyeronokkan bila mana buku-buku ini sebenarnya boleh didapati di dalam versi digital menerusi aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun dari Play Store dan Apple Store. Aplikasi ni secara tak langsung telah memberikan sokongan kepada Firash untuk sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis bersama-sama Kak Fa. It does really help dan Kak Fa suka dengan inisiatif ni.


There's a lot of benefits yang both parties, mak ayah dan anak-anak boleh perolehi daripada amalan membaca buku untuk kanak-kanak. Jom kita mula dari sekarang, jangan tunggu-tunggu lagi. Anak-anak boleh belajar banyak perkara mengenai kehidupan melalui membaca dan membaca itu mampu untuk menambahkan kematangan anak-anak kita juga. 
Terimakasih telah membaca artikel Membaca Itu Penting! Ini Sebabnya Mak Ayah Perlu Gigih TANAMKAN TABIAT MEMBACA Sejak Kecil. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. Byase dr umur brape ek? Sy yg ingat dulu waktu kecik parent slalu beli buku. Even exam score pun hadiahnya buku. Buku2 cerita. Sampai besar sangat suku masuk kedai buku even bau buku😅😅😅. Cuma bahan bacaan tu yg santai macam novel, biografi.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.