Betul Ke Ni? Kak Fa Hantar Firash Ke Kelas Seni Mempertahankan Diri Seawal Usia?

Farah Waheda Wahid
0

5 tahun 3 bulan - started his first Taekwondo class for the year of 2019. Selagi tak pergi selagi tu Haiyaaa...Papaya... Ha ha ha... Hari-hari dok buat aksi Taekwondo dekat rumah tu ha. Alhamdulillah, dia ada tunjukkan minat. Pengaruh kartun pun ya juga tu. Tapi kalau tak terpengaruh pun memang ada di dalam senarai KPI Parenting To-Do List Kak Fa pun which one of the listed item - Firash mesti mengikuti kelas seni mempertahankan diri. Betul ke ni? Kak Fa hantar Firash ke kelas seni mempertahankan diri seawal usia? Well, Kak Fa believe I am right and Kak Fa sangat determined dengan alasan-alasan Kak Fa tersendiri sepertimana yang Kak Fa kongsikan di dalam entri ini.




Membina Firash

Salah satu nilai teras yang terdapat di dalam semua bentuk seni mempertahankan diri ialah tumpuan terhadap disiplin diri. Ia juga merupakan cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan diri dan harga diri seseorang kanak-kanak. Mereka akan mempelajari sifat-sifat rendah hati dan diajar untuk tidak menyalahgunakan latihan yang dipelajari. Watak "lelaki gagah" hanya terdapat di dalam filem, bukan di dalam dunia nyata dan setiap artis seni mempertahankan diri akhirnya mempelajari untuk menghormati sesama manusia dan kerendahan hati yang bercambah daripada keyakinan dalam keupayaan diri sendiri.

Aktiviti Fizikal & Sosial Yang Baik

Seni mempertahankan diri adalah salah satu opsyen untuk Firash aktif di dalam aktiviti sukan dan satu cara yang sangat baik bagi Firash mendapatkan aktiviti fizikal tambahan. Ia juga memberi Firash banyak peluang untuk bersosial dengan kanak-kanak lain daripada kumpulan pelbagai umur. Fungsi eksekutif seperti kawalan diri, ingatan kerja, fleksibiliti kognitif, daya perhatian yang fokus dan kemahiran menyelesaikan masalah yang kreatif adalah lebih baik dalam kalangan mereka yang aktif secara fizikal.

Menetap & Mencapai Sasaran

I live with KPI. Almost every aspect in my life. (Perghhh... bunyi macam lan si sangat kan? Hu hu hu... But I am not bragging... Itu hakikatnya Kak Fa). So tak hairanlah kalau Kak Fa latih Firash perkara yang sama. Kebanyakan seni mempertahankan diri mengukur kecekapan dan kebolehan pengamalnya berdasarkan sistem pemeringkatan tali pinggang berwarna yang melambangkan tahap kemahiran pemakainya. Bagi Kak Fa, ini membolehkan Firash mempelajari bagaimana untuk menetapkan dan mencapai sasaran apabila dia berusaha ke arah mencapai setiap pemeringkatan baru dengan warna tali yang berbeza. In Shaa Allah, bila dapat capai jer, it will make him happy and confident. Itu pun, even baru attend first class of 2019, dia dah sibuk ulang-ulang cakap dengan Kak Fa yang dia nak tali pinggang kuning... Hu hu hu... Iyalah nak oiii... Usaha ya?

Belajar Untuk Menerima Arahan

Sebahagian dari cabaran untuk menguasai mana-mana seni mempertahankan diri terletak kepada kebolehan untuk memahami kemahiran teknikal yang diajar dengan betul. Ini bermakna Firash perlu belajar bagaimana untuk memberi perhatian dengan mendengar arahan pengajar/jurulatih.

Semuanya Tentang Fokus

I want this to assist him untuk menajamkan bukan sahaja fizikal, tetapi mental juga. Semasa sesi latihan, Kak Fa harapkan Firash akan belajar bagaimana untuk menguasai tubuhnya dengan melakukan pergerakan atau rutin mempertahankan diri tertentu dan ini akan mengajar Firash untuk mengekalkan fokus apabila tubuhnya sedang dicabar. Dengan latihan berterusan, Firash akan dapat mengawal minda dan tubuhnya dengan lebih baik. Ini dapat dicapai melalui kesedaran halus yang ditala setelah melalui latihan fizikal dan mental selama beberapa jam.

Belajar Untuk Menyesuaikan Diri

Belajar seni mempertahankan diri adalah lebih daripada hanya mempelajari bagaimana memukul sesuatu (orang lain). Separuh daripada persamaannya melibatkan belajar menerima pukulan, yang boleh datang dalam bentuk pukulan sebenar ketika latihan (seseorang individu tidak boleh belajar bagaimana untuk memukul tanpa mempelajari bagaimana untuk menyekat atau mempertahankan diri). Ini membantu untuk mengajar kebingkasan yang diperlukan oleh Firash untuk belajar bagaimana untuk bangkitkan diri semula. Mempelajari bagaimana menyesuaikan diri lebih awal juga  akan membantu Firash bertindak balas dengan lebih baik dalam kelas seni mempertahankan diri dan juga dalam kehidupan.

Tak ada masa yang benar-benar dispesifikasikan sebagai sesuai, tetapi di dalam zaman kini, bagi Kak Fa lah, tidak kira anak lelaki atau perempuan, seni mempertahankan diri sangat-sangat penting... Part of it, if lah, if anything happened ada juga asas untuk Firash mempertahankan diri. Risau juga dengan perkembangan di sekolah sekarang yang banyak sangat kes buli. Kecil-kecil pun dah ada yang suka membuli rakan sebaya. Bukan tak pernah Kak Fa dengar kes buli yang melibatkan murid-murid sekolah Tahap 1. Seawal Darjah 1 pun ada. Hu hu hu... Bukan nak suruh pukul anak orang...Tapi untuk mempertahankan diri sendiri kalau anak orang yang mulakan masalah. Faham kan?

Bila lihat dia pakai, pakaian seragam Taekwondo tu... Wahhh...Such a big boy already...Sobs...Ha ha ha.... Tak apalah, sekarang latihan jadi bodyguard Mommy dah mula... Besar nanti, latihan jadi transporter pula.... Ha ha ha...

Sumber Rujukan: SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !