![]() |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Sejak
kebelakangan ni, Kak Fa banyak menerima pertanyaan melalui e-mel serta mesej
persendirian melalui pelbagai platform media sosial yang Kak Fa ada mengenai
saluran pembelajaran Bahasa Inggeris di YouTube untuk anak-anak yang bagus.
Sebelum ni, Kak Fa dah kongsikan TIPS Anak Fasih BerbahasaInggeris dan
kali ni bertubi-tubi pula yang minta Kak Fa kongsikan saluran YouTube yang
boleh dikatakan bagus dan dapat membantu anak-anak kecil di dalam perkembangan
Bahasa Inggeris mereka.
Kalau
Kak Fa ceritakan, jangan tak percaya pula ya? Sejujurnya Kak Fa tak
berkesempatan sangat nak menilik serta nak membelek saluran-saluran kanak-kanak
di YouTube tu. Kak Fa serius cuma percayakan aplikasi YouTube for Kids. Tu jer. Alaaa...Kak Fa pun
manusia biasa... Looking for perfection in life but not that perfect. Wink! Ada
masa terbabas juga... Tapi Kak Fa cubalah yang mana yang termampu dan terdaya
Kak Fa sehabis boleh serta sebaik mungkin.
Firash
banyak belajar pertuturan dan juga tatabahasa Inggeris dari saluran YouTube
yang dia sendiri pilih dan Kak Fa tapiskan. Dia suka, Kak Fa susul dari
belakang untuk kenal dan belajar sama ada saluran YouTube tersebut bermanfaat
untuk Firash atau tidak. Jika tidak, Kak Fa akan tegah Firash dari terus
menonton. Haaa...ni nak cerita sikit ni... Honestly... Kak Fa pernah tangkap
Firash menonton video-video Annoying Orange sebagai contoh video di bawah:
Percaya
atau tidak juga, Kak Fa terus rampas gajet dari tangan Firash dan Kak Fa terus
bekukan penggunaan gajet selama sebulan lamanya. Memanglah macam orang mati
kutu dan buntu bila Kak Fa lakukan tindakan ni. Bukan Kak Fa nak jadi kejam.
Tapi Kak Fa nak didik. Perkara yang Kak Fa kata jangan dan perkara yang Kak Fa
tak suka tetapi tetap dilakukan, akan terima habuannya dari Kak Fa. Biarlah
kecil lagi pun usia - anda rasa Kak Fa ada masa untuk kisah? Tak ada masa ok?
Ada bahagian-bahagian di dalam didikan anak kita memang tak boleh berkompromi.
We just got to know which and which. Tu jer. Biarlah dia merayu, merengek macam
mana sekalipun. He just got to know his lesson so that next time dia tak ulang
lagi pada masa akan datang. Memang Kak Fa nak ajar dia kesan dan akibat dari
tindakan serta perbuatan dia sendiri. Ini jer caranya.
Alhamdulillah
cara tu berjaya. Firash tak lagi menonton saluran Annoying Orange tu. Sebab tu
dulu, dalam salah satu entri Kak Fa, Kak Fa pernah pesan. Kalau anak-anak kecil
rajin layan YouTube tu, tolonglah ada sebelah mereka ketika mereka menonton.
Sebabnya bila berlaku perkara-perkara sebegini senang kita nak ambil tindakan
pantas sebelum pengaruh-pengaruh yang tak elok meresap dalam jiwa anak-anak
kecil kita yang masih putih itu.
Jenis
saluran YouTube yang Kak Fa benarkan Firash tonton adalah:
Kak
Fa sampai dah jadi hafal lagu tema pembukaan setiap video di saluran WOW
ENGLISH TV ni. Saluran WOW ENGLISH TV ni menampilkan dua watak utama iaitu Steve
(lelaki dewasa) dan Maggie (seekor burung gagak) sebagai hos utama. Konsep
video-video yang dipaparkan di WOW ENGLISGH TV menekankan vocabulary. Video
mereka sebenarnya secara efektif telah banyak mengembangkan vocabulary Firash
di dalam Bahasa Inggeris dan Firash banyak belajar perkataan-perkataan baru
serta susunan ayat di dalam Bahasa Inggeris yang betul melalui video-video di
WOW ENGLISH TV.
Konsepnya...
setiap ayat atau perkataan akan diulang-ulang beberapa kali sehinggakan Firash
suka mengikuti setiap dialog yang mereka tuturkan dan mengikuti
nyanyian-nyanyian yang dinyanyikan oleh mereka. Kak Fa ni perhati jer...
Tengokkan perkembangan dia dari sehari ke sehari. Positif atau negatif. Kalau
negatif, Kak Fa akan lakukan perkara yang sama seperti kisah Annoying Orange tu
tadi lah... Ha ha ha... Apa yang dia ikut kadang-kadang membuatkan Kak Fa rasa
kagum dengan anak sendiri. Ha ha ha...Sebab tak pernah expect dia untuk tahu
perkataan-perkataan sejauh itu. Kadang-kadang melihatkan telatah Firash mengajuk
video-video yang ditonton boleh buat Kak Fa pecah perut ketawa.
Sedikit mengenai WOW ENGLISH TV
Toddlers,
kindergarten and elementary school children - WOW English TV is a channel
whereby packed full of interesting, funny, interactive video clips and songs to
introduce English to young learners and keep them captivated for hours on end.
WOW
English TV is a channel for Wattsenglish Ltd and is a happy mix of education
and entertainment. Children learn English in a playful and natural way, through
interaction with a native speaker. The videos are a key part of the Wattsenglsh
Method of English teaching.
BLIPPI
juga merupakan salah satu lagi saluran yang Firash suka tonton. The most yang
Kak Fa remember adalah mengenai Garbage Truck. Ha ha ha... Ya... Kak Fa jadi
macam nak pecah gegendang telinga bila Firash suka sangat dengan Garbage Truck
la... Recycle Truck la... Bulldozer la... Front Loader la... Semua dari BLIPPI.
BLIPPI pun banyak membantu Firash di dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Sedikit mengenai BLIPPI
Fun
educational videos for children! Kids will learn colors, learn shapes, learn
numbers, learn letters, the alphabet, abc's and so much more with Blippi's
nursery rhymes, educational songs and educational videos. Blippi ties in things
children love like Backhoes, Tractors, Planes, Trains, Animals, Boats,
Unicorns, Construction Equipment, Firetrucks, Horses and the list goes on!
Incorporating cartoons and animation with real life footage!
Antara
saluran YouTube yang berulang kali ditonton oleh Firash. Kak Fa approved dan
Kak Fa suka dia tonton video-video dari LEARNING BLOCKS. Nak tau sebab apa?
Sebab, ia bukan sekadar membantu di dalam perkembangan Bahasa Inggeris Firash
tetapi ia juga membantu memperkasakan kemahiran matematik ringkas yang
bersesuaian dengan peringkat usia Firash.
Sedikit mengenai LEARNING BLOCKS
The
Alphablocks are 26 living letters who discover that whenever they hold hands
and make a word, something magical happens. With adventures, songs and
silliness, it’s tons of fun with words – all built on a firm foundation of key
phonics skills. Alphablocks is the hit CBeebies TV show that’s already helped
hundreds of thousands of children to learn to read, and will bring phonics to
life for anyone wishing to learn how to spell in English. The Numberblocks are
little blocks with big ideas, having a ton of number fun! Learn how to add,
subtract and count in a fun and educational way using singular blocks to do
basic maths sums. They play games and sing songs about how easy it is to count!
Numberblocks is a hit CBeebies show that is teaching children around the world
how to count with easy to more advanced levels of numeracy for children.
Setakat
ini, Kak Fa berikan kebebasan kepada Firash untuk memilih tontonan di YouTube
tetapi Kak Fa tak biarkan dia sendiri. Setiap kali Firash tonton video-video di
YouTube, setiap kali itu juga Kak Fa akan pastikan sama ada Kak Fa atau GrandMa
dia yang duduk di sebelah dan pantau apa yang ditonton. Sekurang-kurangnya kalau
so happen anak-anak tertonton video seperti Annoying Orange tu...Tindakan boleh
diambil dengan segera.
That's my sharing as
per requested so far - on what videos that has helped Firash a lot in his English
vocabulary these days. Hopefully, it does help to those who asked. If there's
more, In Shaa Allah, Kak Fa akan kongsi lagi. Till then... Jumpa lagi di next
entry of Bubblynotes.Com ya? In Shaa Allah...
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.