Apakah Sebab Anak Tidur Mengigau?

Farah Waheda Wahid
1

Tengah-tengah Kak Fa skrol media sosial, tengah-tengah Kak Fa menaip entri blog di tengah-tengah malam - sekali sekala Kak Fa boleh tergelak-gelak disebabkan kegelian hati melihatkan telatah Firash yang suka sangat mengigau sambil bercakap. Masalahnya, bukan dia menangis atau dia tunjuk perasaan bila mengigau tu, selalunya dia mengigau sambil bercakap perkara-perkara yang melucukan orang yang mendengar. Aiyaaa... So into his world-lah tu during the days... Ha ha ha.... Pernah tak anak-anak kecil anda mengigau? Dan tahu tak apakah sebab anak tidur mengigau? 

Bercakap ketika sedang tidur di dalam terma perubatan dikenali sebagai somniloquy - sejenis gangguan tidur yang didefinisikan sebagai bercakap ketika tidur tanpa disedari. Kebiasaan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tetapi lebih kerap berlaku kepada lelaki dewasa dan anak-anak, sepertimana yang dinyatakan oleh National Sleep Foundation, Amerika Syarikat. 

Sebab apa ya? 

Badan Terlalu Letih Dengan Aktiviti Fizikal

Ayat yang selalu Kak Fa dengar sedari Kak Fa kecil, "Jangan galak sangat main tu, nanti tidur mengigau!"... Sokong kot? Bila siang hari sibuk menyepah, sibuk main itu, main ini dengan sepenuh perasaan sampaikan asyik dalam dunia sendiri. Mungkin seronok sangatlah tu...Menari, menyanyi, melompat...Itu yang terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi tu. Apa yang Firash cakap sewaktu bermain, itu jugalah yang dia akan mengigau sambil bercakap. Hu hu hu. 

Minda Yang Terlalu Banyak Berfikir

Kanak-kanak di dalam proses nak membesar, belajar macam-macam, fikir pun macam-macam. Dari situ, otak mereka akan serap dan memproses maklumat yang diterima. Selepas tu, mereka akan mengaplikasikan di dalam kehidupan harian mereka. Otak manusia kan tidak berhenti bekerja walaupun ketika waktu tidur. He he he... Tu yang boleh mengigau sambil bercakap tu. 

Minda tu memang terlalu banyak berfikir...Sebab sebenarnya bukan Kak Fa tak faham... Sambil nak tidur, sambil-sambil dia merangka susunan perkara yang dia nak lakukan on the next day. Macam Mommy dia... Itu yang terbawa-bawa dalam mimpi tu. Tak sempat nak susun dah terlelap. Ha ha ha...Sudahnya terbawa-bawa dalam mimpi. 

Luahan Perasaan Yang Tidak Dapat Diekspresi Sehingga Terbawa-Bawa Di Dalam Tidur

Pernah sekali tu... Tidur sambil mengigau bercakap... "No Mommy... No... I don't like rice!"... Ha ha ha... Masa nak suap dia makan dia tak cakap tapi dia mengelak. Bila tidur malam tiba-tiba dia meluah yang dia tak suka nasi. Anak Kak Fa kan susah makan nasi...Itulah salah satu contoh bila mengigau sambil bercakap itu adalah satu luahan perasaan yang tidak dapat atau tidak sempat diekspresi sehingga terbawa-bawa di dalam tidur. 

Kemahuan Tidak Dipenuhi

Ha ha ha...Ini pun boleh jadi penyebab juga ni. Rasa tak puas hati lah tu...Tapi tak berani nak minta bila no is no. Mulalah tidur mengigau sambil bercakap. 

Satu hari ni nanti, nak kena rekod juga ni bila Firash tidur mengigau. Memang lucu.... Kak Fa memang tak tahan betul bila setiap kali Firash tidur mengigau sambil berkata-kata. Biasalah kan? Ini moments yang tak akan berulang. Bila anak-anak kecil anda tidur mengigau sila dengar betul-betul apa yang mereka luahkan sebabnya bila dah tidur asing nanti, keseronokkan sebegini tak dapat nak disaksikan lagi.

Nak kata kerap tu tak adalah juga, tapi dalam sebulan tu at least sekali mesti ada. Tapi oklah tu, at least tak sleepwalking... Ekekeke....

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !