TIPS Untuk Mak Ayah Menjaga Anak Sakit Di Wad Hospital

Farah Waheda Wahid
0

Memandangkan dah dua kali berkampung di hospital disebabkan Firash ditahan wad. Kali pertama pada tahun 2015 di mana dia diserang febrile fits - cerita yang berulang kali yang kebanyakan dari pembaca Bubblynotes.Com dah tau dan kali kedua pada 18 Januari 2019 yang disebabkan oleh Influenza A dan juga Balanitis. Sekali ditahan bukan sekejap, kali pertama empat hari setengah dan kali kedua tujuh hari 6 malam. Jadi, kiranya dah bolehlah juga Kak Fa berkongsi sedikit TIPS untuk mak ayah menjaga anak sakit di wad hospital.

Letih toksah cakap. Tenaga, mental semua cukup serba-serbi termasuk dengan pakej sakit-sakit badan dan sendi segala bagai. Hati jer nak kena kental dan tabah oiii... Kalau tak kuat semangat mau dengan kita-kita sekali yang collapsed. Rasa nak collapsed macam mana pun, kena bertahan ok? Kena kuat. Itu yang Kak Fa boleh nasihatkan. Nak manis hidup, kena tahan pahit bersabar dulu ok? Ingat tau Kak Fa pesan ni. Jangan lupa.

Sedikit TIPS untuk mak ayah menjaga anak sakit di wad hospital yang boleh Kak Fa kongsikan adalah:

Alat Permainan Anak

Jangan lupa bawa alat permainan anak sebagai penghibur dan peneman di kala anak bosan. Firash mula-mula sibuk ajak Kak Fa balik tak nak duduk di wad hospital. Tapi macam mana? Doktor dah tahan... Eloklah duduk di hospital dari berlaku sesuatu yang tidak diingini di rumah. Jarak hospital dan rumah bukannya dekat, ibarat lebih dari dua marhalah perjalanan oiii... Tak sanggup Kak Fa nak pandu kereta macam orang gila lagi. Biarlah apa-apa pun dekat hospital. Sekurang-kurangnya tidak mengambil masa yang lama untuk tindakan yang sepatutnya. Nyawa tu oiii... Duit boleh cari, tapi anak? Faham kan? Dahlah tu lah satu-satunya intan payung jiwa raga Mommy dia. Nahi nahi... I would not take the risk...

Percayalah bila anak sudah tidak boleh ke mana-mana setelah kena tambat masuk air, memang boleh jadi mati kutu nak penuhkan masa anak yang macam cacing kepanasan yang dah biasa bebas bergerak ke sana ke mari. Cumanya, janganlah bawa barangan permainan yang berbunyi bising. Takut-takut nanti mengganggu pesakit lain pula. Walaupun anda duduk di dalam bilik single bedded ya? Hormat sesama penghuni wad itu tetap perlu.

Meminta Dan Memaklumkan Dengan Baik Dan Jangan Lupa Mengucapkan Ucapan Terima Kasih

Jururawat, pembersih bilik, pembantu kesihatan bukan kuli. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Bila anak terbuang air atau termuntah di atas katil, perlu tukar cadar, lap lantai, maklumkan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan ya kawan-kawan. Minta dengan cara baik. Ucapkan terima kasih bila pertolongan dihulurkan. Tak susah pun nak ucap terima kasih. Manalah tahu, untung-untung diselitkan doa buat anak kita supaya mereka cepat sembuh kan? Tak rugi apa pun.

Berbaik Dengan Penghuni Wad

Kalau single bedded, nampak jiran bilik sebelah...Senyum. Jangan menyombong. Kalau anak dia nak main dengan anak kita, biarkan mereka berkawan (jika dibenarkan untuk bercampur gaul, jika tidak ikuti nasihat jururawat dan doktor). Kalau mereka perlukan pertolongan jangan lokek untuk berikan pertolongan. Adab dan tatasusila tu. Pun tak rugi juga kalau berbaik dengan penghuni wad.

Bersedia Untuk Sebarang Kemungkinan

Bawa pakaian yang lebih atau mudah untuk dicuci. Bawa lampin pakai buang (sekiranya masih pakai lampin pakai buang) dan susu lebih. Terjadi pada Kak Fa, bawa susu yang dah dibuka dan digunakan di rumah dengan jangkaan susu tu cukup untuk tampung sepanjang Firash berada di wad hospital. Sebab Kak Fa jangka Firash cuma akan ditahan selama tiga atau empat hari. Bila dah kena tahan lebih dari tu, Kak Fa terpaksa beli susu tin kecil yang lain untuk top-up.  Biar bawa lebih. Mana tahu anak kena tahan lebih lama atau nak dijadikan cerita anak muntah atas kita berulang kali.

Apabila anak tidur, cepat-cepat makan, minum, solat, mandi dan berehat. You will need every ounce of your energy later if things get worse. Memang ada satu-satu saat, kita akan rasa macam lelah sangat.

Solat

Tak dapat on time, jangan lupa qada'.  Solat dan doa penuh pengharapan, In Shaa Allah, Allah bantu kita dan kita pun akan rasa lebih tenang dengan emosi sendiri. Lebih redha, lebih kuat. Peringatan ada di setiap penjuru wad...Hidayah tu yang datang tu.

Take It Easy

Yes, kita tidak boleh mengalah tetapi jangan sampai merana diri. Bila rasa tak larat, tukarlah giliran menjaga anak. Kena saling bantu-membantu. Ringankan sesama sendiri. Yang menjaga anak rasa penat yang susah nak cakap, yang pergi menyelesaikan urusan lain pun penat. Cumanya, kalau dah terpaksa sendirian berhad menjaga anak, tenang dan sabar. In Shaa Allah... Kena tahan sikit ya? Kena kental.

Look At The Positive Side

Memang penat tak dapat tidur malam, berulang-alik ke sana ke mari berapa kali trip sehari, makan pun sumbat-sumbat jer antara makan atau tidak, anak pula meragam sebab tidak sihat. Tetapi, tidak semuanya sedih kan? Cuba teliti bagaimana bila kita terpaksa mengendalikan situasi anak sakit di wad hospital, kita tetap gigih untuk menjalankan semua tanggungjawab kita? Cuba teliti bagaimana, anak yang sakit pun masih mampu tersenyum manis bila baru bangun tidur? Cuba perhati bagaimana comelnya setiap air muka anak?

Ada yang tanya Kak Fa... tujuh hari enam malam... apa Kak Fa rasa? Selama tujuh hari enam malam, Kak Fa berulang alik dari hospital ke rumah, rumah ke hospital... Memang kalau dilayan rasa letih dan sakit segala sendi dan badan tu memang Kak Fa dah lama collapsed. Tapi mungkin, semangat Kak Fa tu yang memungkinkan Kak Fa terus gigih berdiri in one piece. Demi anak. Mak-mak ni kalau sebab anak automatik semua pun dia boleh pura-pura macam tak ada apa-apa kan? Yup...Kak Fa mengaku letih dan lesu. Sampaikan di pejabat pun, Kak Fa cuba bertahan supaya Kak Fa tak tewas. Memang muka Kak Fa totally nampak pucat dan letih (ramai kawan-kawan yang tegur). Sakit badan satu hal, sakit sendi satu hal, tak cukup tidur pun satu hal. Memang menguji emosi dan ketahan diri betul oiii.... Tapi, don't worry, In Shaa Allah... Demi anak semua pun boleh. In Shaa Allah.

Apa pun Allah tetap ada untuk melindungi kita. Percaya tu jer. Selepas discharged, sehari dua belum tentu letih dan lesu boleh hilang ya? Balik rumah, masih perlu jaga anak yang baru nak recover. Tapi dah dapat balik rumah tu pun dah cukup bagus dah sebenarnya. Syukur Alhamdulillah. Balik rumah nak kena operasi pakaian, mengemas dan sambung pula perkara-perkara lain termasuk mak ayah Kak Fa yang tak sihat. The beauty adalah dapat balik rumah dan lebih selesa. Sebaliknya, masih tetap belum dapat berehat lagi. Lagipun GrandMa Firash dah jatuh sakit sejak hari ketiga menjaga Firash di wad hospital. Pergi klinik, memang doktor sahkan GrandMa Firash ada tekanan darah rendah. Bangun jer tumbang. Bangun jer tumbang. Kesian dia. Moga cepat sembuh. Ada tak ada Kak Fa lah yang nak kena bertahan walaupun sebenarnya badan Kak Fa sendiri yang tak sihat. Betul-betul tak sihat ya. Bukan buat-buat tak sihat. Ahaksss...

Apa pun, semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua dan memelihara anak-anak kita sentiasa. In Shaa Allah... Amin amin ya rabbal alamin.

Gabungan input dari SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !