TIPS Anak Fasih Berbahasa Inggeris

Farah Waheda Wahid
0
tips anak fasih berbahasa inggeris
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kak Fa terima terlalu banyak e-mel dari kalangan pembaca Bubblynotes.Com. Terlalu banyak. Serius terlalu banyak. Lebih dari 10 e-mel bertanyakan soalan yang sama. Cuma masa jer yang tak mengizinkan Kak Fa untuk menjawab e-mel tersebut. Nak jawab satu-satu, memang tak tau bilalah kan? Nak berjanji pun tak berani ok? Al-maklumlah, sejak kebelakangan ni, hari-hari Kak Fa memang sendat dan padat. Soalan dari e-mel tersebut meminta Kak Fa berkongsi TIPS anak fasih berbahasa Inggeris. Hurmmm… terfikir juga, adakah Kak Fa ni orang yang layak nak berkongsi tips ni? Rolling on the floor laughing. Kak Fa ni pengalaman tak banyak (mesti ada yang menyampah baca ayat ni… ha ha ha Smile with tongue out). Anak pun tunggal. Tapi Kak Fa cubalah berkongsi semampu yang boleh ya?

Kak Fa mengaku yang sememangnya Kak Fa memberikan penekanan penggunaan Bahasa Inggeris kepada Firash. Kedengaran macam poyo sangat kan bagi sesetengah orang? Seolah-olah Kak Fa mengagung-agungkan sangat bahasa penjajah. Bukan tak ada orang yang sok sek sok sek kiri, kanan, depan dan belakang Kak Fa. Tapi tulah, semakin Kak Fa matang, semakin Kak Fa dah tak ambil pusing sekeliing Kak Fa, apa orang nak kata, apa orang nak kecam, apa orang nak provokasi. Kak Fa tak kisah… sebab Kak Fa tahu, kalau Kak Fa sibuk memikirkan pandangan dan pendapat orang lain, Firash yang akan menghadapi masa akan datang tu.

Contoh yang paling mudah Kak Fa boleh kongsi adalah baru-baru ni, Kak Fa bersama rakan-rakan sekerja Kak Fa mengendalikan sesi pendaftaran pelajar untuk program yang dianjurkan oleh tempat Kak Fa bekerja dan salah satu borang yang perlu diisi oleh pelajar-pelajar terbabit memerlukan mereka mengarang sedikit ayat di dalam Bahasa Inggeris tentang pengalaman mereka di dalam bidang kimpalan. Sampai ke bahagian itu, tiba-tiba hampir keseluruhan daripada mereka memberikan riak wajah … alamak! adoiii! Muka masing-masing memang blur tahap maksima. Tak kurang juga ada yang tersipu-sipu malu.

Kak Fa sikit pun tak ada rasa nak gelak atau tersenyum sinis ya? Cuma, jujur Kak Fa beritahu yang Kak Fa rasa sedih Crying face. Walaupun mungkin ada di antara mereka tak rasa sedih, tapi Kak Fa rasa sedih dan itu menyedarkan Kak Fa dengan lebih dalam mengenai kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris. Kak Fa tak kata menguasai Bahasa Inggeris tu semestinya perlu betul-betul sempurna. Kalau anda boleh perasan, kaum benua Eropah pun terkadang main langgar jer tatabahasa. Jika mampu menguasai, itu sangat bagus. Jika tidak, memadai untuk survival. Harap fahamlah ya? Apa intipati yang cuba Kak Fa sampaikan ni. Sudahnya, atas rasa simpati dan belas, Kak Fa taipkan beberapa contoh ayat di komputer riba dan kemudian Kak Fa paparkan di skrin putih untuk mereka tiru. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat juga Kak Fa bantu mereka. Itu membuatkan Kak Fa bertambah sedar dan Kak Fa tak nak Firash sampai begitu.

Disclaimer: Tolong jangan anggap yang Kak Fa bangga diri sangat dan tolong jangan anggap yang Kak Fa riak kerana Firash mampu bertutur serta membaca di dalam Bahasa Inggeris sejak dari usia kecil. Kak Fa sekadar menjawab pertanyaan pembaca melalui e-mel sahaja.

Hari Pertama

Kalau Kak Fa cerita ni, jangan ingat Kak Fa sasau pula? Kak Fa mulakan sedari waktu pertama Kak Fa dapat tahu yang Kak Fa mengandung. Komunikasi Kak Fa dengan Firash di dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Malaysia bermula sedari Firash di dalam perut Kak Fa lagi. Kak Fa biasakan Firash untuk mendengar pertuturan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Kak Fa. Berlarutan sehingga Firash lahir sehingga sekarang. Sebab apa? Dari 0 bulan sehingga 6 tahun adalah usia emas, yang mana Kak Fa perlu rebut peluang itu dengan sebaiknya. Sepanjang tempoh waktu ini, otak kanak-kanak sangat mudah untuk menerima sehingga proses penyerapan bahasa mampu berlangsung dengan sangat lancar. Daya penyerapan bahasa kanak-kanak berfungsi secara automatik.

Pendedahan Awal

Kak Fa bawa Firash untuk outdoor socializing di pusat-pusat permainan kanak-kanak di mall ataupun di pusat perkembangan kanak-kanak yang Kak Fa hadiri event. Kak Fa berikan kebebasan kepada Firash untuk bersosial, bercampur, berkawan serta  berkomunikasi dengan kanak-kanak lain daripada latar belakang yang berbeza yang fasih berbahasa Inggeris. Menurut kajian, seperti yang Kak Fa baca melalui pautan di SINI, menerusi kajian perkembangan kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak menguasai bahasa asing adalah daripada usia 6 sehingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.

Mendengar Dan Bertutur Secara Kerap

Konsisten. Setiap hari. Berkomunikasi, berbual, menggunakan medium-medium seperti kad imbas, video-video melalui YouTube Kids, permainan edukasi interaktif. Kak Fa gunakan hampir kesemua medium ini. Oh ya… Role play juga sangat-sangat membantu. Menyanyilah bersama-sama, lakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan bersama. Itu semua membantu.

Jangan Gunakan Bahasa Bayi

Jujur ya, Kak Fa tak pernah gunakan bahasa bayi ke atas Firash dan Firash pun pelatnya tak adalah teruk sangat. Sikit jer sikit. Alhamdulillah. Bila bertutur tidak kira Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris, Kak Fa akan sebutkan perkataan sebutir-sebutir. Biar jelas Firash dengar. It works. Apa yang Kak Fa tuturkan begitu jugalah nahu bunyinya pertuturan Firash.

Betulkan Biar Berulang Kali Pun

Silalah gigih memperbetulkan sebutan dan juga slanga anak-anak. Biar berulang kali, biar beratus kali. Dengan cara ini, anak-anak dapat belajar untuk menyebut dengan betul. Biarlah salah atau tunggang langgang sekalipun tatabahasa dan susun atur ayat… Tak apa, biar mereka cuba dan biar mereka belajar untuk memperbaiki tatabahasa serta susunan ayat dari semasa ke semasa. Melalui pengalaman, bila sudah menjadi kebiasaan, tatabahasa dan juga susun atur ayat yang betul akan bermula sendiri. There will be times. Winking smile

Jangan Paksa Tapi Biasakan

Ada sesetengah perkara yang memerlukan paksaan dan ada sesetengah perkara yang tidak boleh dipaksa. Let it go by the flow. Jangan paksa tapi biasakan. Bila terbiasa mereka akan mengikut juga akhirnya. Tak payah serius sangat oiiii…. Kanak-kanak lagi tu… jangan beri tekanan. Ingat ya? Jangan beri tekanan.

Suntik Dalam Minat

Mudah sangat ni. Tengoklah anak suka kartun apa. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Gunakanlah kesempatan itu ya? Suntik melalui minat. Walaupun ada yang dialih bahasa, berikan anak tonton di dalam versi Bahasa Inggeris. Secara tak langsung, anak-anak lama kelamaan faham, mengikut dan belajar dari situ. Struktur ayat Bahasa Inggeris Firash banyak dibantu melalui suntikan ini.

Setakat ini, itu yang boleh Kak Fa kongsi dari pihak Kak Fa sebab itulah keadaannya Firash belajar Bahasa Inggeris. Tapi tak adalah Kak Fa berkomunikasi dengan Firash Bahasa Inggeris 24 jam. Dia jer yang walaupun Kak Fa bertutur dalam Bahasa Malaysia, jawabnya tetap di dalam Bahasa Inggeris. Flirt male. Kadang-kadang terasa macam mengada-ngada pula anak Kak Fa ni… ha ha ha… Smile with tongue out. Kak Fa pernahlah cikgu dia beritahu… “Puan, kalau boleh seimbangkan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Firash ya?”… Huuuu…. Bukan tak seimbangkan… Penampakkannya Firash ni cenderung ke arah Bahasa Inggeris. Nak tau tak? Setakat sesi persekolahan 2019 ni, sekalipun dia belum pernah lagi bertutur di dalam Bahasa Malaysia. Cikgu cakap Bahasa Malaysia, dia tetap jawab Bahasa Inggeris. Tu pun satu hal, Mommy dia pening kepala juga tu.

Ha ha ha… Open-mouthed smile… Dekat sini pembaca Kak Fa tanya tips anak fasih berbahasa Inggeris, di satu sudut yang lain pula, Kak Fa sedang merangka strategi nak seimbangkan penggunaan kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Firash. Sebab Firash ni berat sebelah! Asyik Inggeris jer… Huuu… Pssttt… Kulit sawo matang, tapi acah-acah mat saleh celup budak ni…. Dia punya slanga British mak datuk…. Mommy pun kalah oiii…. Cikgu dia cakap… Hurmmm… Kita cakap Bahasa Malaysia pun, dia tetap juga cakap Bahasa Inggeris… Hu hu hu… Salah Mommy ke? Tak kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile, sebab Mommy cakap jer Bahasa Malaysia dengan dia selalu. Kalau cakap Bahasa Melayu tu… slang British cakap Melayu dah rupa bunyinya…. Gedik telinga Mommy dengar…

Apa pun, harap-harapnya Kak Fa dah jawab pertanyaan yang bertanya tu ya? Semoga dapatlah membantu tak banyak sikit pun.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !