Tanda-Tanda Anak Kecil OVERDOSE Belajar

Farah Waheda Wahid
2
TANDA-TANDA ANAK KECIL OVERDOSE BELAJAR
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Impian ibu bapa – melihat anak-anak berkembang dengan optimal… Demi impian ini, kanak-kanak telah didorong untuk sentiasa belajar dan rajin belajar sejak di usia awal. Selain belajar di rumah, kanak-kanak pada masa kini, kebanyakannya mengikuti pelbagai kelas seperti kelas seni mempertahankan diri, kelas muzik dan juga kelas-kelas di pusat perkembangan kanak-kanak. Ini perkara yang positif di dalam mengenali serta mengasah minat dan bakat anak sejak usia awal. Tapiii… kalau dilakukan secara berlebihan – memaksa anak kecil belajar adalah satu perkara yang kurang sihat sebenarnya. Terlalu banyak belajar, boleh mengakibatkan anak kecil merasa terbeban. Ini Kak Fa istilah-kan sebagai overdose! Nak tau bagaimana tanda-tanda anak kecil OVERDOSE belajar? Baca sehingga akhir.

Mudah Lupa Apa Yang Telah Dipelajari

Anak-anak kecil yang sedang di dalam proses tumbesaran memerlukan waktu untuk mencerna, memahami dan kemudian mempraktikkan setiap pelajaran yang baru dipelajari. Ini adalah proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak. Kaedahnya, selepas menguasai sesuatu pelajaran atau perkara, barulah mereka benar-benar bersedia untuk belajar pelajaran yang baru. Bermaksud… no rush! Langkah demi langkah dan perlahan-lahan. Tak payah kalut sangat nak mengejar kebolehan dan kemampuan anak-anak orang lain dekat luar sana yang sebaya dengan anak kita yang dah pandai macam-macam tu. Ikut pace anak-anak masing-masing. Kan setiap kanak-kanak tu berkembang pada tahap yang berbeza-beza? Ada yang laju, ada yang sederhana dan ada yang perlahan. Tak payah berebut-rebut sangat. Ikut, customized mengikut kemampuan anak.

Dengan kata lainnya, kanak-kanak di usia awal memerlukan jarak di antara satu pelajaran dengan satu pelajaran yang lain. Pada peringkat ini kalau terlalu banyak benda yang mereka perlu belajar, lama kelamaan mereka akan jadi mudah lupa apa yang telah dipelajari. Jangan paksa anak untuk menangkap info baru sebelum selesai memproses info yang ia dapat.

Jadi Semakin Jarang Bermain

Bermain merupakan satu cara bagi anak-anak kecil belajar. Sebab melalui bermain ia melatih kreativiti dan imaginasi anak kecil. Bila dah terlalu banyak aktiviti belajar di sana sini, kelas itu, kelas ini, aktiviti itu, aktiviti ini…. anak akan jadi semakin jarang bermain. Haaa…tu tanda-tandalah tu. Tanda-tanda  anak kecil overdose belajar. Tak larat nak main dah bila tenaga jadi kurang disebabkan terlalu banyak kelas itu ini.

Selalu Kelihatan Lesu Dan Murung

Samalah macam kita yang dewasa ni, kalau dah non-stop… Senang jer nak lihat riak muka lesu dan murung tu. Sampaikan aktiviti yang menjadi kegemaran mereka pun mereka jadi tak berminat, malas nak lakukan. Sedangkan suka tu… Letihlah mak ayah oiii… Badan dah letih, mood pun tak mari. Kadang-kadang silap-silap hari bulan, boleh nampak anak kecil tu tertekan.

Fizikal Jadi Lemah dan Mudah Sakit

Jadual harian yang padat boleh mempengaruhi kesihatan anak-anak kecil. Apabila kebelakangan ini, anak kecil anda sering jatuh sakit dan berulang-alik ke klinik atau hospital, cuba fikir betul-betul sama ada anak-anak kecil ini sebenarnya terbeban dengan jadual aktiviti yang amat padat? Kena ingat ya? Aktiviti yang terlalu banyak tidak hanya berpotensi menimbulkan kelemahan fizikal tetapi juga tekanan. Kondisi ini akan mengganggu sistem tubuh sehingga imunisasi anak kecil tidak bekerja secara optimal. Kesannya, penyakit lebih mudah hinggap.

Berisiko Memiliki Sikap Kompetitif Berlebihan

Sikap kompetitif itu baik dan perlu diwujudkan di dalam diri anak-anak kecil. Sebabnya, sikap ini membuatkan anak-anak kecil lebih bersemangat dan memiliki motivasi yang tinggi. Akan tetapi…. kompetitif yang berlebihan juga perlu dielakkan. Sebab bila dah berlebihan sangat akan wujud pula sikap egois dan tidak boleh berempati kepada orang lain. Apabila sering dipaksa menguasai pelbagai hal, anak kecil boleh menjadi obses untuk menjadi yang terbaik di dalam semua bidang. Obsesi ini kemudiannya akan membuatkan anak-anak kecil melihat segalanya adalah pertandingan yang mereka harus menang.

Siapa tak nak anak maju dan berjaya? Siapa tak nak lihat anak bijak dan cerdas di dalam semua perkara. Semua ibu bapa mahu melihat anak-anak maju dan berjaya. Tak ada satu pun ibu bapa yang tak suka kalau anak maju dan berjaya… Tapi berpada-pada, jangan sampai anak kecil kita overdose belajar. Bab belajar Kak Fa memang tegas, Kak Fa akui, tapi dalam tegas Kak Fa, Kak Fa tak paksa sampai Firash overdose. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Kak Fa ikut kapasiti kemampuan dia untuk menerima, menghadamkan dan mencerna apa yang dia belajar. Dia masih lagi banyak main ok? Nyah-Nyah. Kalau tak percaya meh datang rumah Kak Fa… Tengok apa aktiviti dia kalau di rumah sepanjang hari… Dia mempunyai kemampuan untuk bermain sehari suntuk dan dia tak akan jemu. Rolling on the floor laughing Ha ha ha….

Rujukan: SINI

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bahaya juga kalau overdose belajar ni. nanti budak2 jadi tak enjoy nak belajar benda baru..

    ReplyDelete
  2. kena make sure supaya tak berlebihan...bahaya jugak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !