Sistem Storage Barang Permainan Dengan LOLLY GUMMY CABINET Dari Cobyhaus Malaysia

Farah Waheda Wahid
1

Bila mula jer bercerita tentang barang permainan anak-anak ni, perkataan pertama yang muncul dalam otak Kak Fa ni adalah "bersepah". I cannot ok? Cannot tahan mata, cannot tahan serabut... Ha ha ha... 😂... Seriously! Tapi disebabkan dah ada anak, nak tak nak kena telan dan hadap jugalah kan? Bab terpijak barang permainan tu toksah cakaplah... Memang dalam banyak-banyak hari, mesti ada sehari yang terpijak. Sakit oiii... Boleh tahan tajam! Rasa macam nak tembus tapak kaki tu. Bertabahlah. Itu tak termasuk terpaksa melayan kerenah emo bila tak jumpa barang permainan dia tu. Sehinggalah akhirnya Kak Fa decide untuk memulakan sistem storage barang permainan dengan LOLLY GUMMY CABINET dari Cobyhaus Malaysia. 

Cerita ni pun bukan sebab apa, ada individu yang merupakan seorang ibu, mesej Kak Fa di Instagram. Tanya pada Kak Fa macam mana Kak Fa organize barang permainan Firash. Sebab katanya tak tahan bila anak tantrum tak jumpa barang permainan yang berterabur sana-sini. To be honest, Kak Fa cuma buat satu sistem yang sangat simple sahaja. Gunakan LOLLY GUMMY CABINET dari Cobyhaus Malaysia. 


Memanglah ada banyak jer toys rack yang boleh dibeli dari mana-mana laman web jualan atas talian di dalam Malaysia ni. Boleh jer nak beli yang mana-mana ikut sesuka hati citarasa masing-masing. Cumanya Kak Fa tetap memilih LOLLY GUMMY CABINET dari Cobyhaus Malaysia. Kenapa? Mestilah ada sebab. Takkan simply-simply jer Kak Fa nak kata yang Kak Fa pilih LOLLY GUMMY CABINET dari Cobyhaus Malaysia sebab berjenama or what. 

Ok, let me justify ya sebab apa? Pertama, until seorang ibu dan wanita seperti Kak Fa ni, Kak Fa rasa LOLLY GUMMY CABINET dari Cobyhaus Malaysia ni adalah praktikal. Praktikal sebab pemasangan mudah. I don't have to wait for Babah Firash to come back home and assist me to install this cabinet. Kak Fa sendiri pun boleh pasang dengan mudah.

Kedua pula, disebabkan ia didatangkan dengan ciri mesra ekologi atau di dalam bahasa lainnya mesra alam. Kenalah mesra-mesra dengan alam sekitar kan? Memandangkan alam sekitar kita sekarang ni dah tenat. Macam-macam kerosakan yang berlaku di muka bumi sekarang ni. Sedih kan? Tak nak beri sumbangan lebihan, maka Kak Fa memilih produk mesra alam seumpama ini. 

Ketiga adalah disebabkan oleh effective space utilization. Jimat as in boleh kumpul permainan di satu tempat dan tak perlukan ruang yang besar jika nak dibandingkan dengan barang permainan yang dibiarkan berterabur. Sedap jer mata memandang ok? Alhamdulillah. Tenang rasa jiwa bila lihat barang permainan bersusun dengan elok. Firash nak mencari pun mudah. Tak adalah dia emo bila tak jumpa barang permainan yang dia nak guna. Ha ha ha... 😂

Keempat kerana ianya adalah selamat dan tahan lama. LOLLY GUMMY CABINET dari Cobyhaus Malaysia tidak menggunakan sebarang paku mahupun skru. 


Budak-budak nak naik ni, lasak dan buas lain macam sedikit. Nak-nak lagi, lelaki. At least, Kak Fa tahu yang tanpa skru dan paku, dah kurang hazard untuk Firash. Benda nak jadi bukan kita boleh agak. Jadi sebelum terjadi apa-apa, tak salah kalau kita ambil preventive measure dan beringat ya tak?


Cara nak susun pun ada cara juga. Kak Fa gunakan sistem menyusun yang dipanggil sebagai teknik konmari. Kereta tidak sesekali boleh dicampurkan dengan LEGO. Landasan keretapi dikhaskan satu compartment. Senang dan mudah untuk anak-anak cari. Kena ikut QC ni dan Kak Fa juga melatih Firash untuk susun buku, toys dan baju serta kasut mengikut sistem konmari supaya dia sedar betapa pentingnya untuk bertanggungjawab ke atas barangan sendiri. 😉Kak Fa pesan pada Firash berulang-ulang kali, barang mesti susun ikut kategori. Tak boleh tidak. 

Bila ada sistem storage yang betul, kalau lalu dekat display rack barang permainan di mana-mana mall, at least Kak Fa boleh counter balik. Suruh Firash ingat balik betul-betul apa yang ada di LOLLY GUMMY CABINET dia. Salah satu usaha nak selamatkan diri dari dipaksa tanpa rela untuk beli permainan baru lagi. 😂. 

Lagipun, sistem storage yang sistematik juga sangat memudahkan anak-anak untuk bermain dan kemas sendiri. Jika main sepah macam mana sekalipun kita sebagai ibu tak perlu risau sebab dah sediakan sistem untuk mereka atur dan kemas semula.




Jika ada yang berminat, LOLLY GUMMY CABINET ni didatangkan di dalam dua variasi warna iaitu biru dan merah jambu. Mak ayah dah tau sangat kan? Color coding yang mana yang bersesuaian dengan anak-anak masing-masing mengikut jantina. Jadi pilihlah mengikut citarasa dan kesesuaian masing-masing. 

Buat masa sekarang ni masih ada promosi. Sampai bila tu Kak Fa tak pasti. Tapi, anda boleh mendapatkan LOLLY GUMMY CABINET dari laman web jualan atas talian Cobyhaus Malaysia dengan harga RM359.00 berbanding harga asal iaitu RM569.00.

Nak tunggu apa lagi? Laju-laju grab dari SINI. 😉

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hmmm... Bagus juga ada alatan penyimpanan mainan mcm ni. X lah bersepah n menyakitkan mata..

    Jom join segmen d blog abam kie? Tq.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !