Pertanyaan Simple Tapi Cukup Untuk Buat Kak Fa Gelabah Ayam!

Farah Waheda Wahid
1
PERTANYAAN SIMPLE TAPI CUKUP UNTUK BUAT KAK FA GELABAH AYAM!
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Seriuslah… pertanyaan simple tapi cukup untuk buat Kak Fa gelabah ayam! Open-mouthed smile Ha ha ha… Tak pasti sama ada disebabkan oleh faktor usia yang semakin meningkat dan anak semakin membesarkah? Ataupun faktor gaya hidup serta sekeliling Kak Fa sejak kebelakangan ini. Ada ke agak-agaknya yang membaca ni tergolong di dalam golongan yang sama seperti Kak Fa? Pertanyaan simple tapi cukup untuk membuatkan kita jadi tak keruan dan hidup jadi huru-hara. Bukan satu pertanyaan jer tau… Tapi macam-macam jenis pertanyaan. Kebiasaannya yang boleh menjadi huru-hara tu adalah apabila ia melibatkan pekerjaan kemudian pergerakan semasa kita. Nak audit sama ada korang macam Kak Fa ke tidak… Kenalah baca cerita Kak Fa satu persatu ni ha.

Seterika Dah Tutup Ke Belum?

Boleh jadi sama ada memang belum tutup seterika ataupun sebenarnya dah tutup seterika. Menggosok pakaian dalam bilik menggosok di atas. Selesai menggosok terus turun ke bawah sama ada ke dapur minum air ataupun duduk di ruang tamu menonton televisyen untuk menyejukkan badan. Bila dah dalam 20 – 30 minit kemudiannya tu… Baru terfikir sendiri…Seterika dah tutup ke belum? Setakat ni bila terfikir macam ni belum lagi ada pakaian terbakar atau bau hangit dalam rumah tu… Maknanya belum pernah ada apa-apa kejadian seterika meletup atau kain terbakar… Ha ha ha… Rolling on the floor laughing. Tapi…bila soalan ni muncul, secepat kilat berlari naik ke atas nak pastikan sama ada seterika sudah ditutup ataupun belum lagi. Hu hu hu…. Kalut kan? Kan? Kan? Kan?

Api Dapur Dah Tutup Ke?

Paling menyampah soalan ni lah. Ini memang kerap sangat terjadi di antara Nek Ma Firash dan Kak Fa. Selalunya di dalam situasi panaskan lauk yang berkuah selepas tu nak keluar ke mana-mana sama ada Pasar Malam ke? Sama ada nak ke kedai ke? Dah tengah-tengah perjalanan, salah seorang di antara kami akan melontarkan pertanyaan ini. Kalau ingat tu… tak ada apa-apalah. Tapiii…. Kalau tak ingat… Memang haru-biru jadinya. Kadang-kadang dalam tengah-tengah perjalanan pun boleh patah balik oooo… Semata-mata nak pastikan api dapur sudah ditutup. Iyalah, kan bahaya tu? Tak tutup kalu, takut-takut balik nanti nampak Bomba depan rumah jer. Huuu… Mintak simpang oiii…. Sebab tu lebih rela patah balik ke belakang dan cek betul-betul sama ada api dapur dah ditutup atau tidak.

Tiket Parking Tadi Mana?

Berkali-kali jadi bila pergi mall. Crying face… Berkali-kali jadi, sekali dua ingat nak simpan tiket parking elok-elok lepas tu nanti esok lusa ulang balik kelalaian yang sama. Letak tempat lain, cari tempat lain. Tapi dalam kepala Kak Fa ni dah set dah…Kalau tak dalam dashboard console bawah radio kereta, mungkin dekat tepi pintu kereta. Kalau tak tepi pintu kereta – dalam beg tangan atau sling bag. Yang jadi haru tu, bila dalam beg tangan ataupun sling bag… Lupa letak celah mana. Sama ada dalam beg yang ada banyak poket ke ataupun di dalam dompet. Bila tak jumpa…. Huuuu… Mulalah kau menggelabah punggah dan keluarkan semua isi perut beg. Kadang-kadang tu boleh sampai berpeluh oiii…. Hu hu hu…

Pintu Rumah Tadi Dah Kunci Ke?

Belum tahap kronik lagi… Tapi terjadi sekali dua dah… Dah keluar elok-elok, dalam mall tiba-tiba terfikir sama ada dah kunci pintu rumah ke tidak. Muahahaha… Open-mouthed smile Lepas tu…Mulalah Kak Fa rasa tak tenang oiii… Mulalah gelabah nak balik cepat. Not always tapi pernah terjadi sekali atau dua kali. Bukan apa, kadang-kadang orang ni harap orang tu, orang tu harap orang ni. Dah kelam-kabut atau terlampu fokus sangat nak shopping ke apa… Sampai tak teringat nak pastkan pintu rumah dah kunci ke tidak.

Kunci Rumah Ada Dekat Mama/Adik Kan?

Ni satu hal… Keluar berjalan lepas tu orang ni tanya orang tu. Orang tu tanya orang ni. Yang jadi haru bila orang ni tak mengaku kunci ada kat dia, orang tu mengaku kunci tak ada kat dia. Ha ha ha… Nyah-Nyah Lepas tu apa lagi? Menggelupurlah masing-masing mencari kunci dekat segala genap ceruk dalam compartment kereta dan juga beg masing-masing. Bila dah tak jumpa, tanya Firash. Adalah sekali dua, Firash jadi penyelamat bila dia yang jumpa kunci tu sebenarnya terletak dekat mana.

Kereta Tadi Dah Kunci Ke Belum?

Selepas keluar kereta, buka dan kunci kereta banyak kali sebelum bergerak. Semata-mata nak sedap hati dan nak betul-betul pastikan kereta dah dikunci sebelum beraktiviti. Sebab pernah terjadi… Elok-elok tengah window shopping dalam mall… Tiba-tiba berdebar-debar bila mengingatkan kereta yang mungkin dah berkunci mungkin tidak.

Tak semua oranglah ada penyakit was-was macam ni kan? Tapi kalau anda pun ada…Kiranya dua kali lima lah kita… Ihikss… Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !