Let's Rock The Class of 2019!

Farah Waheda Wahid
0

Steady, ready, go! Let's rock the class of 2019! Cerita back to school bagi tahun 2019. Tak ada apa yang istimewa atau yang berlainan. Sekadar cerita parenting yang biasa-biasa sahaja. 😅. Why? Sebab Firash masih di Genius Aulad and this year gonna be the last year for him as Auladians. Haaa.... 😂... Next year baru cerita cemas Kak Fa sebab Firash will be going to primary school for the first time. First time bagi dia, first time bagi Kak Fa juga menghantar anak ke Sekolah Rendah. Yang itu akan datang memang korang akan notice yang Kak Fa ni menggelabah sangat, sebab Kak Fa sendiri dah boleh anticipate.




Alhamdulillah, he is an easy early riser. Tak susah mana pun Kak Fa kejutkan dia. Sangat mudah. Tak ada tantrum, tak ada tangisan, tak ada hamukan. I have been through this process for 3 years now. My trick was only by oiling him with my own Sleep Blend for him made from few combination of Young Living Essential Oils the night before untuk ensure Firash tidur awal dan dapat rehat yang secukupnya. Then the next morning, 30 minutes before he woke up, Kak Fa diffuse campuran few other Young Living Essential Oils supaya dia mudah bangun dan happy. 😊. Senang untuk Firash dan senang juga untuk Mommy. 




Bersiap dan terus Kak Fa hantar dia ke school. Macam biasa, Kak Fa tak plan nak hantar dia sampai ke pintu kelas. He is a big boy now. Dah masuk kelas 6 years pun walaupun baru sahaja sambut ulangtahun kelahiran ke-5 last November 2018. Manja time is not over yet tapi sikit demi sikit Kak Fa tarik ibarat tarik rambut dalam tepung. Not fair for him if Kak Fa tarik mengejut kan? Iyalah as my son he will still manja with me. But at certain part, manja tu kena tarik dah so that dia boleh jadi independent to survive on his own. Dia kan anak lelaki? Dan dia kan seorang jer? Dia kena belajar dari sekarang untuk survive on his own like how his Mommy doing it. 😉. Kak Fa nak dia belajar dari sekarang supaya tidak terlalu bergantung atau bergantung harap pada sesiapa. Kak Fa nak dia open his mind sendiri for his survival.

Bukan apa, kalau baru pertama kali dia ke sekolah tu mungkinlah. Tak biasa lagi dengan environment baru. Macam bila dia masuk Tahun 1 nanti. Haaa... Tu wajiblah pun mana-mana mak ayah tak lepaskan macam tu sahaja. Tahun 1 tu is something big for kids. Tapi macam di dalam kes Firash ni, this year marks 3 years for him as Auladians. Dia dah kenal sangat selok belok dalam sekolah tu bagaimana. Dia dah tau sangat nak naik sendiri dan nak turun sendiri kemudian naik van Cik Ina dia bila waktu balik. Fairly justified, there's no need for Mommy untuk daki tangga sama-sama dia just to ensure he's in place. That I will do once dia masuk Tahun 1 nanti. Macam yang mak ayah lain buat. 😊



As planned, Firash disambut oleh teacher kelas dia sendiri dan kemudian naik ke kelas sendiri sambil-sambil Kak Fa perhatikan dari dalam kereta. Istimewanya tahun 2019 ni, Firash dapat teacher 4 years dia kembali. 😊. Alhamdulillah. 

So? Tak ada cerita extraordinary pun tentang sesi persekolahan Firash di tahun 2019 ni. Biasa-biasa sahaja. 



Tiba waktu balik, Kak Fa jemput dia. Alhamdulillah, dia happy penampakkanya. Syukur Alhamdulillah dan thank you Firash kerana faham dan mudahkan Mommy nak. I heart you so much. Harapnya berterusan sebegini. 



One happy kid yang tahun ni di bawah custody Teacher Del which I entrusted her so much untuk mold and groom Firash to be a better learner, reader and person serta mempersiapkan Firash untuk menempuh sesi persekolahan Tahun 1 pada tahun 2020 nanti. In Shaa Allah, amin amin ya rabbal alamin. Mommy trust Teacher Del can do this with flying colours because she got the credibility and she understands well my expectations from what I paid. 




Do understand that peperiksaan bagi murid-murid Tahap 1 kini dimansuhkan, but in order to build a strong basic foundation for him, learning for him will still be moving on. Tak ada apa yang berubah. Not for me, but it's for him. 

This 2019, Firash tetap akan ada his night classes 1 hour each day, thrice a week dan Firash akan mengikuti kelas Taekwondo on Saturday. Bukan sesuatu yang membebankan dan segalanya secara light and easy. Giving him apa yang berkadaran dengan apa yang dia mampu pikul. Kak Fa ni tak adalah kejam pun sampai nak jadikan anak rasa terbeban dan tak cukup masa rehat. Trust me, there's a way to do it. As a mom, semua dari kita faham anak-anak kita dan boleh mencorakkan secara rasional keperluan anak kita mengikut kesesuaian serta kemampuan mereka. 

Tak ada seorang ibu pun yang nak anak terbeban dan tak ada seorang ibu pun yang sanggup tengok anak kecil mereka terdampar keletihan. Tapi seorang anak perlu dididik sejak kecil untuk faham dan belajar yang dalam kehidupan perlu berusaha serta apa yang kita tuai adalah hasil yang kita dapat. Jika rajin menanam, hasil tuaian pasti meriah. Jika sederhana, sederhana ia, jika sedikit, sedikitlah ia. 

I may not be the best mom in the world but I will try to give my very best to lead, guide and support. 

Untuk Firash, happy schooling and enjoy your senior year as Auladians this 2019 sayang! 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !