Kartun: Kak Fa Sangat Selektif... Tak Semua Firash Boleh Tonton

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Kanak-kanak mana yang tak sukakan kartun? Mungkin adalah segolongan kecil di luar sana, tapi jaranglah kanak-kanak tak sukakan kartun. Mak ayah kanak-kanak pun sukakan kartun. Ha ha ha... Termasuklah Kak Fa. Cumanya, kartun: Kak Fa sangat selektif...tak semua Firash boleh tonton... Cakaplah apa sahaja, Kak Fa kongkong-lah, Kak Fa konservatif-lah... Kak Fa memang macam ni, bila tiba bab Firash jer, memang setiap inci dan perspektif Kak Fa betul-betul lihat dan fikir ke belakang.

Nak lagi kejam kenyataan, Kak Fa pilih kartun untuk Firash. Mana yang dia minat, pada Kak Fa melepasi QC Kak Fa, Kak Fa biarkan dia menikmati kartun tersebut. Mana yang dia minat, tapi Kak Fa rasa tak lepas QC Kak Fa. Minta maaf banyak-banyak. I'm sorry goodbye. Kak Fa takkan bagi dia tonton. Yang dia belum tau, Kak Fa tengok dulu dan kemudia baru putuskan nak beri dia tonton atau tidak? Remeh tak? Banyak kerja tak? Biasalah, jadi mak-mak ayah-ayah memang macam ni. Itu semua perkara biasa pada Kak Fa. Tugas dan tanggungjawab. 

Mungkin ramai yang terlepas pandang atau tidak perasaan pada ciri-ciri bahasa kasar dan biadap, aksi ganas dan tidak sopan dalam kartun yang ditonton oleh anak-anak masing. Ingat satu jer, pengaruh kartun sangat kuat pada kanak-kanak. Sama ada dari segi percakapan mahupun perbuatan. Contohnya, seperti yang diperdebatkan oleh artikel di SINI


Terselit Dialog Kurang Sopan/Biadap

Contoh paling mudah, "tak guna kau", "eh kau ni"... ayat-ayat macam ni ada jer di dalam kartun. Sama ada nak perasan, nak kisah atau tak nak kisah jer. Senang jer kanak-kanak nak ulang-ulang dialog tersebut di dalam kehidupan seharian. Tugas mak ayah lah, nak pantau nak beritahu apa yang betul, apa yang tidak.

Aksi Ganas

Kanak-kanak mudah meniru. Semua mak ayah tau. Kita sendiri masing-masing pernah lalu zaman anak-anak kita sekarang. Bila dah tonton kartun seronok sangat-sangat, mula-mula kagum, lepas tu taksub menghayati sampai mengikut dengan perbuatan. Silap2 haribulan, orang sekeliling jadi mangsa sepak, diri mereka sendiri berisiko cedera melompat-lompat.

Bolehlah nak bagi tonton, as kanak-kanak mana yang terlepas tonton kartun dan tak kenal dengan watak-watak kartun kan? Tapi kena selalu ingatkan lah. Bagi Kak Fa, Kak Fa pilih kalau boleh untuk elakkan. 

Aksi Dan Bahasa Berunsur Lucah

Pangkah terus. Tak perlu kenalkan pun tak apa kot? Tak rugi pun kalau anak tak kenal dan tau. Jika anda suka kartun, pasti anda tahu watak kartun mana yang boleh dikatakan comel tetapi mempunyai aksi dan bahasa berunsur lucah kan? Nak didik, didik dari kecil. Pendapat Kak Fa ok? Jangan nanti terbiasa dengan aksi dan bahasa berunsur lucah sampai terbawa sehingga bila-bila. Pilih dan tapislah apa yang anak-anak kita tonton.

Sebaliknya, apa yang perlu kita sebagai mak ayah cuba lakukan adalah:


Pilih Kartun Yang Mempunyai Mesej Yang Baik

Pastikan kartun yang anak kita tonton itu adalah kartun yang datang dengan mesej didikan dan baik. Bermanfaat di dalam pembentukan nilai moral dan sahsiah anak-anak. Menyumbang kepada penanaman nilai-nilai murni. 

Ikutkan kartun jer pun, tak perlu berat-berat kepala nak fikir nak tapis, nak skrin dulu. Tapi kena juga. Apa yang anak-anak kita tonton bukan sekadar kartun, sebaliknya ia juga adalah merupakan medium anak-anak kita belajar dan menerima mesej tertentu. 

Anak-anak akan letakkan diri mereka di tempat watak kartun yang mereka lihat. Sebab itu, mereka mudah meniru setiap apa yang mereka lihat dan dengar. Baik kartun yang anak kita tonton, baiklah mesej yang diterima. Yang menakutkan adalah mesej itu anak-anak kita guna dan serapkan di dalam kehidupan seharian.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !