Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Tak kata salah pun kalau nak solek atau nak benarkan anak bermain alat solekan. Tidak ada sesiapa pun yang kata salah. Itu hak masing-masing. Tidak ada sesiapa yang punya kuasa untuk melarang mak-mak atau mak ayah supaya tidak menyolek atau membenarkan anak bermain alat solekan. Cumanya… Kak Fa minta, kalau boleh fikir dua kali sebelum benarkan anak bermain alat solekan. Kak Fa bukan dengki sebab Kak Fa tidak mempunyai anak gadis tau… Tapi ada sebab kenapa Kak Fa minta mak ayah fikir dua kali sebelum benarkan anak bermain alat solekan.
Melihatkan telatah dan juga hasil solekan memanglah comel. Yang disolek mak-mak pun nampak comel jer anak-anak gadis. Ada juga mak-mak atau mak ayah yang membelikan anak-anak gadis barangan solekan versi kanak-kanak disebabkan kepercayaan barangan solekan yang dikeluarkan khusus untuk kanak-kanak itu adalah selamat berdasarkan label pada produk. Betul ke? Memang selamat untuk kanak-kanak? Pasti? Tak silap Kak Fa… Banyak ajer kes-kes alahan melampau berlaku, bibir anak bengkak, susah untuk bernafas, kemerahan dan sebagainya.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Najmi Nawawi melalui artikel yang sempat Kak Fa baca sekali lalu di SINI, 7 bahan yang kita perlu tahu bahayanya jika terdapat dalam alat solekan adalah:
Lead
Kebiasaannya terdapat di dalam face paints dan juga gincu. Lebih banyak lead, lebih bahaya kesannya kepada anak-anak. Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Centres for Disease Control and Prevention (CDC), keracunan bahan lead terhadap anak-anak boleh membawa kesan bahaya kepada otak dan saraf anak. Ianya juga mengundang masalah perkembangan perlahan dan pembelajaran anak.
Arsenic
Bahan yang satu ini pun banyak terdapat di dalam face paints dan kadar bahaya mengikut kadar dari 1.1 sehingga 1.9 ppm. Ianya sangat dikenali sebagai bahan penyebab barah dan juga boleh menyumbang kepada muntah, cirit-birit, pening kepala dan dehidrasi.
Cadmium
Selalunya terdapat pada face paints yang berwarna gelap atau lebih dikenali sebagai Halloween Face Paints. Terdapat beberapa jenis gincu yang turut mengandungi bahan ini. Berdasarkan kajian CDC juga, kesan terhadap anak kecil sama seperti terhadap ibu bapa, iaitu rosak buah pinggang dan paru-paru. Juga terhadap tumbesaran dan seterusnya mempengaruhi sikap anak.
Parabens
Bahan yang paling popular. Sepatutnya ibu bapa semua memang wajib tahu bahaya parabens. Ia mampu menyebabkan ketidakstabilan hormon dan imuniti badan anak.
Talc
Satu bahan mineral yang sangat biasa dan mudah dijumpai di dalam alat kosmetik. Ianya akan jadi lebih bahaya jika turut tercemar dengan bahan lain yang dikenali sebagai asbestos (bahan penyebab barah). Bahkan jika mineral ini masuk melalui sistem pernafasan pun sudah cukup untuk menyumbang kepada masalah pernafasan yang bahaya dan inflamasi melampau.
Fragrance
Hampir separuh daripada produk kecantikan di dunia terkandung bahan ini. Lebih-lebih lagi jika ianya pewangi tiruan yang selalunya mengandungi bahan-bahan penyebab barah seperti acetaldehyde, benzopehnone, styrene, dichloromethane dan juga titanium dioxide. Bahan-bahan inilah yang akan menyebabkan iritasi pada kulit anak dan lebih teruk lagi boleh membawa kepada kerosakan organ dalaman.
Silica
Ini pula ialah antara bahan yang sangat senang dijumpai di dalam produk kecantikan. Kerana ianya penyerap kelembapan yang baik dan mampu membuatkan produk nampak lebih tebal dan mahal. Namun sepertimana bahan-bahan di atas, silica juga amat bahaya kepada paru-paru, hati dan juga sistem pernafasan.
Tiba-tiba rasa laju-laju nak semak bahan-bahan dalam barangan solekan Kak Fa walaupun Kak Fa tidak mempunyai anak gadis. He he he…
. Bagus juga ada perkongsian serta peringatan sebegini, sekurang-kurangnya Kak Fa pun pun ada awareness mengenai kandungan di dalam bahan solekan. Jom kita sama-sama semak koleksi kosmetik kita ibu-ibu? Kotlah kalau ada, jangan bagi anak-anak gadis main kosmetik tu…. Alaaa… anak-anak gadis kecil-kecil tak perlu bersolek pun… Sebab memang dah sedia comel dan cantik kan? 
noted...thank you untuk info berguna ni..
ReplyDelete