Day 3,4,5,6: Berkampung di KPJ Selangor Specialist Hospital

Farah Waheda Wahid
0

Day 3,4,5,6: Berkampung di KPJ Selangor Specialist Hospital - Sedari Jumaat malam admitted, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan hari ini! Khamis... In Shaa Allah hari terakhir kami berkampung di KPJ Selangor Specialist Hospital. Doa banyak-banyak ni sebenarnya... Ha ha ha... Ngam-ngam dia genapkan tempoh seminggu nampaknya! 

Sebenarnya hari  kedua dan ketiga merupakan hari yang Kak Fa tak tau nak tolong macam mana (ada Kak Fa cerita sikit di dalam cerita Day 2: BALANITIS Pada Kanak-Kanak Lelaki sebelum ini) - Disebabkan BALANITIS tu, Firash menangis kesakitan sehingga menggigil badan dia menahan sakit ketika membuang air kecil. Allahuakbar - luluh hati Kak Fa sebagai seorang ibu melihat anak menahan kesakitan sampai menggigil tubuh badan dia. Paling tak menahan tu - dia sebut 'Adoilaaaahhh... Adoiiii.... Mommy... Sakit...', sambil menangis-nangis. Nak buat macam mana nak? Tahan sikit... Healing process memang akan melalui semua ni. Ayat standard mak-mak, kalau sakit tu boleh dipindahkan kepada Mommy, Mommy sanggup jer terima. Asalkan Firash tak tanggung kesakitan sampai macam tu sekali. 

Demamnya pula ibarat yoyo... Sekejap bacaan suhu 38, sekejap bacaan suhu 39 dan ada sekali tu sehingga mencecah bacaan suhu 40. Memang hati senantiasa tak senang. Mana nak senang... Masih tak lupa peristiwa Firash terkena Febrile Fits ketika berusia 2 tahun setengah dulu. Memanglah bila ingat-ingat peristiwa dan kaitkan dengan keadaan sekarang Kak Fa masih rasa ngeri. 


Masalah dengan Firash pada kali ini, dia buat perangai susah nak makan ubat. Kebiasaannya, taklah sampai menolak dia nak makan ubat. Masih gagah juga lagi dia telan ubat, akan tetapi, kali ini - dia tolak bulat-bulat nak makan ubat. Ya ampunnn.... Pening pun ada, geram pun ada... Nak marah kesian pula sebab tengah sakit... Memang makan ubat secara paksaanlah jawabnya. Cumanya budak dah besar, akal pun dah panjang berjela... Tau ajer dia cara nak kemam dan keluarkan balik. Terasa rugi jer ubat tu tau. Huuuu... 

Disebabkan keadaan ini, doktor mengambil keputusan untuk drip Firash dengan antibiotik dan air garam. Ni pun satu hal juga... Kena cucuk dulu kan? Gigihlah Kak Fa ni mendukung Firash yang seberat 14.6kg secara menatang disebabkan oleh alat kelamin yang masih bengkak dan merah tu turun ke Tingkat 4 untuk dicucuk. Aduyaiii... Boleh tahan semangat juga Firash. Ha ha ha... tahan ajerlah... Nak buat macam mana kan? 


Dia punya jerit ya ampunnn... Satu Tingkat 4 boleh dengar oiii... Katanya... 'Doctor move away... I don't like needle...Nanti ada darah...'. Dalam jerit-jerit pun, doktor chill ajer cucuk tangan dia... Ha ha ha... Tapi siap bedung, siap 4 orang jururawat pegang lah... Bayangkan, bagaimanalah gamaknya ketika nak berkhatan nanti ni? Kena bius sampai tidurkah? Ha ha ha... Sedar-sedar jer dah khatan... Macam tu ek? 

Tengoklah tu... Dia punya sedih sebab kena cucuk... Kak Fa ni, nak kata sedih tengok anak kena cucuk...Jangan terkejut pula bila Kak Fa kata tak! Sebab apa Kak Fa kata tak? Sebab Kak Fa tau yang cucuk tu bukan sengaja nak menyakitkan dia, cucuk tu adalah untuk proses penyembuhan dia. Jadi buat apa Kak Fa nak sedih bila anak kena cucuk untuk kebaikan diri dia sendiri kan? Janji pada Kak Fa, Firash pulih. 




Pengalaman pertama dia... Jadi ada sedikit sifat ingin tahu yang mendalam di dalam diri dia mengenai apa yang sedang berlaku dan dilakukan kepada dia. Mesin drip running non-stop for the day. Haaa...tulah....jual mahal lagi nak makan ubat. Ha ha ha...Kan akhirnya dah kena drip. Pada asalnya, doktor tak nak drip dia, tetapi bila dah asyik menolak jer nak makan ubat...Akhirnya doktor terpaksa buat keputusan untuk drip. 

Alhamdulillah, setelah bermulanya proses drip, suhu badan Firash mula menunjukkan bacaan di sekitar 37 dan 38. Ada peningkatan. Tak adalah cecah 39 dan 40 kan? Firash pun nampak semakin bertenaga dan semakin ceria. Jika di hari pertama dan kedua, tak banyak komunikasi dan tak ada mood untuk bermain, di hari ketiga setelah proses drip bermula, dia sudah mula mahu bercakap walaupun taklah bercakap banyak seperti biasa. 


Hari ketiga dah mula mahu bangun dan melakukan aktiviti-aktiviti ringan seperti melukis, mewarna dan bermain. Alhamdulillah, demam dah kebah. Doktor hentikan pemberian paracetamol dan kurangkan drip dari 45 drip per hour kepada 30 drip per hour. 

Alat kelamin Firash yang bengkak dan merah juga, sudah mula menunjukkan perubahan yang lebih baik. 


Hari keempat perubahan semakin banyak dan muka pun ada senyum. Urine sampling diambil sekali lagi untuk diuji. Alat kelamin dah surut bengkaknya dan kemerah-merahan mula menjadi pucat walaupun dia masih macam fobia nak membuang air kecil. Dalam hati Kak Fa... ok...Besar harapan untuk discharge ni. Ha ha ha. 

Berbanding ujian urine pertama kali, kali ni keputusan ujian urine nampaknya telah menjadi semakin bagus, tiada lagi sel darah merah di dalam urine Firash, terdapat sedikit sel darah putih (yang Kak Fa nampak pada kertas tu 1) dan tiada lagi jangkitan bakteria pada urine Firash. Clear...Kata doktor kepada Kak Fa. 

Hari keempat ni jugalah dia bertanya manja kepada doktor seakan merayu... 'Doctor... Can I go home?'... Nampak tak dia dah mula bosan terperap dan terkurung di bilik wad? Hari keempat ni, ada masa tiub untuk drip tu dibuka, jadi sementara tiub tu dibuka, Kak Fa bawa Firash pusing-pusing melawat kawasan wad dan melihat pemandangan luar sedikit. Bawa dia ke kafeteria sekejap, saja-saja nak bagi hilang boring dia. Alaaa...macam kita jugalah...Kalau asyik terperap dan terkurung pun boleh jadi buntu juga kan? 

Kak Fa terpaksa ambil Emergency Leave pada hari keempat sebabnya, Nek Ma Firash demam dengan suhu 38.9 sepertimana yang dibaca oleh jururawat. Collapsed Nek Ma dia. Jadi nak tak nak, Kak Fa terpaksa ambil Emergency Leave untuk menjaga kedua-duanya sekali. Takkan Kak Fa nak tinggalkan Firash dengan Nek Ma yang sakit macam tu kan? 

Yakin ni, doktor kata In Shaa Allah, hari kelima boleh discharge. Jadi Kak Fa pergi ke office dulu sebab semalamnya dah Emergency Leave. Boss Kak Fa faham yang Firash admitted tetapi ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan dan sebenarnya, Kak Fa dah susun atur dah yang pukul 3.00 petang Kak Fa akan ambil time off selama 2 jam untuk urusan discharge Firash. 


Berkobar-kobar semangat nak balik rumah pada hari kelima. Tak sabar nak tunggu pukul 3.00 petang. Sekali tuuu... impian hanya tinggal angan-angan jer lah. Doktor tak nak lepaskan Firash untuk discharge lagi sebab doktor nak lengkapkan cycle antibiotic drip Firash sebanyak 4 pusingan lagi. Demi kebaikan dia, Kak Fa lupakan seketika keterujaan nak balik ke rumah pada hari kelima. Dalam hati, tak apalah bukannya lama pun nak masuk hari keenam. Dah petang dah pun. Walaupun? Walaupun eye bag dan muncul, badan Kak Fa serta sendi-sendi Kak Fa semua sudah mula terasa sakit-sakit. Tekak pun dah rasa lain macam dah juga, mata pun dah terasa panas juga. Ah sudahhh... Moga-moga Kak Fa sihat hendaknya. Banyak tugasan dan tanggungjawab Kak Fa nak kena pikul. 

Kali pertama dulu di KPJ Selangor Specialist Hospital, kami spent 4 hari setengah. Kali ni yang paling lama. Tapi tak apalah, Influenza A dan Bantilitis bukan perkara yang boleh dibuat main. Biarlah doktor pastikan betul-betul kesihatan Firash dulu kemudian barulah discharge. Tak apa sabar sikit, tak ada ruginya pun. Betul tak? Doktor tahu apa yang lebih baik. 

Kalau tak ada aral melintang, hari ni, Firash boleh discharge. Tapi Kak Fa tak tau sama ada pagi tau petang ataupun mungkin tengah hari. Apa pun, syukur Alhamdulillah Firash dah semakin pulih dan boleh dikira speedy recovery juga sebab doktor beritahu Kak Fa yang tubuh badan Firash respons dengan baik ke atas ubat-ubatan yang dipreskripsikan. Harapan seorang mak tak ada banyak pun tetapi besar...Cuma nak lihat anak sihat dan ceria seperti selalu. In Shaa Allah, amin-amin ya rabbal alamin. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !