Day 2: Positif Influenza A

Farah Waheda Wahid
0

Kan Kak Fa dah kata? Betul tak? Naluri seorang ibu? Yang kali ini, demam Firash bukan demam biasa-biasa? Keputusan ujian daripada sampling yang diambil pada malam sebelumnya iaitu pada malam Firash dimasukkan ke wad menunjukkan yang Day 2: Positif Influenza A. Confirm... bercuti panjang kami di KPJ nampaknya ni. Nak buat macam mana? Terima dengan redha walaupun tak pernah terfikir Influenza A akan datang pada Firash. 

Menurut doktor, Firash mungkin dijangkiti sama ada daripada tadika (ada di antara kalangan kawan-kawan Firash yang menjadi pembawa Influenza A) ataupun daripada van sekolah yang Firash naiki (mungkin salah seorang dalam ramai-ramai yang menaiki van tu menjadi pembawa) ataupun daripada mana-mana kawasan yang Firash singgah. Semuanya mungkin. Jadi tak boleh nak salahkan sesiapa dan sememangnya wabak Influenza sedang merebak di Puncak Alam. 

Di dalam entri sebelum ni, tak silap Kak Fa lah kan, Kak Fa ada maklumkan yang dua minggu sebelum Firash disahkan positif Influenza A, ada jururawat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkunjung dari satu rumah ke satu rumah yang lain di taman perumahan Kak Fa tu. Jururawat tu ada cerita pada Kak Fa, yang Influenza sedang merebak di Puncak Alam. Yang dibawa? Entahlah, Kak Fa tak nak tuduh siapa pembawa dan siapa yang bertanggungjawab, takut nanti jatuh fitnah pula kan? Tetapi jururawat tersebut memaklumkan kepada Kak Fa yang ia berpunca dari tiga beradik yang tinggal di Puncak Alam yang dijangkiti Influenza disebabkan tidak pernah mengambil suntikan imunisasi. Influeza telah merebak dari tiga beradik tersebut kepada ibu bapa mereka sekali dan seterusnya terus merebak di Puncak Alam. Katanya... Betul atau tidak...Wallahualam ya? Kak Fa tak kata jururawat tu tipu... Kalau tipu jururawat tu, tipulah Kak Fa ok? Hu hu hu... 

Ikutkan suntikan imunisasi Firash semuanya lengkap, tak ada satu pun yang tertinggal. Cuma yang optional sahaja Kak Fa tak berkesempatan nak hantar Firash. Tapi, tulah, kalau dah nak kena tu kena juga. Semuanya kuasa Allah SWT kan? Siapa kita untuk menidakkan. 

Aikk Kak Fa... macam tenang jer anak dah disahkan Influenza A? Dia macam ni... Benda dah jadi tak boleh nak undur balik. Jangan sangka nampak tenang tak ada seribu rasa. Ha gittew... Choiii...Mana ada mak yang tak risau bila anak sakit? Mana ada mak yang tak susah hati bila anak sakit? Haruslah risau, susah hati dan tak senang duduk. Cumanya, Kak Fa belajar untuk didik diri Kak Fa supaya terima dengan tenang dan bertenang. Sebab Kak Fa tau, kalau Kak Fa risau, gelabah, serabut... Itu semua tidak akan dapat membantu. Jadi Kak Fa belajar untuk tenang dan lalui satu-persatu dengan sebaik mungkin. Kita tak boleh tunjuk yang kita lemah depan anak... Sebab, kita merupakan semangat anak untuk sembuh juga. Salah satu faktor. 

Gila tak risau?  Orang yang kurang waras jer tak risau ok? Kak Fa pernah terbaca di Medical Mythbusters Malaysia yang Influenza terbahagi kepada tiga iaitu Influenza A, Influenza B dan Influenza C, di mana di antara ketiga-tiga Influenza, Influenza A adalah yang lebih kuat berbanding Influenza B dan C. Huuu.... Dup dap dup dap hati Kak Fa ni tau tak? 


Simptom Influenza

Berdasarkan apa yang telah kami anak-beranak lalui, mak-mak, ayah-ayah dekat luar sana tu, tolonglah sentiasa take note apa yang Kak Fa kongsi ni ya? 

Pertamanya, Firash demam dan menggigil. Walaupun bacaan suhu tubuh badan Firash adalah panas tetapi Firash menggigil. Panas tapi menggigil, kita rasa suhu tubuh dia panas tetapi dia pula rasa sebaliknya, dia rasa sejuk. 

Keduanya, demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol. Kan Kak Fa dah cerita di dalam entri sebelum ini, Kak Fa bawa Firash ke klinik. Kebiasaannya, bila suhu badan Firash tinggi, bila Kak Fa mandikan dengan Young Living Essential Oil - Lemon, diffuse Young Living Essential Oil - Thieves dan sapukan pada tapak kaki secara kerap Young Living Essential Oil - Peppermint. In Shaa Allah, suhu badan Firash akan turun secara perlahan-lahan. Ini tidak... Semakin meningi adalah. Masukkan suppository (ubat montot) pun, suhu tetap tak turun-turun. Huuuu... 

Sakit kepala dan otot. Kak Fa percaya yang Firash mengalami simptom ini juga sebab menurut Teacher Dyla dia, sewaktu nak turun tangga tadika pada hari Jumaat tersebut, Firash terhuyung-hayang. Mujurlah ada Teacher Dyla terus sambut Firash. Kalau tak? Tergolek anak Kak Fa dekat tangga tadika...Dah jadi satu hal lagi. Kak Fa juga percaya yang Firash sakit otot, sebab dia keep on mengadu pada Kak Fa yang dia sakit. Mommy.... I'm sick... Tapi tulah, Kak Fa sangkakan dia kata sakit tu sebab dia demam. Walaupun itu sangkaan Kak Fa, Kak Fa tetap pay attention aduan dia dan ambil berat juga sick yang dia maksudkan tu. 

Sakit tekak dan batuk. Sewaktu demam tu, dia tak batuk. Tapi hasil pemeriksaan doktor di zon kuning wad kecemasan KPJ pada malam Firash admitted, doktor ada maklumkan hasil daripada pemeriksaan didapati ada infeksi pada tekak Firash. 

Selesema. Sewaktu demam, Firash tak kena selesema tetapi bila dah disahkan Influenza A, Firash mula dapat selesema. 

Kak Fa percaya, yang batuk serta selesema tu datang kemudian sebab Kak Fa bawa Firash ke hospital pada peringkat awal permulaan demam suhu tinggi tempoh hari. Kak Fa tak tunggu lama. Ikut kata hati kan? Syukur Alhamdulillah, kata hati Kak Fa betul. Naluri keibuan Kak Fa betul. He he he... 

What I notice adalah Firash tak nak makan, tak nak minum dan nafas Firash laju. Dari kata hati, dikaitkan kepada fakta pembacaan hasil daripada parenting reading and research Kak Fa sebagai parenting blogger. Itu yang membawa kepada tindakan pantas Kak Fa. Lagipun, Kak Fa tak nak terjadi macam peristiwa 4-5 tahun yang lalu. Tengah-tengah malam pandu kereta macam orang gila disebabkan hospital jauh dari Puncak Alam tu ha. Kak Fa tak sanggup nak ambil risiko lagi sekali macam tu. Jadi eloklah Kak Fa terus ambil tindakan yang sepatutnya bagi mengelakkan peristiwa 4-5 tahun lepas berulang kembali. Sekurang-kurangnya Firash dah ada di hospital, pihak hospital boleh membantu apa yang sepatutnya. 

Atas dasar tanggungjawab sesama masyarakat, Kak Fa terus maklumkan kepada Pengetua tadika Firash tentang Firash dijangkiti Influenza A supaya pihak tadika dapat menjalankan tindakan lanjutan yang sepatutnya. Sprint cleaning tadika ke? Periksa anak-anak lain yang mungkin menghidapi demam selesema dan kemudian nasihatkan ibu bapa supaya membawa anak-anak masing-masing berjumpa doktor dan dapatkan pengesahan anak-anak mereka menghidapi demam selesema biasa ataupun Influenza. 

Jangan kata, alaaa...budak-budak kecik...biasalah tu...keluar masuk hospital. Please take note ya? Influenza A, kalau tak betul-betul boleh membawa kepada jangkitan paru-paru (pneumonia). 

Bila dah disahkan betul menghidapi Influeza A, doktor pun mula preskripsi ubat antiviral Tamiflu, ubat demam serta antibiotik untuk Firash. Agak bercinta sedikitlah nak beri dia ubat tu, selalu tak ada masalah, tiba-tiba kali ni lain pula ragamnya. Susah dan payah sangatlah nak beri dia makan ubat... Hu hu hu... Tapi Kak Fa cuba jugalah sebaik boleh. Menggunakan sedikit ugutan dan paksaan pun ada. Walhal, doktor dah preskripsi ubat yang rasanya sedap dah pun. 

Mak-mak, ayah-ayah risau tak baca? 

Cara Mengelakkan Virus Influenza A Merebak

Anak kita dah kena, takkan kita nak biarkan anak kita jadi perumah dan merebakkan kepada pemangsa kan? Janganlah macam tu... Silalah bertanggungjawab kepada persekitaran juga. 

1. Kuarantikan anak di rumah sehingga semua simptom benar-benar sembuh. Jangan keluar ke tempat-tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar. JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE TADIKA, SEKOLAH, TASKA, NURSERI DAN SEBAGAINYA. JANGAN HANTAR ANAK ANDA YANG SAKIT. KUARANTI DI RUMAH. Teori doktor tu tentang Firash dijangkiti, betul juga, mungkin ada di kalangan ibu bapa yang tetap hantar anak ke sekolah walaupun anak tak sihat, atau mungkin ada ibu bapa yang bawa anak keluar ke tempat awam walaupun anak tak sihat. 

2. Ajar anak untuk tutup mulut ketika bersin dan batuk. 

3. Cuci tangan anak dengan kerap. 

4. Jika ada di antara ibu bapa betugas sebagai petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak kecil anda selepas pulang daripada hospital. 

5. Galakkan anak-anak yang sudah bersekolah terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah, terutamanya apabila ada anak yang lebih kecil di rumah. 

Bila dah disahkan positif Influenza A... Sah-sah lama juga kami bakal tinggal di hospital ni... Masa ni, dalam otak Kak Fa ni, tengah fikir macam mana nak susun movement harian Kak Fa. Ada cerita lagi mengenai hari kedua di hospital ni... Yang cerita lagi satu tu pun penting juga. Nanti Kak Fa sambung di dalam entri yang seterusnya. Ha ha ha... Sebabnya nanti terpanjang melebih-lebih sangat pula entri ni. 

Tunggu tau... Penting juga cerita lagi satu tu untuk ibu bapa tahu dan kenal... 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !