Day 2: Orang Hentam Brownie Kita Wak...

Farah Waheda Wahid
1


Sepanjang 19 tahun pegang lesen kelas D - belum pernah sekalipun Kak Fa bersalah di dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan yang Kak Fa naiki. Ahaksss... Hebat bukan? (Mesti ada yang rasa nak pusingkan bebola mata 360 darjah ni kan?). Beberapa kali, orang lain yang bersalah kerana orang lain yang melanggar kenderaan yang Kak Fa pandu. Terbaru... day 2: orang hentam brownie kita wak.... Sobsss...Sedih tau. 

Hidup Kak Fa sejak Jumaat malam yang lepas memang non-stop ke hulu ke hilir. Dari Puncak Alam ke KPJ Selangor Specialist Hospital, dari KPJ Selangor Specialist Hospital ke Puncak Alam. Perjalanan pun boleh tahan... Macam dah lebih dari 2 marhalah dah... Muahahaha... Tapi jujur Kak Fa cakap, exhausted dan penat-penat macam mana pun, Kak Fa masih lagi pemandu yang berhemah. Bukan Kak Fa saja-saja dan suka-suka nak berulang-alik dari Puncak Alam ke KPJ Selangor Specialist Hospital tu... Ada sebablah... 

Atuk Firash kan tak sihat? Ever since dari serangan minor stroke middle of last year. So he is not in a good health state untuk jaga diri sendiri. Nak tak nak, bila keadaan dah memaksa macam ni, Kak Fa terpaksa berulang-alik dari hospital ke rumah, rumah ke hospital. Dua-dua pun Kak Fa nak kena pantau dan jaga... I have no options. Atuk Firash pun bukan boleh dibiarkan sorang-sorang. Itupun Kak Fa dah minta belas ihsan dari adik-adik sekuriti tepi rumah di guard house tu untuk tolong tengok-tengokkan. 

Serius, Kak Fa tidak memandu di dalam keadaan merbahaya walaupun memang terasa sakit-sakit sendi, belakang dan exhausted. Kak Fa still sobber lagi ok? 

Kejadian berlaku selepas dari Plaza Tol Bukit Jelutong di mana Kak Fa berada di laluan susur keluar tol Touch N Go yang berkenaan. Elok-elok jer Kak Fa straight pandu kereta mengikut lane Kak Fa. Tiba-tiba kereta Hyundai Tucson berwarna kelabu dipandu secara laju dan kemudian hilang kawalan... Tammmm...Dia hentam body belakang dan pintu belakang sebelah kiri penumpang. Eh...tapi bagus juga sistem handling Persona baru ni... Sebab Kak Fa rasa stable dan kereta taklah hilang dari kawalan. 

Terkejut? Tak... Tenang jer... Bukan berlagak tetapi itulah situasi yang berlaku. Tapi lebih kepada hangin satu badan. Masa tu mulalah mulut membebel... "Buta ke apa? Keluar dari tol, janganlah main tekan minyak jer..."...Haaa..Macam tulah Kak Fa punya bebel. Terus ketepikan kereta di bahu jalan dan turun jer kereta belum sempat dia cakap apa, Kak Fa dah hampuk dia dulu. Masa tu dah tak kira dah yang langgar tu lelaki ke apa. Ok...The fact is yang langgar Kak Fa tu lelaki berusia pertengahan 40-an. Memang tak rasa sikit pun takut. 

Kak Fa hampuk dia kaw kaw... Sebab dalam kepala Kak Fa ni dok fikir, aku ni nak pakai kereta. Anak aku tengah tak sihat. Ayah aku pun tak sihat. Aku kena berulang-alik. Ini kalau nak claim insurance sebulan tu paling cepat. Itupun belum tentu. Bising punya bising... Dia cakap sorry pada Kak Fa dan dia willing untuk bayar kos repair bila Kak Fa terangkan kepada dia keadaan Kak Fa yang sangat memerlukan. 


Inilah rupa keadaan Brownie Kak Fa yang dihentam oleh Hyundai Tucson tu. Kereta dia sikit jer defect tapi Brownie la teruk. Ini memang kena ketuk ni. Sekali tengok estimate, mau agak-agak dalam lebih kurang RM 1,000 ya tak? Nak claim insurance takkan Kak Fa nak sewa kereta untuk tempoh masa sebulan? Letih oiii... 

Terus ambil gambar, tukar contact number dan kemudian terus Kak Fa What's App kepada Supervisor Proton Service Centre yang Kak Fa servis kereta selalu tu. Dah dapat anggaran semua bagai, Kak Fa dijanjikan bahawa kereta boleh siap dalam tempoh dua hari iaitu hari Isnin, 21 Januari 2019. Kereta sewa pun dia uruskan. Jadi terus hantarlah. Pandulah Kak Fa MyVi selama 2 hari. Total repairing cost RM 800.00 dan total sewa kereta RM 250.00. Bayarlah si pelaku yang melanggar Kak Fa. Mujurlah dia mengaku salah dan memahami. 

Dalam masa yang sama, Kak Fa buat covering report tak nak si pelaku twist the story. Just untuk cover jerlah. Bukan untuk insurance claim purposes. Sekadar berhati-hati sebab nanti takut dia twist story kata Kak Fa yang langgar dia dan dia claim insurance Brownie pula. 

Macam tulah... Kita ni punyalah berhati-hati dan sayangkan kereta. Bila kita jaga orang lain pula tak jaga. Memang ramai reckless driver on the road sekarang ni. Masing-masing fikir diri masing-masing jer, tak fikir orang lain. Pada kawan-kawan Kak Fa yang di luar tu, hati-hatilah memandu kereta ya? Alert kiri, kanan, depan, belakang, semua. 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sya pun pernah hntam kete org gara2 org dpn emergency brek. kereta yg saya hentam tu calar skit tp sy kna byr RM250. sy mls nak buat report sbb akan nampak salah sy. sya bayar jer la. Cuma masa buat bayaran tu..sy dah niat..klu kos baiki kete dia kurang dari yg dia mintak..duit lbh tu saya xhalalkan..huhu. kreta yg dpn slamber jer lari macam tu xbertanggungjawab langsung. kemek truk bonet depan kereta saya. Tapi redha jer la..Allah nak uji saya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !