Day 1 : Checked-In Di KPJ Kembali Setelah 4 Tahun

Farah Waheda Wahid
0

Cerita bermula 18 Januari 2019… Pagi ke sekolah seperti biasa, sihat walafiat seadanya. Mood ceria dan tak ada sebarang masalah. Di tadika, berdasarkan laporan semasa oleh Teacher Dyla… Hari tu, pagi tu, elok jer melompat-lompat sakan dengan gembira hatinya bermain di tadika. Tidak ada sebarang masalah sehinggalah… apabila tiba waktu balik, sewaktu nak turun dari tangga Firash terhuyung-hayang nak turun dari tangga dan dia mengadu pada Teacher Dyla… ‘Teacher… I’m sick!’. Dia demam… Bacaan suhu 38.4. Itulah permulaan cerita Day 1: Checked-In Di KPJ Kembali Setelah 4 Tahun. Semenjak peristiwa 12:30 AM: Berkejaran Ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam!!! Lebih kurang 4 tahun dulu punya kisah – coming to 5 years dah.

Kak Fa bukan boleh dengar kalau bacaan suhu dia cecah 38. Mulalah Kak Fa macam cacing kepanasan. Pengalaman betul-betul mematangkan kaedahnya. Memang kalau dah dengar bacaan suhu Firash 38 jer…. Kotak pemikiran Kak Fa ni terus buat keputusan tanpa fikir panjang, tanpa toleh kanan, kiri, depan, belakang lagi dah. Memang tak fikir lain jer… Yang Kak Fa fikir… Nak kena ada dekat dengan dia dan buat apa yang patut. Tak nak lagi dah peristiwa 4-5 tahun lepas berulang kembali. Minta dijauhkan… Terus isi borang Time-Off, maklumkan pada Boss Kak Fa dan minta approval untuk balik dapatkan Firash. Sementara tu, dengan pesanan khidmat masyarakat Kak Fa pada Grandma dia… Mandikan Firash dengan air Young Living Essential Oil –Lemon dan sapukan tapak kaki dengan Young Living Essential Oil – Peppermint secara kerap. Kak Fa pesan pada Grandma Firash, keep on oiling until I reach home.

Pandu kereta toksah ceritalah…memang Kak Fa pandu pecut ibarat berada di litar lumba Formula1. Sempat jugalah sambil memandu tu, bila berhenti di lampu trafik, What’s App Babah Firash untuk maklumkan kepada Babah dia. Sampai jer rumah, Kak Fa terus periksa suhu badan dan terus Kak Fa dukung Firash dan bawa ke klinik. Dapatkan khidmat nasihat doktor dan ubat kemudian hantar Firash balik. Kak Fa nak kena gegas masuk pejabat balik tu. Time-off 2 jam jer… Kalau tak tolak cuti setengah hari. Jadi masa itu sangat berharga. Sampai rumah, disebabkan suhu badan dia 38.4, Kak Fa terus masukkan suppository (ubat montot) dan menjalankan kerja-kerja oiling. Diffuse Young Living Essential Oil – Thieves (Kak Fa setkan selama 10 jam diffusing hour sebab takut Kak Fa lewat balik petang tu) dan Young Living Essential Oil Lemon dan Peppermint. Selesai semua tu, Kak Fa terus bergerak kembali ke pejabat.

Tak dinafikan, gerak hati ni memang tak berapa nak sedap dah pun hari tu. Entah kenapa gerak hati terasa kali ni bukan demam biasa-biasa. Jujur, kali ni Kak Fa macam terasa-rasa yang ini bukan demam biasa. Ini lain dari demam yang Firash dapat sebelum-sebelum ni. Doa dan tawakal jerlah banyak-banyak. Kerja macam biasa tapi kerap telefon untuk mengetahui perkembangan semasa Firash. Well, memang macam ni kan? Mak-mak yang berkerjaya? Anak sudah semestinya penting tetapi kerja pun nak kena jaga juga. Kerja zaman sekarang ni sangat fragile, kalau tak betul-betul berhati-hati, mudah ajer alasan boleh dicipta untuk perkara yang boleh menjejaskan kerjaya. Realiti... Jadi mak-mak bekerjaya zaman sekarang memang kena betul-betul pandai memainkan peranan.

Pukul 4.40 petang, Kak Fa terima panggilan telefon dari Grandma Firash. Dengar suara Grandma dia dah teresak-esak dah dekat hujung talian tu. Ah sudah… Hati dah berdetak… Dalam otak ni, tak ada benda lain tau tak? Tapi Kak Fa tetap cuba positifkan diri dan doa banyak-banyak yang kejadian 4-5 tahun lepas tak berlaku kembali. Sebab kejadian itu, memang doktor pakar kanak-kanak dah pesan pada Kak fa dah… Boleh berulang sehinggalah dia mencapai usia 6 tahun. Itu yang Kak Fa berjaga-jaga sangat tu. Perlahan-lahan suruh Grandma Firash bercakap, lega dalam risau. Sekurang-kurangnya tak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku …. Tak ada febrile fits tetapi suhu badan dah mencecah bacaan 39.

Tak sempat habis waktu kerja pukul 5.00 petang… Kak Fa thumbprint awal oiii…pukul 4.50 petang bertolak dari pejabat. Dalam perjalanan, telefon Teacher Dyla dia, minta Teacher Dyla standby dekat rumah sementara Kak Fa sampai. Dah tu? Siapa lagi nak diharapkan? Teacher Dyla jer yang paling dekat. Bukanlah apa, at least kalau jadi apa-apa, Teacher Dyla boleh tolong Kak Fa bertindak sementara Kak Fa sampai. Bila dah sampai, dah tak banyak cakap dah… Terus angkat Firash, terus bawa ke klinik semula dan dapatkan Referral Letter. Ini bukan demam biasa-biasa. sebelum doktor dekat klinik tu decide, Kak Fa dah decide dulu.

Sebab apa Kak Fa kata macam tu? Sebab selalunya, bila dah masukkan suppository, bila dah oiling, suhu Firash akan turun atau stabil. Kali ni tak! Kali ni, walaupun dah lakukan semua tu, suhu naik. Memang sah-sahlah ini demam yang lain dari lain. Jujur cerita, Kak Fa sangat percayakan gut feelings Kak Fa pada hari tu. Dapatkan Referral Letter dan terus gegas ke KPJ. Tak fikir apa lagi dah. Memang sangat determined Kak Fa kena bawa dia ke KPJ.

Bila tiba di KPJ terus masuk Zon Kuning, terus ambil darah. Nak ambil darah tu ya ampunnn… Siap bedung, siap 4 orang jururawat termasuk Kak Fa tolong pegang Firash. Dia punya drama… hu hu hu… Tau sakit… Tapi Kak Fa nak yang terbaik untuk Firash. Kak Fa nak dia sembuh cepat. Mak mana yang tak sayu hati tengok anak macam tu kan? Dah lah sakit, lepas tu kena cucuk ambil darah pula. Tapi, tulah… Itu kenyataan yang kita kena hadap… Memang macam tulah kalau sakit dan nak sembuh. Pasti ada prosesnya. Biarlah dia menangis kena cucuk sakit dari kita mak-mak ni yang menangis melihat kesihatan mereka yang tak berapa nak sedapkan hati kita. Lillahitaala, tak ada air mata pun turun. Kak Fa stabil. Alhamdulillah. Nak nangis kenapa? Hu hu hu… Ini usaha nak sembuhkan dia. Kenalah hadap ya tak? Why should I cry?

Hasil ujian darah – tiada denggi, sel darah putih normal. Cumanya ada infeksi sedikit di tekak. Suhu memang tinggi, jadi doktor rekomendasi untuk dimasukkan ke wad untuk tujuan pemantauan. Kak Fa tak menolak pun, sebab Kak Fa percaya doktor lebih tahu apa yang lebih baik untuk Firash. Eloklah dia duduk dalam wad sebab pernah ada sejarah dulu kan? Sekurang-kurangnya jika terjadi apa-apa, memang dah dalam hospital. Tu jer… Kak Fa tak nak lagi sekali peristiwa berkejar ke KPJ tengah-tengah malam buta di dalam keadaan cemas berlaku. Bukan dekat Puncak Alam tu oiii…. Saat-saat macam ni, how I wish dekat Puncak Alam tu ada KPJ… Ha ha ha... or any other hospitals lah kan… Setakat ni memang belum ada lagi…

Uruskan dokumentasi kemasukkan wad (Guarantee Letter dari panel insurans) dan bayar deposit sebanyak RM 500.00, kemudian terus dihantar masuk ke wad. Bab insurans ni, nanti Kak Fa nak cerita juga ni tapi tu nanti dulu. Sekarang Kak Fa fokus cerita Firash dulu.


Selesai urusan kemasukkan wad, Dr. Ling terus attend Firash. Periksa dan rekomendasikan ubat serta ambil sampling untuk ujian Influenza. Influenza kan tengah outbreak sekarang… Di Puncak Alam tu, memang tengah outbreak. Baru minggu lepas misi dari Kementerian Kesihatan Malaysia ketuk rumah nak tengok buku imunisasi Firash. Lengkap ke tidak…Jawapan? Memang lengkap dan tak ada satu pun miss… Sebab misi tu maklumkan yang kes Influenza sedang merebak di Puncak Alam… Kita buat ujian dulu ya Firash? Tak salah pun kita check semuanya untuk pastikan keadaan kesihatan Firash. Barulah doktor boleh pastikan rawatan yang sesuai untuk Firash kan? Betul tak?

Bermulalah malam pertama long-weekend kami di KPJ. Dah selesai semua, Kak Fa terus balik ke rumah walaupun perjalanannya ibarat lebih dua marhalah jaraknya untuk ambil barang-barang keperluan Firash sementara Grandma tunggu Firash di hospital dan sementara Kak Fa sampai kembali ke hospital. Tidur hospital kami tiga bercucu malam tu. End of Day 1 punya story…. Soon Kak Fa sambung Day 2 punya kisah pula… Things getting complicated dan keputusan ujian Influenza pun dah dapat… To be continued…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !