 |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Terfikir... nak mula menghantar
Firash ke pusat perkembangan minda kanak-kanak. Tapi masih memikirkan bila
waktu yang sesuai. Ini semua mungkin Kak Fa melihat keperluan untuk menghantar
Firash ke pusat perkembangan minda setelah melihat sendiri majoriti daripada
kalangan kenalan Kak Fa, masing-masing sibukkan anak-anak dengan pelbagai jenis
aktiviti sampingan selain sekolah termasuklah dengan menghantar anak ke pusat
perkembangan minda. Kenapa? Tujuan mereka katanya adalah untuk membantu
memaksimumkan perkembangan potensi anak-anak di mana anak-anak belajar mengenai
kemahiran asas kehidupan dan juga ianya membolehkan kedua-dua ibu bapa dan
anak-anak lebih bersedia di dalam pembelajaran semasa di peringkat sekolah.
Cumanya, sebelum itu, kita perlu pertimbangkan 5 faktor penting sebelum mendaftar
anak di pusat perkembangan minda kanak-kanak! Penting ni!
Apa Itu Pusat Perkembangan Minda Kanak-Kanak?
Sebelum Kak Fa masuk kepada
senarai faktor yang Kak Fa nyatakan di dalam perenggan di atas, jom kita kenali
dan fahami dulu apa itu pusat perkembangan minda kanak-kanak?
Dalam konteks pendidikan anak, ia
adalah merujuk kepada aktiviti atau kelas sampingan dengan tujuan untuk
meningkatkan kemahiran pembelajaran. Ia juga merupakan lanjutan kepada
pembelajaran di sekolah (pembelajaran di luar mata pelajaran di sekolah) dan
mungkin melibatkan seni, ucapan dan drama, muzik, balet, sukan bahkan bahasa
asing. Senario yang berlaku di Malaysia, ibu bapa juga menganggap pusat
perkembangan minda adalah merupakan pembelajaran tambahan atau kelas pelajaran
yang berfungsi untuk membantu memperkukuhkan apa yang diajarkan di sekolah anak
mereka - contohnya Matematik dan juga kemahiran membaca.
Kini, di pasaran Malaysia,
terdapat banyak pusat perkembangan minda yang menawarkan kelas dan pengalaman
pembelajaran yang menarik dan unik. Walaubagaimanapun, penting untuk ibu bapa
membuat keputusan yang tepat untuk memilih pusat perkembangan minda yang paling
sesuai untuk anak-anak mencapai potensi tanpa batas dan melebihi kemampuan
sedia ada mereka. Terdapat banyak pusat perkembangan minda yang menyediakan
pelbagai kaedah pembelajaran untuk kanak-kanak, tetapi manakah yang terbaik?
Secara peribadi, Kak Fa memilih sesuatu yang bakal membolehkan Firash belajar
dengan caranya yang tersendiri dengan menggalakkan Firash untuk mengetahui
bagaimana untuk menyelesaikan masalah sendiri kerana Firash akan dapat belajar
untuk mencapai sesuatu dengan keupayaan sendiri dan berasa puas dengan
pencapaiannya.
 |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
#1: Usia Yang Tepat Untuk Bermula
Usia 4 sehingga 6 tahun adalah
masa terbaik untuk bermula, kerana setiap anak menyerap dan belajar dengan
pantas di peringkat usia ini. Yang pentingnya, kelas yang ditawarkan oleh pusat
perkembangan minda yang berkenaan adalah sesuai dengan peringkat perkembangan
kanak-kanak dan dapat memenuhi keupayaan kanak-kanak secara individu.
Matlamatnya adalah untuk kanak-kanak menikmati proses pembelajaran dengan
memperkenalkan kepada mereka aktiviti-aktiviti baru contohnya, sukan atau kelas
muzik untuk memperkayakan pengalaman dan untuk menilai adakah sama ada dia
berminat dengan aktiviti-aktiviti ini.
Sekiranya anda ingin mendaftarkan
anak anda di dalam program kemahiran membaca dan menulis, seeloknya dimulakan
seawal mungkin iaitu sekitar usia 3 tahun. Akan tetapi, ini bukan bermakna ibu
bapa perlu membuatkan anak-anak rasa terbeban di usia muda. Kanak-kanak sukakan
bunyi kata-kata sebelum memahaminya, jadi seeloknya mereka bermula lebih awal.
Lebih baik awal sebab pada masa kini, kanak-kanak dibanjiri dengan gajet dan
multimedia interaktif. Sekiranya, kanak-kanak tidak dibiasakan dengan kemahiran
membaca dan menulis dari usia awal, cabarannya akan lebih hebat pada tahun yang
mendatang. Contohnya, Bahasa Inggeris - penting untuk anak-anak kecil menguasai
kemahiran berbahasa Inggeris kerana ianya banyak digunakan di seluruh dunia (1
dari 5 individu memahaminya).
Mempunyai kompetensi
di dalam dua atau lebih bahasa memberikan anak-anak satu aset di dalam dunia
pendidikan tinggi, kerjaya professional dan kehidupan secara umum. Untuk
kanak-kanak awal usia, pendekatan yang sebaiknya adalah strategi kognitif di
mana anak-anak diajar untuk mengingati perkara, menguasai Bahasa Inggeris dan
kemahiran untuk mengamalkan keluk pembelajaran yang lebih baik.
 |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
#2: Pendekatan Pembelajaran Yang Bersesuaian
Libatkan anak-anak di dalam
keputusan memilih sesuatu pembelajaran di pusat perkembangan minda sebelum
melakukan pendaftaran. Sebagai ibu bapa, sebaik-baiknya kita menaruh Ringgit
dan Sen kita untuk sesuatu yang terbaik jika anak-anak berminat dan dapat
memaksimumkan potensi mereka. Lebih baik juga, jika kita sebagai ibu bapa dapat
melakukan lebih banyak penyelidikan untuk memahami serta mengetahui proses
pembelajaran yang baik sebelum mendaftarkan anak-anak di pusat perkembangan
minda. Bila anak berminat, bila anak suka, kehidupan kita akan jadi lebih mudah
apabila tidak perlu memujuk anak-anak untuk menghadiri setiap sesi. Macam
Firash, dia lebih berminat kepada nombor... Jadi Kak Fa dah tahu dah kelas apa
yang patut dihadiri oleh Firash.
Pentingnya mempelajari asas
kemahiran hidup sewaktu tahun-tahun awal kanak-kanak akan memberi manfaat
kepada keseluruhan perkembangan kanak-kanak di masa akan datang. Pembelajaran
di pusat perkembangan minda sepatutnya menjadi sesuatu yang mereka nikmati,
yang dapat membina keyakinan terhadap kebolehan diri mereka sendiri dan yang
membolehkan mereka memanfaatkan bakat serta kekuatan mereka. Setiap kanak-kanak
adalah berbeza. Mengetahui apakah keperluan anak anda adalah langkah pertama
yang penting di dalam pemilihan kelas yang bermakna serta bersesuaian.
Sesetengah kanak-kanak lebih baik dari segi muzik, sesetengah yang lain pula
lebih baik di bidang tarian atau gimnastik. Ada juga yang lebih baik ke atas
sesuatu yang berorientasikan akademik.
Sekiranya ibu bapa memahami
pendekatan pembelajaran yang bersesuaian buat anak-anak masing-masing, ia akan
memberikan gambaran secara keseluruhan tentang apa yang anak anda akan belajar
dan jika ia terbaik buat mereka. Sebagaimana Kak Fa mengetahui tentang Kumon, yang
memberikan platform pendekatan pembelajaran kanak-kanak yang membantu
kanak-kanak mencapai keupayaan maksima seawal usia 4 tahun serta mendorong
mereka untuk memupuk kemahiran hidup seperti keyakinan, berdikari, membuat
keputusan, fokus dan kebebasan melalui kelas Kumon.
 |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Ianya akan menjadi sebuah tempat
yang sering kita dan anak-anak kunjungi. Sila pertimbangkan faktor seperti
bagaimana kondusif kelas atau studio tersebut untuk anak anda? Adakah kawasan
itu terjaga kebersihannya? Adakah terdapat kemudahan serta peralatan yang
mencukupi di pusat perkembangan minda tersebut? Adakah anda perlu melakukan
aturan khas untuk kelas? Adakah terdapat kemudahan meletak kereta di kawasan sekitarnya?
Paling penting, apakah jadual kelas seiring dengan gaya hidup kita?
Termasuklah faktor kos
pengangkutan. Kos pengangkutan berkemungkinan tinggi dan membebankan kos
perbelanjaan sekiranya anda tidak memeriksa lokasi terlebih dahulu. Jika anda
pilih Kumon, tak perlu membebankan sebabnya Kumon mempunyai lebih dari
200 pusat di seluruh Malaysia yang menjadikan ianya mudah buat ibu bapa. Hampir
setiap kawasan kejiranan ada Kumon, cubalah lihat sekitar kawasan tinggal anda.
Ia memudahkan komitmen ibu apabila ada pusat Kumon di kawasan berdekatan yang
membolehkan pengurusan masa yang efisyen serta persekitaran pembelajaran yang
seimbang yang tidak melibatkan isu jarak jauh dan sebagainya.
 |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Setiap kanak-kanak adalah unik
dan belajar di dalam cara yang berbeza. Mengetahui keperluan kanak-kanak dan
tabiat pembelajaran mereka boleh membantu ibu bapa menentukan berapa kelas yang
optimum di dalam memperkasakan anak-anak untuk berkembang dengan keyakinan dan
keupayaan akademik. Kelas yang optimum tidak bermaksud perlu setiap hari.
Sebenarnya 2-3 kali seminggu untuk sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali,
cukup untuk mana-mana kanak-kanak belajar dengan kapasiti mereka sendiri
berdasarkan kemampuan dan kebolehan masing-masing.
Anda akan tahu apabila anak anda
merasa terbeban sekiranya mereka tidak lagi mempunyai masa untuk aktiviti
ikatan kekeluargaan ataupun bermain serta bersosial. Masa bersama keluarga dan
interaksi sosial adalah penting untuk kanak-kanak. Satu lagi petunjuk, apabila
anak merasa terbeban serta tertekan, mereka mungkin kehilangan semangat untuk
belajar.
 |
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Bakat serta anugerah tidak
selalunya senang untuk dikenalpasti. Bakat dan anugerah boleh dipengaruhi oleh
latar belakang budaya, linguistik serta sosio-ekonomi. Bagi sesetengah
kanak-kanak, bakat serta anugerah dapat dikenalpasti sebelum proses
pembelajaran di pusat perkembangan minda. Bagi sesetengah kanak-kanak pula,
ianya dapat dikenalpasti ketika di dalam proses pembelajaran. Tidak ada sebarang
anggaran masa yang khusus untuk melihat hasil kemajuan anak-anak.
Setiap kanak-kanak adalah berbeza
dan tidak boleh dibandingkan di antara satu sama lain, mereka mempunyai set
kebolehan yang tersendiri. Ingat bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk belajar
dengan kadar mereka sendiri pada tahap yang mereka selesa. Barulah mereka boleh
menikmati proses pembelajaran yang sebenar.
Jika anak-anak menikmati sesi
pembelajaran ataupun aktiviti di pusat perkembangan minda yang mereka hadiri,
setiap sesi dan bagi sesi yang seterusnya, mereka akan kelihatan gembira dan
tidak akan menunjukkan tanda-tanda negatif sebelum, semasa dan selepas.
menarik dan bermanfaat sangat perkongsian ni. penting bagi setiap ibu bapa untuk tahu :)
ReplyDelete