Senarai Saluran PEMBAYARAN ZAKAT Secara Online

Farah Waheda Wahid
4
 SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE

Hujung tahun dah ni oiii…. Lagi beberapa hari jer nak sampai penutup tahun 2018. Sebelum tutup tirai, jangan lupa bayar zakat (pesanan khidmat masyarakat bukan setakat untuk yang membaca, yang tukang taip entri ni pun dok peringat diri sendiri juga ni… Ha ha ha… Open-mouthed smile). Errr… tak sempat nak beratur? susah nak cari parking? Waitt…. wait seminit… Tu semua bukan alasan ya? Sekarang dah mudah lagi mudah lagi nak bayar zakat. Ada pelbagai saluran untuk kita melaksanakan tanggungjawab berzakat ni. Salah satunya adalah pembayaran zakat dengan hujung jari secara online. Timbul lagi soalan… Nak bayar online macam mana? Huuu… Dah macam Firash pula dah, akar umbi semua dok tanya. Tak apalah… Disebabkan Kak Fa ni rajin hari ni, meh sini Kak Fa kongsi senarai saluran pembayaran zakat secara online kepada anda semua. Tolong cakap terima kasih Kak Fa? Boleh? Ha ha ha… Winking smile



Bagi yang tak sempat nak beratur, yang susah sangat nak cari parking, yang tak cukup masa untuk ke Pusat Pungutan Zakat dan yang macam-macam lagi tu (sebab setiap orang punya set masalah yang tersendiri yang kita tak dapat nak jangka kan?), tak perlu sakit-sakit kepala, tak perlu nak pusing-pusing cari parking…. Bayar ajer melalui perbankan internet. Sila maklum, yang sekarang ini, pembayaran zakat melalui perbankan internet boleh dilakukan oleh pemegang akaun bank seperti yang tersenarai di bawah berikut:


Yang seronok tu, 3000 pembayar zakat yang terawal melalui kaedah perbankan internet berpeluang mendapat DVD MP3 Koleksi Himpunan Ceramah Mufti Wilayah Persekutuan. Take note juga, pembayar zakat yang terawal adalah dikira bermula pada 14 Disember 2018 (Jumaat) sehingga 28 Disember 2018 (Jumaat). Cepatlah… Tak banyak masa lagi dah ni. Alaaa…bukannya lama pun nak lakukan transaksi secara online. Sekejap jer kan? Dekat mana-mana pun boleh dilakukan… Tak semestinya kena hadap depan komputer jer… Melalui gajet mudah alih pun boleh kan? kan? kan?

SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE (2)
Kredit: Sumber dari Google

SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE (3)
Kredit: Sumber dari Google

SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE (4)
Kredit: Sumber dari Google

SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE (5)
Kredit: Sumber dari Google

SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE (6)
Kredit: Sumber dari Google

SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE (7)
Kredit: Sumber dari Google

Tak ada yang ruginya berzakat ya tak? Hidup akan menjadi lebih super indah dengan berzakat. Bila kita tunaikan zakat, In Shaa Allah, kehidupan kita sekeluarga akan menjadi lebih berkat. Bonus untuk semua…. tunaikan zakat harta dan pendapatan sebelum 31 Disember 2018 untuk mendapatkan rebat cukai sehingga 100%. Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh hubungi talian 1-300-88-5757.  Dah mudah jadi lebih mudah lagi sekarang ni.

Sama-sama kita ingat-mengingati di antara satu sama lain, kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu – Al-Baqarah (2): 267

Tak pasti bagaimana cara nak kira zakat pendapatan? Meh, Kak Fa kongsi sedikit bagaimana cara kira zakat pendapatan?

SALURAN PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ONLINE (8)

Nak lebih mudah kira zakat pendapatan melalu pautan di SINI. Selamat berzakat semua!

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bagus sekarang ni dah boleh bayar online sebab dah ada bank yang jadi even lagi mudah sebab kita selalu guna online banking hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Tunaikanlah kewajipan berzakat ni, mudah dah tu

    ReplyDelete
  3. Harapnya makin mudah, jangan la mencari alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab ye tak. Moga dipermudahkan urusan PPZ

    ReplyDelete
  4. Dah banyak saluran yang memudahkan sekarang kan..akak buat potongan gaji je senang nak elak dari terlupa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !