Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan Dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 di Sekolah Rendah Bermula 2019

Farah Waheda Wahid
0
PEMANSUHAN AMALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN MURID TAHAP 1 DI SEKOLAH RENDAH BERMULA 2019
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Anak masuk Tahun 1 pada tahun 2020 – tapi sedari sekarang Kak Fa memang sibuk ikut perkembangan tentang pendidikan Sekolah Rendah di Malaysia ni ha. Sajalah… Tak nak ketinggalan di belakang dan perkara ni penting kot untuk Kak Fa ambil tahu. Tak nak tiba masa, semua benda Kak Fa tak tau, jadi terkial-kial. Ha ha ha… Rolling on the floor laughing. Tu Kak Fa kata, semakin anak membesar, semakin banyak kerja Kak Fa rasa. Iyalah… Siapa kata bila anak dah besar hidup dah semakin senang? Lagi banyak kerja adalah. Bukan merungut tetapi saja nak berkongsi kenyataan hidup mak-mak kepada yang baru ber-anak tu ha. Jangan simpan dalam mentaliti masing-masing, kecil-kecil ni memanglah payah sikit itulah inilah…Esok anak dah besar nanti senanglah dah tak kalut sangat… Tak ada maknanya. Dalam perspektif Kak Fa lah. Ha ha ha… Kak Fa rasa sewaktu dia kecil lagi Kak Fa ada sedikit masa terluang. Sekarang ni? Masa untuk diri sendiri pun tak ada oiii…. Ok, back to the topic, pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid Tahap 1 di Sekolah Rendah bermula 2019. Take note ya mak ayah….

Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid Tahap 1 (Darjah 1, Darjah 2 dan Darjah 3) di Sekolah Rendah bermula 2019 adalah termasuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2019.

Amboiii…. sakanlah anak-anak kecil ya? No exams! Rolling on the floor laughing. Dari news ni… automatik Kak Fa dah ada planning sendiri di dalam kepala ni ha. Huuu…. Bukan sebab Kak Fa tak terima perlaksanaan ni. Bagus inisiatif ni sebab Kak Fa yakin pasti ada solid reason why the Kementerian itself decided this. Tapi tak salah kan? Even though tak ada exam dan bukan lagi exam oriented, Kak Fa sendiri yang akan exam-kan Firash? Ha ha ha… Rolling on the floor laughing… Tak salah kan? I don’t think it’s wrong. Sajalah… At least Kak Fa cuba nak bantu Firash supaya tak terus terleka sebab tak ada exam. Tak ada exam bukan bermaksud boleh terkecuali dari diuji dari semasa ke semasa kan? Dan Kak Fa yakin KPM sendiri ada formula mereka yang tersendiri di dalam perlaksanaan pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun ni ha.

What KPM intended to do is that KPM wanted to be in line dengan konsep pembelajaran yang berorientasikan perkembangan murid. Wowww… This is more or less sounded macam education system in few other countries outside there. Guru akan lebih fokus kepada tugas mendidik dan menyemai nilai-nilai murni di kalangan murid.

How will it be?
  • Pentaksiran yang lebih objektif bagi murid Tahap 1 yang melihat kepada perkembangan murid secara menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai murni yang berbentuk harian.
  • Pentaksiran dilakukan melalui pembelajaran yang menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan karakter murid.
  • Fokus kepada 4M – membaca, menulis, mengira dan menaakul. What I understand – building a solid foundation for the kids before they migrate into higher learning stage.

Apa yang akan dilalui oleh Firash dan juga anak-anak lain dengan perubahan di dalam sistem pendidikan ni? Seronok lah deme… macam-macam aktiviti melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang akan dilakukan seperti:
  • Aktiviti bercerita
  • Projek mudah
  • Permainan
  • Main peranan (role play)
  • Kuiz dan apa sahaja yang bersesuaian.

Cikgu kena bertambah-tambah kreatif lah kan? He he he…. Nyah-Nyah. Tapi kan… Kak Fa nampaklah kan… Semua perkara-perkara ni, sebenarnya Firash dah lakukan selama  3 tahun di Genius Aulad. It is like more or less like a continuation for him lah juga. Smile.  Seronoknya sekolah time Firash… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Nak-nak lagi bila Literasi dan Numerasi (Program LINUS 2.0) akan dihentikan mulai tahun 2019. Walaupun terhenti, pihak sekolah tetap  perlu mengenalpasti murid Tahap 1 yang mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta menyediakan intervensi yang bersesuaian di peringkat sekolah.

Banyak perubahan dalam dunia pendidikan Malaysia sekarang ni. Nak tak nak, memang kita sebagai mak ayah kena keep up with the line supaya kita tahu bagaimana nak support setiap tahap perkembangan anak-anak kita masing-masing… Education bukan starts from school but education starts from home. Memang haruslah kita sebagai mak ayah kena sibuk dan ambil tahu cara bagaimana proses pembelajaran anak-anak kita masing-masing sebab kita tak naklah jadi seperti ketam mengajar anak berjalan kan? Sekolah didik cara lain, kita pandai-pandai didik cara lain… Takut-takut nanti…budak yang confuse…. Huuuu….

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !