Home » , , , , , , , » Musim Kembali Ke Sekolah - Berapa Banyak Kak Fa Spend?

Musim Kembali Ke Sekolah - Berapa Banyak Kak Fa Spend?


Entri ni tak ditujukan kepada mak ayah yang mempunyai anak yang sudah bersekolah. 🤣. Entri ini adalah entri khas buat mak ayah yang pertama kali nak menghantar anak ke sekolah. Sebab? Tak relevan! Mak ayah yang anak masing-masing dah bersekolah semua hebat-hebat belaka pengalaman masing-masing bab mengeluarkan duit perbelanjaan persiapan persekolahan anak-anak bila hujung tahun. 😅. Masing-masing dah tau susun atur macam mana dah. Entri ini khusus untuk menjawab emel dan direct messages melalui laman media sosial Kak Fa yang menderu-deru sejak kebelakangan ini. Semua pakat tanya musim kembali ke sekolah - berapa banyak Kak Fa spend? Dan semua yang bertanya tu semua baru pertama kali nak hantar anak ke sekolah. 

Secara tak langsung, entri ni juga tak relevan untuk mak ayah beyond preschool. He he he... 😝. Sebelum Kak Fa meleret... Kak Fa nak ingatkan, yang bajet kita semua takkan sama ya? Sebab semuanya bergantung kepada faktor sekolah mana dan kadar yuran. Kalau mak ayah hantar anak ke preschool di international school... Yang tu memang macam langit dengan bumi lah amaun yang kita spend tu. Kalau mak ayah hantar anak ke tadika PASTI, Little Caliphs, Smart Reader, CIC segala bagai, mungkin ada sedikit perbezaannya dari segi struktur yuran. Mungkin juga lebih kurang sama. So... Later-later jangan nak come back pada Kak Fa lepas tu sedebuk macam machine gun kata macam-macam pada Kak Fa ya? Jangan nak kata info Kak Fa tak betul-lah itulah inilah. 

Untuk tahun 2019, secara jujurnya... Kak Fa dah bayar yuran pendaftaran sebanyak RM 1,464.20. Nak hampir sama dengan yuran semester universiti kan? Ha ha ha... 😂. Cop jangan nak kata Kak Fa nak riak ke apa ok? Come on-lah... You people should know better kadar yuran preschool berbeza mengikut sekolah better kan? Sekuman pun tak terlintas Kak Fa nak riak ok? 



Nah bukti Kak Fa bayar yuran pendaftaran Firash pada 23 November 2018. Yang benarnya pakaian seragam tu beli dua jer pun boleh. Tak ada masalah. 😊. Kak Fa memang beli lebih sebab Kak Fa ni pemalas nak basuh gosok basuh gosok banyak kali. Kalau boleh hujung minggu tu sambil menggosok baju kerja, one stretch Kak Fa gosok sekali semua pakaian seragam Firash. Itu idea yang paling bernas yang Kak Fa rasalah tu untuk diri Kak Fa. 😛. Pemalas kan? Malas satu hal, tak punya masa yang adequate pun satu hal juga. Memandangkan Kak Fa ni ada jer benda yang ad-hoc kan? Jadi sebelum anak pergi sekolah dengan baju tak bergosok, eloklah Kak Fa play safe. Huuuu... 

Beg sekolah? Jujurlah ek? 



Walaupun anda nampak beg sekolah, pencil case dan botol air Firash tu jenama Smiggles... I wasn't planning to replace Firash's school bag at all! Itu hadiah harijadi dia. Rezeki dialah nak berganti beg tahun depan. Ikutkan Kak Fa, biar dia pakai jer beg sekolah, pencil case dan botol air Thomas and Friends dia yang dua tahun lepas tu balik. Dah siap basuh bersih-bersih dah beg sekolah dan pencil case lama dia. Memang Kak Fa ajar dia macam mana Kak Fa sekolah dulu. Selagi elok selagi tu pakai. Bila dah lusuh sangat, dah koyak baru dapat yang baru. Bukti! Kak Fa tak manjakan Firash sangat. Ha ha ha! To be honest, beg sekolah Thomas and Friends Firash tu RM 15.00 ajer dari EzBuy Kak Fa beli, pencil case dan botol air Thomas and Friends pulak Kak Fa beli guna voucher AEON Kak Fa dapat hasil berblog dengan harga RM 15.00 setiap satu. Gila tak bajet Kak Fa? 😉

Kasut? Kasut takdak! School Firash rules pakai sandal jer. Sandal pun tak ganti baru ok? Selagi muat, tak tercabut... Masih elok rupa paras... Pakai yang itu saja. Gila kedekut tak Mommy Firash? Ha ha ha... 😝... Dah tu? Elok ganti yang dok kalut nak ganti pasaipa? Tak payah bagi Kak Fa. Sandal tu pun memang dah plan dah sekali beli mahal untuk tahan lama. I spent RM 139.90, 3 years ago for his sandal dan masih elok seperti baru. So... I did not spend for his shoes or sandals. 

Baju sukan? Rezeki agaknya anak kecil molek dan dalam masa yang sama OCD... Ha ha ha... 😂... Tapi syukur Alhamdulillah... Baju sukan dia semua masih nampak baru, ada 3 pasang lagi. Tak perlu spend. Pakai jer yang tu. Cuma sebab Kak Fa spend until pakaian seragam sekolah tu sebab kaki seluar dah senteng. Baju elok lagi. So like it or not kena beli jugalah. 

Stationeries? Pun tak beli. Sebab no missing items. Semua ada dan semua elok. If ever hilang pensel ke? Pembaris ke? Pemadam ke? Pensel warna ke? Tu mungkin Kak Fa beli. Tapi Alhamdulillah, barang dia semua ada. If tak ada, stok 3 tahun lepas dah siap-siap ada dah dekat rumah. Kak Fa dah prepare 3 tahun lepas. Takpun, hadiah birthday Teacher Dyla hadiahkan pun ada. So no worries on that. 

Tu jer lah kot? Lain-lain rasanya tak ada. Ok... So datang pula question atau ayat penyata... Kak Fa anak sorang, bolehlah spend sedebuk sekaligus beribu until tadika anak. Nak gelak pun ada, nak nangis 😭 pun ada bila mengenangkan susah payah dahulu. Ha ha ha... 😂 Yang nampak mata kasar jer kan? Yang tak nampak anda tak tau. 

Macam nilah dik. Nak dikisahkan, tahun pertama dan tahun kedua, Kak Fa bayar instalment tau. And yes... Kak Fa tak malu nak mengaku. Sekali bayar RM 300.00, sekali bayar RM 300.00 sampailah habis. Gigih kemaskini blog, buat review produk bersengkang mata berjaga malam dik non oiii, kelepet-kelepet duit Babah dia bagi. Nawaitu? Anak... Untuk anak. Tipulah kalau kata tak tebal muka dengan school, tapi Kak Fa gagahkan juga demi nak berikan yang terbaik buat anak. RM 300.00 instalment tu yuran pendaftaran. Tu tak termasuk monthly lagi. As Kak Fa pernah beritahu sebelum ni, Kak Fa seorang ibu yang willing to spend for my son education. Tak apa Kak Fa tinggal even RM 10.00 jer pun dalam poket. Kak Fa gagahkan juga. Tak apa Kak Fa tebalkan muka demi anak, Kak Fa gagahkan juga. Tak semudah seperti yang nampak pada zahir ok? 😊

Tapi tulah kehidupan. Masing-masing punya set masalah yang tersendiri. Bukan tak nak ukur baju pada badan sendiri, tetapi Kak Fa percaya yang rezeki anak tu tetap ada. Allah dah aturkan sebaik-baiknya. I can say that I am survival jugalah. Yang dekat dengan Kak Fa sangat tahu situasi ini. 😊. 

Untuk tahun 2019, Alhamdulillah ada sedikit rezeki untuk Firash. Allah permudahkan. Berjasa banyak blog Kak Fa ni. Tu sebab Kak Fa sayang. Bukan sebab Kak Fa nak mengejar populariti atau mahu dikenali. Silaplah siapa yang dok ingat Kak Fa nak kejar jadi famous tu. Ihiksss... Sorry wrong guess! It's just a bonus point and achievements for me jer. Bukan untuk riak atau dibangga-banggakan. 

So... Dah cerita kan? How much I spent for Firash schooling purposes. Pesan Kak Fa tak banyak... Menyimpanlah... Prepare awal-awal even anak masih kecil. Zaman sekarang semua main duit even money can't buy everything. 
Terimakasih telah membaca artikel Musim Kembali Ke Sekolah - Berapa Banyak Kak Fa Spend? . Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

0 komentar:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.