Cara Membeli Kasut Anak Yang Tepat

Farah Waheda Wahid
1
CARA MEMBELI KASUT ANAK YANG TEPAT
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Susah tau sebenarnya nak membeli kasut anak ni pada Kak Fa… Ada yang berkenan, saiznya pula tak ada. Yang tak berkenan, saiznya berlambak-lambak ada. Kadang-kadang frustration tu ada juga, sebabnya yang kita suka dan berkenan tulah yang susah sangat nak cari saiz anak kita tu. Kalau ikut rasa, nak juga beli takut-takut nanti rugi sebab melakukan pemilihan kasut yang tidak tepat untuk anak. Betul tak? Rugi duit jer nanti. Lagi satu, Kak Fa tak pernah sekali-kali membeli kasut Firash tanpa Firash. Macam mana pun, Kak Fa mesti nak bawa Firash sama. Saiz kasut ni, dari satu jenama ke satu jenama terkadang tu tak sama. Berbeza-beza. Contohnya, macam kasut-kasut keluaran ADIDAS, sizing tak sama tau. ADIDAS StanSmith lain, ADIDAS Superstar lain – semua kena ukur dengan jari tuan punya badan sendiri. Ini bukan Kak Fa yang cakap tetapi Sales Assisstant yang beritahu Kak Fa sewaktu Kak Fa survey-survey kasut untuk Firash sebelum Raya hari tu. Ada cara membeli kasut anak yang tepat. Penting untuk kita sebagai mak ayah ambil tahu dan ambil kira cara membeli kasut anak yang tepat ni. Sebabnya, apa yang paling penting untuk keselesaan serta keselamatan anak-anak.

Melalui sebuah laman web pendidikan interaktif yang dipanggil sebagai Blitzresults, 65% daripada kalangan kanak-kanak sebenarnya memakai kasut yang terlalu kecil. Daripada jumlah ini, sebanyak 47% memakai kasut yang satu saiz lebih kecil dan baki sebanyak 18% memakai dua saiz lebih kecil dari saiz kasut sebenar. Sekilas pandang, memanglah nampak macam tak ada apa yang perlu dirisaukan, tapi tau tak? Yang sebenarnya hanya 11% di kalangan kanak-kanak yang memakai kasut dengan saiz yang betul yang memberikan ruang yang secukupnya untuk proses tumbesaran mereka? Tolong pandang serius tentang saiz kasut anak-anak ya? Sebabnya, saiz kasut yang tidak tepat dan ketat akan mengakibatkan Hallux Valgus / Bunion yang merupakan sejenis kecacatan kaki di mana bahagian kaki yang lebih besar mula menyudut ke dalam serta membawa kepada benjolan bengkak di bawah bahagian kaki yang lebih besar. Sepertimana yang ditemukan oleh National Health Institute, kira-kira 30% kanak-kanak mempunyai kecacatan kaki yang tidak dapat dipulihkan. Tak nak kan benda macam ni terjadi kepada anak-anak kita? Jadi…Apabila membeli kasut untuk anak-anak… Jomlah kita sama-sama beringat:

Jadikan Ibu Jari Kaki Paling Panjang Sebagai Titik Ukuran

Selalunya bila kita membeli kasut, kita akan terasa yang sebelah kasut lebih ketat dari sebelah lagi. Ini disebabkan oleh, kedua-dua belah kaki bukanlah sama panjangnya – perbezaannya boleh menjadi sehingga setengah inci. Makanya, gunakan atau jadikan ibu jari kaki yang paling panjang (tak kira sama ada kiri atau kanan) sebagai titik ukuran.

Jangan Bergantung Kepada Saiz Kasut

Mungkinlah, mungkin anda rasa anda dapat menjimatkan masa dan lebih praktikal untuk anda memilih mana-mana kasut berdasarkan saiz semasa anak-anak anda tanpa perlu anak-anak mencuba kasut tersebut terlebih dahulu. Macam nilah, sebenarnya sesetengah pengeluar kasut melabel kasut-kasut mereka dengan saiz standard, tak ada mana-mana standard industri mandatori untuk saiz kasut. Apa yang Kak Fa cuba sampaikan adalah, sesetengah kasut saiznya mungkin berbeza di antara satu jenama dan jenama lain. Anda perlu memastikan anak-anak mencuba setiap pasang kasut yang anda ingin belikan untuk mereka. Dan? Jangan bergantung kepada soalan anda kepada anak tentang bagaimana mereka rasa memakai kasut yang berkenaan? Selesa ke tidak? Sebabnya sistem saraf pada kaki anak-anak masih berkembangan – meaning their pain awareness is lower than ours. Ingat tu ya? Winking smile

Berikan Sedikit Ruang

Kak Fa panggil ni sebagai the rule of thumb. Berikan sedikit ruang dengan melebihkan setengah inci dari ibu jari kaki. Ini yang selalu Kak Fa lakukan. Dengan cara ini, anak-anak boleh roll their foot properly apabila mereka berjalan.

Sentiasa Melakukan Pemeriksaan

Menurut Gordon Watt, seorang pakar pediatrik di Glasgow Caledonian University, kanak-kanak dilahirkan dengan sangat lembut dan fleksibel. Iyalah, tulang tu lembut lagi kan?  Yang mana, semuanya beransur-ansur berubah menjadi tulang yang kuat sejajar dengan usia. Apabila mereka sedang berkembang, kaki mereka senang terdedah kepada kecederaan dan kecacatan apabila kerap memakai kasut yang tidak sesuai. Tim Lilling dari Blitzresults menyarankan agar kaki anak-anak diukur setiap dua bulan.

Dengan sedikit panduan ni, Kak Fa hope sangat selepas pada ni, mak ayah dekat luar sana akan lebih teliti di dalam pemilihan kasut-kasut yang bakal digayakan oleh anak-anak. Kak Fa tak adalah kata nak memaksa, cuma Kak Fa rasa Kak Fa cuma berkongsi sesuatu yang perlu Kak Fa sampaikan yang mungkin berguna untuk semua ibu bapa di luar sana.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Thumbs up! Hugely informative blog. Got some helpful pointers which I will apply in real-life situations. Thanks a lot for uploading this one. If you are Searching for career counselling in india then visit top education portal website Careerkarts.com this site is single-window-solution for students, For taking decision-related to course and college.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !