PERSAINGAN ADIK-BERADIK–Sebahagian Daripada Proses Membesar…

Farah Waheda Wahid
1
PERSAINGAN ADIK BERADIK SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES MEMBESAR
Kredit: Gambar diubahsuai daripada sumber dari Google

Bercakaran sahaja kerjanya ya? Asalkan berjumpa jer mulalah yang seorang bising-bising, yang seorang lagi marah-marah, yang dua orang berebut barang, diikuti dengan aduan dan tangisan. Sampaikan sakit kepala telinga dibuatnya. Salah-salah hemat ada yang kena hukum dan ada yang kena diasingkan. Nak kawal keadaan memang bukan tugas yang mudah. Tapi tulah, orang kata PERSAINGAN ADIK-BERADIK – sebahagian daripada proses membesar…. Like it or not… Mak ayah memang kena hadap situasi sebegini.

To note – it is normal. Walaupun Kak Fa ni tak ada adik-beradik, tak pernah merasa ada adik-beradik sewaktu zaman-zaman Kak Fa membesar, sehinggalah membawa kepada anak pun seorang trang tang tang sahaja. Kak Fa tau yang perkara ni adalah normal di dalam mana-mana keluarga sekalipun. Di dalam sebuah keluar, sudah semestinya ibu bapa mengimpikan perhubungan yang baik, loving, caring di antara anak-anak mereka. Akan tetapi pertelingkahan, perselisihan faham serta pendapat dan juga percakaran tidak dapat dielakkan di antara saudara kandung. Anak-anak biasanya bergaduh kerana berebut barangan permainan dan mengusik sesama sendiri. Pening ek? Yerlah tanyalah sebab tak pernah melalui fasa itu… Huuu… Tak salah kan Kak Fa tanya?

Cumanya, mungkin Kak Fa boleh sarankan anda untuk cuba mengikuti panduan yang Kak Fa dapat daripada sumber di SINI tentang apa dan bila untuk dijangkakan:

Di Bawah Usia 4 Tahun

Anak-anak di bawah usia 4 tahun sangat bergantung kepada ibu bapa mereka dan sukar untuk berkongsi barang dengan adik-beradik lain.

Usia 4 Tahun Ke Atas

Persaingan di antara abang dan kakak boleh memuncak semasa usia mereka meningkat. Adik-beradik yang usianya rapat atau mempunyai minat yang sama biasanya lebih suka bersaing.

Kerenah Anak Yang Lebih Berusia Dan Yang Lebih Muda

Apabila anak yang lebih muda meningkat usia dan memperolehi lebih banyak kemahiran dan bakat, anak yang lebih berusia akan mula berasa terancam atau malu. Akibatnya, persaingan tidak sihat atau tindakan agresif daripada anak yang lebih berusia boleh berlaku. Sementara itu, anak yang lebih muda akan cemburu melihat keistimewaan yang diperolehi oleh abang atau kakak apabila usia mereka meningkat. Persaingan dan tindakan agresif daripada saudara kandung yang lebih berusia akan mengejutkan yang lebih muda dan boleh membawa kepada permusuhan. Apabila anak-anak saling mencemburui, ibu bapa diharapkan jangan cepat berasa sedih dan kecewa, terutamanya jika yang berusia masih di peringkat tadika. Anak yang lebih muda akan mengambil masa untuk belajar bahawa kasih sayang ibu bapanya adalah tidak berbelah bahagi sama sekali.

6 Cara Untuk Mengendalikan Konflik Di Antara Anak-Anak

1. Benarkan anak yang lebih berusia menjaga yang lebih muda. Perhubungan antara saudara kandung boleh diperkukuhkan jika yang berusia membantu memberi makan atau menukar lampin yang muda.
2. Jangan membandingan anak-anak. Elakkan menyebut perbezaan anak-anak di hadapan mereka. Anak anda mungkin menyalahtafsirkan perbandingan sebagai satu kritikan.
3. Jangan masuk campur pertelingkahan anak-anak. Jika anak-anak yang masih kecil berkelahi, anda perlu masuk campur dan menenangkan mereka tetapi jika ia melibatkan yang lebih berusia mereka boleh menyelesaikan sendiri. Kalau dah tak boleh sangat…. barulah campur tangan.
4. Jika berlaku keganasan, ia tidak boleh diterima. Pastikan anak anda sedar yang anda tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang keganasan di antara mereka.
5. Sediakan ruang untuk setiap anak. Berikan ruang untuk anak-anak, terutamanya yang lebih berusia. Lindungi barangan peribadi setiap anak daripada yang dikongsi. Senang cerita, setiap anak perlu ada privasi mereka tersendiri supaya mereka rasa mereka dihargai.

Ini saranan sahaja, mungkin anda sebagai ibu bapa di luar sana mempunyai kaedah mengendalikan konflik di antara anak-anak yang lebih baik? Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !