Pendidikan AKADEMIK & VOKASIONAL Sama Penting

Farah Waheda Wahid
0
PENDIDIKAN AKADEMIK & VOKASIONAL SAMA PENTING
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sorry to ask… Tapi Kak Fa nak tanyalah pada mak ayah di luar sana tu… Ada yang masih memandang rendah atau memandang sebelah mata ke pendidikan vokasional? Macam ala-ala kononnya, akademik tu memang di dalam kelasnya yang tersendiri dan vokasional tu ibarat pilihan kedua setelah anak-anak tak berapa nak menyinar di dalam bidang akademik. Senang cerita, last option yang akan dipilih setelah penempatan anak-anak di bidang akademik tidak memberangsangkan hasilnya. Ada ke? Yang masih berfikiran sebegini? Kak Fa nak cerita lebih-lebih pun Kak Fa bukannya pakar sangat, mostly dari pendapat dan pandangan Kak Fa melalui pengalaman yang menjadi eye opener untuk Kak Fa jerlah sepanjang Kak Fa bertugas di dalam bidang skills training ni ha… Tak ada nak menjual pun, cuma Kak Fa nak share jer yang pada Kak Fa pendidikan AKADEMIK & VOKASIONAL sama penting. Memang sama penting. You’ve got to read this so that at least it could be an eye opener for you as well.

Tak kisahlah anak masih kecil atau sudah bersekolah atau bakal menamatkan zaman persekolahan. Bila jadi mak ayah ni kepala memang ligat menyusun atur untuk kesenangan kehidupan anak di masa akan datang. Bukan niat untuk membebankan mahupun nak letakkan expectation yang terlalu tinggi sampai anak tertekan, tetapi memikirkan sebagai bekalan untuk kelangsungan kehidupan anak-anak setelah kita tiada nanti sekurang-kurangnya. Tak ada mak ayah yang nak anak-anak mereka hidup susah. Tak ada mak ayah yang tak nak tengok anak-anak mereka berjaya. Betul tak?

Mostly-lah dalam masyarakat sekeliling kita di Malaysia ni… Mak ayah sangat berharap anak berjaya diterima untuk meneruskan pendidikan di sekolah berasrama penuh, sekolah berprestasi tinggi and what so not. Apabila ditanya tentang sebab, hanya akademik arus perdana yang menjadi pilihan. Sedangkan kita punya banyak pilihan di dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional juga. He he he… agaknya mostly in parents mind, bila lepas belajar, anak-anak patut bersaing mendapatkan peluang pekerjaan kolar putih. Itu merupakan satu kebanggaan terulung ibu bapa.

Sejak kecil kita latih anak-anak dengan pelbagai kemahiran. Keyword-nya KEMAHIRAN. Dekat situ pun dah nampak betapa pentingnya KEMAHIRAN di dalam kehidupan kan? Ahaksss… Rolling on the floor laughing Macam Kak Fa kemahiran menjadi Personal Assistant, Event Coordinator, Blogger dan Pengamal Media Sosial. Ha ha ha… Smile with tongue out Mahir tu tak adalah mahir sangat, tapi adalah kemahiran tu kan? Bolehlah survive setakat ni. Saja nak ingatkan, Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan memberikan penekanan terhadap pendidikan teknikal dan vokasional yang dipendekkan sebagai TVET untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran secara holistik kepada pelajar daripada lepasan sekolah menengah rendah sehinggalah pasaran pekerjaan. Even, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPPM-PT) yang telah dilancarkan, kerajaan memberikan tumpuan yang khusus kepada pembangunan pendidikan TVET selari dengan hasrat yang tercatat di dalam Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara yang mencipta teknologi, bukan negara yang hanya menggunakan teknologi.

Mak ayah zaman sekarang memang kebanyakannya nervous di dalam persaingan terlalu ramai budak pandai. Memang ramai pun budak pandai. Dah terlalu ramai. Sebab mak ayah masing-masing tak kering keringat memastikan anak-anak mendapat pendidikan akademik arus perdana yang terbaik di sana sini. Tak cukup dengan sekolah ada kelas tambahan, tak cukup kelas tambahan ada kelas tuisyen, tak cukup kelas tuisyen ada kelas mengaji, tak cukup kelas mengaji ada kelas bahasa yang khusus. Masing-masing nak anak ke hadapan dan tidak keciciran di belakang. Masing-masing nak anak berjaya dengan flying colours di atas rekod laporan pencapaian. Mind set – perlu ada good grades untuk masuk universiti, kolej. Perlu ada good grades untuk menjamin kejayaan di dalam kehidupan seterusnya.

Going forward, good grades are not all about it. Smile. Sebab ramai anak-anak yang mampu mendapat good grades jika kena gaya acuannya… and how sure are you that good grades is a guarantee or a ticket yang anak-anak akan mendapat peluang pekerjaan kolar putih and being paid well. Gaji besar – mampu beli itu, mampu beli ini. How sure? Sedangkan sekarang pun kita-kita ni sendiri kalau nak mencari kerja atau menukar pekerjaan pun kita struggle bagai nak mampus disebabkan ramainya persaingan. Sedangkan sekarang pun ramai graduates masih belum berjaya mendapat sebarang pekerjaan setelah graduate… Inikan lagi bila budak-budak pandai dah berlambak-lambak (double or triple up the amount that we have right now in our community). Bayangkanlah. Zaman sekarang ni – if you want to get employed – you kena come in a package – pandai berkomunikasi, experienced, pandai itu pandai ini (campak department mana sekalipun you ok), able to take up adhoc tasks at anytime, proactive, thinking beyond or out of the box – then maybe the employer you are worth to keep. Oopsss…ini tak termasuk those yang gunakan cara lain untuk dapat kerja, sustain kerja or cepat naik pangkat dan jadi anak emas ya… Ha ha ha… Rolling on the floor laughing Yang tu kita tolak tepi, walaupun ada jer spesies sebegini. Maaf cakap… Dalam dunia karier sekarang jual harga diri pun boleh jadi satu jaminan untuk berjaya mendapat kerja atau kerjaya yang bagus ya. Adaaa…bukan tak ada… Dah dua tiga Kak Fa jumpa. Tapi itu urusan peribadi orang, Kak Fa tak nak campur. Huuuu….

Itu sekarang, going forward, do you ever think how it will be looked like? How it’s gonna be? What I see… Ini apa yang Kak Fa nampaklah ya? Going forward, it’s not only academic solely. Akan datang… If you wanted to be in a good place, to have more opportunity for job you have to come with two things. One is academic and one is your skills. People – organisations already started to look for more skills workers. Looking on one side, you have the academic qualification and at the same time you are looking at skilled workers.

Skilled workers means those with TVET skills… Tak kisahlah in welding ke? in any other skills ke? It’s a worth an investment for the organisations to have these people who come with this package. Know what, organisation are looking at 5 aspirations in the future that namely are akses, kualiti, kecekapan dan perpaduan. Yes, vokasional bukanlah satu bidang yang popular dan kurang popular di kalangan ibu bapa dan pelajar. However, just to note that peluang pekerjaan untuk lulusan yang berkemahiran adalah sangat besar. Why? Please bear in mind that sumber manusia yang terlatih dan berkemahiran adalah nadi penggerak utama yang terhasil dari sistem pendidikan yang mantap dan terbaik. Please pandang tinggi pekerjaan kolar biru setara dengan kolar putih.

Yang mak ayah pula, jika anak kurang menyerlah di dalam bidang akademik arus perdana, janganlah rasa malu dengan pencapaian anak. Janganlah sedih ter-over sangat-sangat sebab anak tak dapat nak capai impian kita untuk jadi jurutera or what so not. Masih ada jer peluang nak jadi jurutera. Who knows academically dia tak berjaya menjadi jurutera dari bidang akademik arus perdana. Blessing of the disguise, anak tu sebenarnya masih mampu untuk memburu cita-cita menjadi seorang Welding Engineer by sending him to skills training institute. Kalau tak Welding Engineer pun… at least berjaya mendapatkan International Certification yang boleh digunapakai di seluruh dunia yang mampu membawa kepada gaji bulanan setinggi RM 20,000 atau lebih. Haaa… seee… technical and vocational is not bad at all. Kalau semua nak kerja kolar putih jer… semua nak kerja office jer…Siapa nak kerja dekat site or jadi skilled workers ya tak? Ha ha ha… Rolling on the floor laughing

Tu sebab, ada cakap-cakap yang menyuarakan… Yang dapat A semua tu tak menjamin kejayaan di masa hadapan. Yang graduates tu belum tentu mudah dapat kerja. Kadang-kadang yang tak dapat semua A dan menimba ilmu di opsyen yang kurang menjadi pilihan atau dipandang tu yang akan lebih berjaya. Kalau ada kedua-dua lebih mantap dan lebih baik kan? So what say you after reading my bebelan ni? Does it at least triggered your mind and open up your mind to a more structured planning for your kids in the future?

As a mom, I am positive to equip my son with both knowledge. At least, he will be having an option in his life later that he could choose kan? Winking smile. Kita kembangkan dan berikan mereka beberapa pilihan. Bukan semestinya restricted to only one area. Agree? 

Berhentilah memandang rendah kepada anak-anak yang kurang menyerlah di dalam akademik arus perdana... 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !