Mommy… You Got Shot But You Still Alive!

Farah Waheda Wahid
0
MOMMY YOU GOT SHOT BUT YOU STILL ALIVE!
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Mommy… You got shot but you still alive! Surprised smile Satu part, statement tu buatkan Kak Fa terkejut. Satu part lagi, Kak Fa rasa statement tu melucukan dan satu part lagi, alamak!!! mana dia belajar cakap macam tu? Rolling on the floor laughing Faham tak? Tapi Kak Fa tahu, dia bukannya faham situasi sangat pun. Baru nak belajar memahami. Jadi cakap ikut sedap mulut jer lah. I am telling myself… Don’t take it too serious but I just need to pay an attention on whatever dia tuturkan. Kids. Aren’t they just the best? They are little tiny humans that somehow manage to conquer people double their size on a daily basis. My life is run by this miniature, super adorable, crazy youngster. Perhaps, Kak Fa could write a book about all the hilarious things that come out of his mouth! Kids say the darndest things kan? Winking smile.

Kenapa boleh terkeluar statement tu? Kisahnya, semalam Kak Fa pergi membeli stok barang dapur untuk bulan November 2018. Kebetulan berhadapan dengan kaunter pembayaran tu ada sebuah kedai emas. Teringatkan lubang tinding di telinga Kak Fa ni dah lama terkambus, Kak Fa sajalah bertanya kepada tuan punya kedai, yang kalau Kak Fa nak tindik semula berapakah harganya. Tuan punya kedai beritahu pada Kak Fa yang jumlah pembayaran untuk tindik semula adalah RM 18.00. Sebenarnya, dalam hati ada rasa berdebar-debar juga. Smile with tongue out. Penakut memang macam ni.

Sedapkan hati sendiri, kalau sakit kena toreh perut demi nak melahirkan Firash dulu boleh tahan dan boleh lalu. Alaaa… Yang ini apa sangatlah kan? Nyah-Nyah. Macam kena cubit kecil-kecil jer. Konon! Hah hah hah…. Smile with tongue out. Lebihnya sebenarnya Kak Fa membayangkan yang dulu sewaktu Kak Fa di Tingkatan 2 ke 3, sewaktu mula-mula bertindik dulu, lepas tindik tu, mak aihhhh…. kebas dan berdenyut-denyut tu toksah cakaplah. Jadi macam telinga gajah lepas tu noksss…. Kak Fa dok imagine, kalaulah Kak Fa tindik ni, lepas tu telinga jadi telinga gajah… Sakit kot nak pakai shawl on Monday. Hah hah hah… Sampai ke situ imaginasi Kak Fa ni ha. At the end, walaupun terbayang macam-macam, Kak Fa agree untuk bertindik sekali lagi.

He was relax sewaktu proses menindik tu. Firash perhati jer kejadian yang berlaku di hadapan dia tu. Ketak… ketak… Selesai sekejapan jer proses menindik tu ha. Tapi selepas pada tu, laju jer mulut comel dan mungil tu menuturkan kata-kata… “Mommy… you got shot but you still alive!”. Hah hah hah… Rolling on the floor laughing… I don’t take it seriously into heart. Takkan dengan anak sendiri yang baru nak kenal dunia tu nak sentap pula. What I did was, I explained to him that yes I got shot on the ears, and I am still alive. Ini bukannya gun shot. Kalau gun shot for sure I’ve died. But this one untuk ears piercing. Kanak-kanak dia tak faham. What do you expect kan? Itulah ceritanya.

Terlanjur tu, bercerita tentang tindik-menindik ni, mehlah Kak Fa cerita sedikit tentang tindik-menindik yang melibatkan anak-anak kecil. Dua cerita di dalam satu entri. Kira oklah tu kan? Winking smile.

Tindik telinga ni bukan perkara baru ya tak? Mak-mak yang ada anak perempuan, kebanyakkannya walaupun tak semua, akan menindik telinga anak-anak perempuan masing-masing. Kes terkecuali, Kak Fa tak bertindik sewaktu kecil, bila dah masuk Sekolah Menengah, tengok kawan-kawan pakai stud, Kak Fa teringin nak. Itu yang jadinya Kak Fa nak bertindik sewaktu Tingkatan 2 atau 3 tu. Kak Fa sering membayangkan yang proses bertindik tu sakit, dan bayangkanlah kalau anak-anak kecil di usia awal dihantar untuk bertindik. Kesian weiii! Tapi ada jer mak ayah yang hantar anak-anak perempuan di usia awal bertindik. Kanak-kanak perempuan pun cool, mak ayah pun cool. Kira hebat tu tahan sakit. He he he… Cumanya, apa yang Kak Fa nak kongsi kepada mak ayah semua, beberapa hal penting yang harus diketahui sebelum menindik telinga anak-anak perempuan anda berdasarkan hasil pembacaan Kak Fa dari sumber di SINI.

Tunggu Sehingga Bayi Berusia 6 Bulan

Sebelum usia 6 bulan, sistem imunisasi anak-anak kecil belum terbentuk dengan sempurna. Prosedur menindik yang akan melukakan kulit anak-anak kecil berisiko untuk membawa kepada permasalahan infeksi. So, it’s better to wait until at least mereka berumur 6 bulan. Semakin meningkat usia anak-anak kecil, semakin kecil risiko terkena infeksi kerana anak-anak semakin pandai menjaga telinga dan stud agar selalu bersih. Tapi ada juga yang proposed it’s better to pierce sewaktu anak kecil berusia tidak lebih dari sebulan. Atas alasan sewaktu ni, anak kecil belum banyak bergerak dan tidak akan memberontak.

Pastikan Anak Kecil Telah Mendapat Imunisasi Terlebih Dahulu

Pastikan anak-anak kecil sudah mendapatkan imunisasi Difteria-Tetanus-Pertusis (DTaP) yang melindungi mereka dari tetanus yang boleh terjadi bila jarum tindik tidak disteril.

Pastikan Lokasi Menindik Terjamin Tidak Mendatangkan Mudarat

Dapatkan konsultansi dari pakar kanak-kanak dulu, advisable or not? Bila jawapannya tidak, tanyakan bila atau di mana lokasi menindik yang direkomendasikan. Setelah menentukan lokasi, tanyakan alat apa yang terbaik untuk digunakan untuk menindik telinga kanak-kanak kecil. Masih ada beberapa tempat yang melakukan prosedur menindik telinga secara manual dengan menggunakan jarum. Sedangkan pada waktu dan ketika ini, sudah ada alat menindik professional yang khusus digunakan untuk menindik telinga. Dengan alat yang menyerupai alat tembak ini, stud terus masuk dan terpakai di telinga. Yang mana sebelum tu stud dah dibersihkan dengan alkohol (steril). Bila alat ini bekerja ada bunyi hentakan kecil yang akan membuatkan anak-anak kecil panik, tapi rasanya kurang sakit dari disuntik. Just to ensure, sebelum prosedur menindik dilakukan oleh pakar, mereka dah mencuci tangan terlebih dahulu dan menggunakan contohnya, infant acetaminophen.

Pilih Stud Yang Sesuai

Stud daripada stainless steel adalah pilihan yang terbaik kerana ia tidak mengandungi nikel yang boleh mangakibatkan alergi. Selain stainless steel, platinum, titanium dan emas 14 karat boleh digunakan juga. Pilih model dan rekabentuk yang sederhana dan tidak mudah ditarik tangan anak kecil.

Awasi Selama Beberapa Minggu Pertama

Tidak berhenti sampai di situ sahaja ya?  Setelah berjaya menindik telinga anak kecil. Mak ayah kena pantau sekurang-kurangnya selama 6 minggu pertama untuk memastikan adanya kemungkinan alergi atau ruam. Apabila ada reaksi alergi seperti gatal, merah hingga bernanah, segera gantikan stud anak dengan stud lain. Bersihkan kulit sekitar cuping telinga dengan air dan sabun yang lembut. Of course, jangan lupa cuci tangan sebelum menyentuh telinga anak kecil. Kalau anak demam, daun telinga menjadi merah dan bengkak, jangan tunggu lagi, cepat-cepat dapatkan rawatan di klinik atau hospital.

I don’t have a girl with me, tapi kalau tanya Kak Fa, kalau nak tindikkan anak pun, if only Kak Fa ada anak perempuan, Kak Fa akan tunggu at least until dia Darjah 2 atau 3. Tak sampai hati kecil-kecil sangat nak tindikkan. Kesian pun ada. Heee… Hati Kak Fa memang tak kuat ok? Hati tisu…. Mudah tak sampai hati dan kalau melibatkan anak, memang tak nak tengok anak dalam kesakitan. Jadi ingat ya? Sebelum nak tindikkan anak-anak kecil masing-masing, semak perkara-perkara penting yang Kak Fa dah senarai kongsikan di dalam entri ini terlebih dahulu. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !