GROOMING TIPS–Pemilihan Baju Kurung Mengikut Bentuk Badan

Farah Waheda Wahid
1
GROOMING TIPS PEMILIHAN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN

Terkadang orang tegur – nampak berisi, nampak chubby, nampak gemuk, nampak slim, nampak dah susut. Terkadang orang tegur – mereka confuse sebab sekejap nampak Kak Fa macam chubby sangat, gems sangat lepas tu esoknya nanti nampak dah susut, dah slim segala bagai. Know what? Itu semua ilusi pemakaian serta pemilihan pemakaian. Tak semua pakaian bila kita pakai akan cantik terletak pada tubuh badan kita. Tak semua pakaian itu sesuai dipakai oleh kita. Tak semua pakaian itu kena gaya dengan kita. Kadang-kadang dah tau, tapi still nak juga sebab teringin nak berfesyen begitu. Ya tak? Muahahaha… Rolling on the floor laughing That’s me lah tu… Tapinya janganlah tertipu. Kak Fa ni chubby orangnya. Serius… No jokes. Cuma chubby chubby suami pesan jangan gemoks sangat. Ahahahaha… Open-mouthed smile. Risau dia kalau wife dia ni gemoks terlampau. Tak payah dia risau, tuan punya badan sendiri pun boleh risau tahap melampau oiii! Therefore, sajalah Kak Fa nak share, apa yang Kak Fa lakukan berdasarkan entri Grooming Tips – Pemilihan Baju Kurung Mengikut Bentuk Badan. Errr… ini khusus untuk baju kurung jer ya. Winking smile. Baju lain-lain, In Shaa Allah, ada kesempatan Kak Fa kongsikan juga.

Sebenarnya, Kak Fa ni tak adalah pandai mana pun bergaya… All I do just follow my heart as in what my heart says good. Just following my inner gut feelings jer. Lepas tu, bila dah pakai, Kak Fa akan berdiri depan cermin pusing kiri, pusing kanan tengok in ke tak in apa yang Kak Fa pakai. Ha ha ha… Nyah-Nyah Sebab tu kalau bersiap berjam-jam lamanya. Now you know kan? Winking smile. Nak pakai baju kurung pun ada protokol pemilihan… If you want to look good in baju kurung let see what does the tips got to say. Tips yang Kak Fa jadikan panduan yang Kak Fa dapati daripada sumber di SINI, dari Perunding Imej, Emi Idura. What was said in the article adalah first you got to know what type is your body shape?
GROOMING TIPS PEMILIHAN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN (2)

Bentuk Hourglass

Ini merupakan bentuk paling ideal kerana mengagihkan berat sama rata antara bahagian atas dengan bawah tubuh badan seseorang. Saiz bahu dan pinggul adalah sama dengan pinggang yang lebih kecil dan ramping, mempunyai perbezaan ukuran sehingga 10 inci!

Bentuk Ruler

Ibarat namanya, mereka yang berbentuk ruler tidak mempunyai bentuk pinggang ramping yang ketara seperti si hourglass. Kebanyakan waktu ukuran bahu dan pinggul adalah sama.

Bentuk Pear

Paling mudah untuk dikesan, badan yang berbentuk pear memiliki visual pinggul yang lebih besar dari saiz bahunya.

Bentuk Apple

Saiz pinggang yang lebih lebar dari dada dan pinggul. Menurut kajian yang dijalankan, majoriti mengatakan mereka mudah naik badan di bahagian perut berbanding pinggul. Inilah yang membezakan si apple dan si pear apabila mencari pakaian yang sesuai.

Bentuk Inverted Triangle atau Segitiga Terbalik

Saiz bahu yang lebih lebar dari saiz pinggulnya. Mereka yang gemar bersukan seperti renang (dari sejak kecil) boleh membentuk siluet badan sebegini apabila dewasa.

So? How to relate dengan pemilihan baju kurung?

Baju Kurung Teluk Belanga atau Cekak Musang

Baju kurung merupakan salah satu pakaian tradisional popular, dikatakan sangat ‘versatil’, ‘evergreen’ dan sering menjadi pilihan wanita hari ini kerana selain Hari Raya, ia juga boleh digayakan pada majlis-majlis rasmi dan keramaian seperti perkahwinan. Sebenarnya walaupun baju kurung ini dianggap baju yang paling senang untuk digayakan tidak kira bentuk badan, yang paling penting adalah fabrik atau jenis materialnya, selain corak dan hiasan yang ada pada baju tersebut. Di antara strategi utama ketika mengambil kira corak , hiasan dan jenis fabrik ini adalah, dengan memastikan di manakah kekuatan (aset) dan kekurangan bentuk badan anda. Seperti contoh, jika badan anda berbentuk pear, maka kekurangan anda adalah di pinggul , dan aset anda pula di bahagian atas badan . Manakala si apple pula , asetnya pula akan bertumpu di bahagian pinggul ke bawah, dada dan perut merupakan kekurangan yang perlu ditutup . Kurangkan pemilihan dan penggunaan corak , hiasan dan jenis material yang boleh membuatkan bahagian badan yang ingin ‘ditutup’ itu tadi nampak menyerlah. Sebaliknya , biarkan ianya dengan warna-warna polos, gelap, dan sekiranya bercorak pastikan ianya sesuai dengan saiz badan anda (kecil, sederhana, besar).

GROOMING TIPS PEMILIHAN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN (3)
Kredit: Sumber dari SINI

Kurung bercorak penuh sangat ideal buat mereka yang berbentuk hourglass mahupun ruler.

Bagi yang berbentuk pear pula (gambar no.2) – pemilihan warna gelap di bahagian atas badan dan padanan corak di bahagian bawah merupakan yang paling ideal cuma hati-hati dengan rekaan di pergelangan tangan yang kelihatan separas dengan pinggul boleh membuatkan mata yang melihat akan terus memandang ke arah itu.

Pilihan fabrik yang bersinar dan memantulkan cahaya seperti kain satin mahupun silk (gambar no.3) pula membuatkan badan si pemakainya akan kelihatan besar dari biasa… Selain itu, labuh kain sehingga melebihi paras lutut sehingga betis bukanlah strategi yang paling berkesan jika si pemakainya ingin kelihatan tinggi.

Baju Kurung Kedah

GROOMING TIPS PEMILIHAN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN (4)
Kredit: Sumber dari SINI

Dipercayai berasal dari selatan Thai , baju yang menyerupai blaus pendek , longgar dan singkat ke paras punggung, dan digayakan dengan kain seakan kain sarung. Disebabkan rekaan bajunya yang sebegini , maka adalah disarankan kepada mereka yang berbentuk pear agar tidak memilih rekaan kurung Kedah kerana ia menonjolkan lagi bahagian pinggul anda bukan menyembunyikan.

Bagi yang petite , kaedah skim warna monokromatik boleh membantu memberi peranan membuatkan si pemakainya kelihatan lebih tinggi (gambar no.1)

Manakala bagi yang berbentuk pear pula, rekaan kurung kedah dengan potongan di pinggul bukanlah pilihan baju yang terbaik, terutamanya jika terdapat perbezaan pilihan warna ketara antara bahagian atas badan dan bawah. Gambar no.2 di atas masih boleh diterima , hanya kerana pilihan warna harmoni tetapi masih tidak dapat menepati objektif pemakaian – untuk kelihatan lebih kurus atau menutupi kawasan pinggul itu tadi.

Kurung kedah kontemporari dan sentuhan moden , dengan rekaan corak di atas (gambar no.3) amat sesuai buat si ruler atau hourglass yang ingin menampilkan bentuk badan yang ramping .

Baju Kurung Pahang

GROOMING TIPS PEMILIHAN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN (5)
Kredit: Sumber dari SINI

Rekaan sebegini sangat cantik dipakai untuk wanita hourglass juga berbentuk ruler kerana ia menonjolkan lagi bahagian aset (pinggang) yang ramping. Tidak salah wanita pear ingin memilih kurung Pahang ini tetapi biarlah bahagian atas bajunya diserikan dengan sedikit hiasan atau aksesori yang lebih menonjol agar mata yang melihat tidak tertumpu kepada bahagian pinggul yang besar itu tadi. Mereka yang mempunyai bahu yang lebar (inverted triangle) juga akan kelihatan lebih cantik dengan rekaan Kurung Pahang ini, tetapi pastikan juga agar bahagian bahunya tidak dilengkapi dengan sebarang padding.

Baju Kurung Peplum

GROOMING TIPS PEMILIHAN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN (6)
Kredit: Sumber dari SINI

Satu sahaja pesanan – jangan terpedaya dengan rekaan seperti kurung peplum ini , yang anda anggap dan yakin bahawa jahitan pleatednya boleh menyembunyikan perut anda yang besar. Kurung peplum ini juga sangat sesuai buat si hourglass dan ruler kerana rekaannya lebih tertumpu kepada bahagian pinggang dan jahitan pleated itu sendiri bertujuan untuk menampakkan visual badan yang lebih berisi dan seimbang.

Pilihan jenis kurung peplum (gambar no.3) di mana labuh bajunya boleh mencecah sehingga ke paras pinggul (bahagian belakang) amat tidak sesuai untuk mereka yang berbentuk apple ataupun pear. Jahitan pleated di peplum itu sendiri akan membuatkan si apple kelihatan lebih besar di bahagian perut, manakala pleated di bahagian belakang pula membuatkan mata akan memandang ke paras pinggul di mana jahitan (seam) itu berakhir. Ia bakal menyerlahkan lagi kekurangan badan anda bukan menutupinya.

Got it? Ha ha ha… Open-mouthed smile Kak Fa kan bila baca ni, whether you trust or not, terus check wardrobe dan tengok koleksi pakaian Kak Fa… Mana-mana yang tak bersesuaian tu, macam nampak-nampak gayanya jadi muzium jerlah tu… Huuuu… Hopefully lepas membaca panduan ni, ramai lagi wanita yang akan lebih certain di dalam pemilihan baju kurung masing-masing dan tak tersalah pilih! Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tips yang menarik ni kak farah.. boleh dijadikan panduan lebih2 lagi nak dekat raya nanti. takde lah main bedal jee beli baju hahahaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !