Tepat pukul 12.01 pagi tadi, satu e-mel pemakluman telah masuk ke dalam kotak e-mel.
. Pencapaian www.bubblynotes.com yang kedua di tahun 2018 ini yang tak pernah Kak Fa sangka, tak pernah Kak Fa jangka dan tak pernah Kak Fa harap pun. Alhamdulillah, www.bubblynotes.com announced 2nd place in the ASIAN MOM BLOGS AWARD 2018. Syukur Ya Allah untuk rezeki yang telah dikurniakan olehMu ini. Jika masih ingat, Kak Fa pernah berkongsi di Bubblynotes.Com tentang pencalonan Kak Fa untuk ASIAN MOM BLOGS AWARD 2018 melalui entri Kak Fa di SINI.
Tempat pertama telah diduduki oleh Vidya Sury seorang blogger Wordpress yang berasal dari India. Lokasi Vidya tu tak taulah Kak Fa di mana secara precise dengan undian sebanyak 38% dan tempat kedua adalah Kak Fa yang berasal dari Malaysia ni ha, dengan undian sebanyak 25%. Manakalah tempat ketiga adalah Leony yang merupakan seorang blogger yang terkenal di Singapura dan Indonesia dengan 7%.
Seronok ke Kak Fa? Huuuu…. Seronok tu tipulah kalau tak ada, happy tu tipulah kalau tak ada. Tu kalau tak ada perasaan seronok dan happy tu namanya manusia yang tidak berperasaan tu. Ha ha ha…
. Alhamdulillah syukur, tetapi di dalam masa yang sama takut weiii…. Takut tak terpikul dan takut macam-macam. Tapi… In Shaa Allah, nawaitu nak kena betul juga kan? Kak Fa rasa bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah SWT kurniakan ini dan jujurnya jauh dari dalam sudut hati Kak Fa ni, ini adalah rezeki Iman Firash.
Sebabnya? Kerana dialah wujudnya Bubblynotes.Com yang ber-niche-kan parenting, kerana dialah penggerak serta asas Bubblynotes.Com. Tak ada cerita dia, tak adalah Bubblynotes.Com. Tak ada dia sebagai pencetus ilham, mungkin saja Kak Fa akan ketandusan ilham dan writer’s block 24/7 walaupun kadang-kadang tu masih ada juga writer’s block Kak Fa tu ha. Muahahaha…
. Terima kasih pada yang sudi luangkan sedikit masa anda untuk mengundi Kak Fa. Terima kasih kepada insan-insan tersayang yang belajar untuk memahami tugasan Kak Fa sebagai seorang blogger dan memberikan restu serta semangat. Huuuu… Ahaksss… Poyonya ucapan… Tapi betullah itu yang Kak Fa nak cakap.
Ujian ni buat Kak Fa. Bukan dugaan, cabaran atau rasa kecewa jer yang boleh jadi ujian. Bahagia, gembira, suka, puas juga boleh menjadi ujian kan?
. Ini pun bukan tiket untuk Kak Fa berbangga, chill lah… Jangan nak fikir bukan-bukan, jangan nak fikir macam-macam… I am still the same me… Kemenangan atau awards ni bukan untuk Kak Fa bangga-banggakan dan bukan untuk Kak Fa merasakan diri Kak Fa hebat dari orang lain. Ada lebih ramai lagi orang yang lebih hebat dari Kak Fa di luar sana. Kak Fa ni tak adalah hebat pun. Cuma blogger biasa-biasa yang berblog kerana passion.
. Sungguh Lillahitaala. Ada masa Kak Fa pun terkuntang-kanting juga nak mengimbangkan antara blog dan kehidupan seharian Kak Fa. Ada masa pun, Kak Fa tak sempat nak menaip. Tapi, In Shaa Allah, Kak Fa tetap berusaha untuk menghidupkan Bubblynotes.Com.
Sebenarnya kannn… Banyak lagi perkara serta ilmu yang Kak Fa perlu belajar dalam dunia blogging. Serius… Banyak yang Kak Fa kena belajar. Apa pun, syukran Ya Allah… Atas milestones yang lepas-lepas dan juga milestones yang terkini pada tahun 2018 ini.
tahniah
ReplyDelete