Kredit: Sumber dari Google
Lain padang, lain belalang. Lain lubuk, lain ikannya. Macam tu jugalah cara ibu-ibu ayah-ayah mengendalikan anak-anak masing-masing. Cara orang tu mungkin begini, cara orang ni mungkin begitu. Kalaupun ada persamaannya pasti ada sedikit perbezaannya. Takkan sama cara Kak Fa mengasuh, mendidik dan membesarkan Firash dengan cara ibu-ibu lain mengasuh, mendidik dan membesarkan anak-anak masing-masing. Setiap ibu itu unik, setiap ibu itu ada cara mereka yang tersendiri. Ada ibu yang tidak berapa nak gemar untuk membiasakan anak-anak dengan permainan yang terlalu banyak. Ada ibu yang tidak berapa gemar membiasakan permainan dengan anak-anak. Ada ibu yang tak kisah pun jika anak mempunyai barangan permainan yang banyak. Masing-masing punya alasan yang tersendiri. Masing-masing punya pandangan yang tersendiri. Bagi Kak Fa pula, permainan itu adalah salah satu metodologi Kak Fa atau cara mengasah SKIL PENYELESAIAN MASALAH anak kecil. Skil penyelesaian masalah ni adalah merupakan salah satu life-skills yang perlu dan patut ada dalam diri setiap anak-anak. Penting. Untuk survival mereka juga di masa akan datang ya tak?
Problem-solving atau kemampuan untuk menyelesaikan masalah sememangnya perlu dilatih sejak dari usia awal anak-anak. Cara yang paling mudah sepertimana yang Kak Fa nyatakan adalah melalui permainan. Ada macam-macam barang permainan yang boleh ibu-ibu bermain bersama dengan anak-anak masing-masing untuk melatih kemampuan menyelesaikan masalah mereka. Cuma apa yang penting, sila pastikan permainan itu adalah barang permainan yang melibatkan strategi dan juga imaginasi supaya anak-anak boleh membayangkan apakah hasil yang akan mereka dapat jika mereka melakukan sesuatu tindakan.
Untuk ini, sebagai ibu kepada seorang anak yang berusia 4 tahun 10 bulan, Kak Fa sangat merekomendasikan permainan puzzle, permainan menyusun blok, permainan bergambar serta permiana memisahkan warna dan bentuk. Sambil-sambil tu, ibu-ibu kena rajin-rajin bercerita dengan anak cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur penyelesaian masalah. Problem solving skills can be trained with creative toys.Dengan permainan seumpama ini, anak-anak akan dapat mengasah pola berfikir mereka. Dia akan tahu kalau tindakan A tidak berhasil, dia boleh mencuba opsyen-opsyen yang lain kerana alternatifnya bukan terhad. Secara tak langsung, anak-anak boleh menentukan cara atau tindakan yang mana yang boleh memberikan penyelesaian.
Memanglah kalau bermain dengan permainan sebegini rumah boleh bersepah teruk. Ha ha ha…
. Memang sakitlah mata tu kalau memandang. Tapi nak buat macam mana? Hati kena tahan weiii kalau nak anak tu berkembang. Actually, being a mom, there’s nothing much you can do about toys yang bersepah ni. Kita kemas dia akan sepah balik, kita kemas dia akan sepah balik. Sudahnya letih yang dapat… Ha ha ha…
. Dulu memang mata Kak Fa ni tak boleh tengok semak sikit, rumah bersepah-sepah semua bagai, tapi bila dah 4 tahun 10 bulan ni, bebekalkan pengalaman yang ada ni, Kak Fa seakan-akan dah jadi lali dah dengan keadaan rumah yang penuh dengan sepahan mainan tu ha. Nak sedapkan hati sendiri, Kak Fa pujukkan hati, it’s ok bersepah dengan permainan asalkan kebersihan tetap terjaga. Haaa… That one I cannot, I can’t tolerate kalau rumah melekit-lekit dan kotor segala bagai ni. Itu memang tak. Memang memetirlah mulut Kak Fa ni nanti.
Chill-lah kan? Just remember, di mana ada rumah bersepah, di situ ada anak bijak dan bagi anak-anak ni lagi bersepah, lagi happening. Tugas mak-mak, ayah-ayah kena tahan hati jerlah tengok rumah tu bersepah. Bagi jer anak-anak tu main sampai lebam. Bila dia tidur atau ke mana-mana contohnya sekolah, kita mengaitlah semua permainan dia tu bagi kemas. Tak pun, lepas mereka main silalah beri arahan untuk kemas. Nak buat macam mana kan? There’s always a good side of something. Walau dengan mata kasar nampak macam membazirnya, nampak macam bersepahnya rumah, semaknya rumah… Tapi when looking at the other side, secara tak langsung kita sebenarnya sedang melatih problem-solving skills ataupun kemampuan menyelesaikan masalah pada anak indirectly. 
Macam Kak Fa katakan awal-awal tadi, tak semua ibu bapa akan bersetuju dengan pendapat serta pandangan Kak Fa ni. But for me, I tend to look from this perspective.
ya betul..di mana rumah bersepah, ada anak bijk, ibu bapa pun bijak
ReplyDeleteBetul. Saya setuju.
ReplyDelete