Bila Dah Keluar S#*@ Dari Mulut Anak… THE RICE EXPERIMENT Adalah Tips Menggendalikannya

Farah Waheda Wahid
1
THE RICE EXPERIMENT

Nipis jer telinga ni… Berdesing ajer telinga ni… Steaming mad Reaksi? Macam gini haaa… Memang dikuasai perasaan tidak suka bila mendengar. Memang dikuasai perasaan nak tepuk-tepuk mulut tu dan nak cubit-cubit pipi comel tu. Grrr… Steaming mad… Sabar Mommy sabar… Ahaksss… Open-mouthed smile… Mana tak rasa macam tu? Memang sekalipun Kak Fa tak pernah expose dan ajar dia perkataan S#*@ tu ataupun perkataan BULLS#*@ tu! Sekalipun tak pernah expose pada perkataan ganti diri aku, kau, hey segala bagai. Mujurlah perkataan ganti diri aku, kau, hey tu tak keluar lagi dari mulut dia. Kalau keluar… Mau hilang kawalan Mommy dia ni rotan dia kot? Hu hu hu… Pantang! Pantang Kak Fa tu kalau anak gunakan perkataan-perkataan macam tu. Sebab Kak Fa sendiri kurang menggunakan dan kurang suka perkataan-perkataan yang berbunyi kesat dan kasar. Cumanya… Itu omelan Kak Fa dan Kak Fa kata  kalau diikut perasaan… Mana boleh ikut perasaan sangat di dalam bertindak ya tak? Nanti nampak kurang bijak di situ. Muahahaha…. Open-mouthed smile. Bila dah keluar S#*@ dari mulut anak… The RICE EXPERIMENT adalah tips menggendalikannya yang Kak Fa sedang lakukan.

Pernah dengar atau terbaca mengena The RICE EXPERIMENT atau di dalam Bahasa Melayu-nya EKSPERIMEN BERAS? Mak-mak, ayah-ayah should read about The RICE EXPERIMENT ni. Sekurang-kurangnya, boleh put in mind, one of the tips in handling kids yang suka sangat atau sudah mula mengeluarkan perkataan-perkataan kesat atau kasar.

Baiklah… Meh Kak Fa kongsikan mengenai The RICE EXPERIMENT dan apa relevannya terhadap situasi anak-anak kecil yang mengeluarkan perkataan kasar serta kesat.

The RICE EXPERIMENT

Asal The RICE EXPERIMENT ni dari siapa? Ianya dimulakan oleh Dr. Masaru Emoto (seorang saintis dari Jepun) yang mana melalui eksperimen ini, manusia dengan mudahnya boleh memerhati sendiri bagaimana emosi memberi kesan kepada kehidupan.

Cara Melakukan The RICE EXPERIMENT?

Secawan beras yang telah dimasak diletakkan di dalam dua bekas berpenutup yang berasingan. Tandakan satu bekas dengan frasa yang positif, contohnya Thank You Rice. Tandakan satu bekas lagi dengan frasa negatif, contohnya Stupid Rice. Setelah itu, letakkan di tempat yang selamat di dalam rumah yang sering mudah di lihat. Contohnya, dapur ke? Kan? Winking smile. Setelah itu? Sila tonton video yang Kak Fa lampirkan di bawah supaya lebih jelas apa yang perlu dilakukan setelah kedua-dua beras yang telah dimasak itu diasingkan dan dilabelkan. Bukti ni bukti… Jadi memang penting untuk tonton video yang Kak Fa lampirkan ni.


Selama beberapa hari berturut-turut, selama beberapa minggu, minta anak-anak meluahkan atau bercakap dari hati mereka sendiri sebanyak dua kali iaitu satu perkataan yang baik-baik seperti I Love Red heart You, awak sangat cantik ke? Tak kisahlah apa-apa… Dan satu perkataan kesat atau kasar seperti saya benci awak ke? perkataan S#*@ tu ke? Kemudiannya, di hari yang terakhir eksperimen bukakan kedua-dua bekas dan tunjukkan kepada anak-anak apa yang terjadi sekiranya mereka berkata-kata dengan baik dan apa yang akan terjadi sekiranya mereka berkata-kata buruk.


This is one of the ways to tackle this issue secara psikologi, kerana secara psikologinya, bagi Kak Fa, jika anak-anak mula bercakap kasar atau kesat… Lakukan eksperimen ini bersama anak-anak dan biarkan mereka sendiri yang melihat serta mengetahui apakah kesannya terhadap persekitaran serta orang-orang di sekeliling mereka. Bolehlah guna modal hati-hati bila berkata nanti nasi menangis… He he he… Ataupun nasi jadi berbau sangat busuk….

Lisan kita sememangnya mendatangkan pelbagai kesan sama ada baik mahupun tidak. Anak-anak sedari usia kecil perlu dididik agar sentiasa berkata-kata baik, mengucapkan perkataan yang baik-baik dan menjaga pertuturan mereka. Eksperimen ini, mungkin mengambil sedikit masa dan juga menuntut pengorbanan masa dari kita sebagai ibu bapa, tetapi the bright side of it…Kesan dan impak yang boleh diberikan kepada anak-anak supaya mereka sentiasa beringat sebab dan akibat. Winking smile

Bahasa-bahasa kesat dan kasar ni…. boleh jadi dari apa yang anak-anak tonton di YouTube dan juga persekitaran di mana mereka berada serta pergaulan mereka bersama rakan-rakan sebaya. Biasalah tu kan? Bila anak semakin membesar, akan datang cabaran-cabaran baru yang menuntut kita ibu bapa pandai mengawal situasi serta keadaan dan juga bertindak dengan cara yang lebih bijak di dalam mengendalikan mereka. Spanking, jadi raksasa Gorgon, jadi hijau, memetir sometimes will help… But not all the time… Kalau dah selalu sangat, anak-anak boleh jadi lali. Kalau tak buat langsung pun, anak-anak fikir kita ok jer dengan apa-apa pun…. Tengoklah, tengok bagaimana cara kita nak mengendalikan dan menyesuaikan tindakan dengan karakter anak-anak itu sendiri. Lain anak, lain cara pengendaliannya… Ibarat, masak kari tak sama dengan bakar kek… Ha macam tulah…. Sebab karakter anak-anak pun tak sama, semuanya unik mengikut apa yang ada di dalam diri mereka sendiri. Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. allahu. terima kasih perkongsian. sangat2 berguna untuk kak :(

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !