BALNEUM INTENSIV Penyelesaian Untuk Kulit Kering Dan Terlalu Kering

Farah Waheda Wahid
0
BALNEUM INTENSIV

Yuhuuu… Penuh dengan cobwebs dah rupanya Bubblynotes.Com. Adalah dekat seminggu juga Kak Fa tak berkesempatan langsung nak jengah dan menguruskan Bubblynotes.Com ni ha. But… I promise… This time around I’m back for good and In Shaa Allah will be consistent like previous. Ihiksss… Alaaa seminggu jer pun… Tu pun nak kecoh kan? Winking smile. Eh… Tapi lain tau rasanya bila dah biasa menaip, selepas tu tiba-tiba tak sempat langsung-langsung nak menaip. So? Kali ni Kak Fa ada cerita apa? Cerita mengenai BALNEUM INTENSIV. Dah pernah dengar tak tentang BALNEUM INTENSIV? Apa tu? Produk ke Kak Fa? Haruslah produk kakak-kakak, abang-abang, adik-adik dan kawan-kawan semua. Kalau ada produk meletops…Memang tak pernahlah Kak Fa tak nak share. Mesti Kak Fa nak share. Untuk manfaat kita semua bersama-sama. Short brief untuk bagi idea apa yang Kak Fa nak cerita ni – BALNEUM INTENSIV penyelesaian untuk kulit kering dan terlalu kering.

Sebelum apa-apa, Kak Fa nak tunjukkan gambar dulu.

BALNEUM INTENSIV (4) 

BALNEUM INTENSIV (3)

BALNEUM INTENSIV (2)

BALNEUM INTENSIV (1)

Hodoh tak? Haruslah hodoh kan? Malu weiii bila kulit macam ni lepas tu pakai heels ke? sandal ke? Orang nampak… Terus low-self esteem. Kak Fa tak taulah orang lain kan? Tapi Kak Fa kisah kalau terjadi macam ni. Nak settle macam mana? Jujur cerita, losyen biasa tak mampu nak tolong keadaan kulit kering sebegini. Memang takkan mampu. Percayalah apa yang Kak Fa beritahu ni. Sebabnya segalanya Kak Fa dah cuba.

Dulu mungkinlah Kak Fa rasa tidak ada sebarang produk yang mampu nak bantu keadaan kulit kering hodoh sebegini. Open-mouthed smile. Sekarang? Ada cerita dulu mestilah ada cerita sekarang kan? Winking smile. Berita baik untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah kulit kering dan terlalu kering – tak perlu sedih-sedih lagi dah, tak perlu nak rasa malu lagi dah, tak perlu nak rasa rendah diri lagi dah. Apa yang anda perlu buat adalah cuma pergi sahaja ke AA Pharmacy, BIG Pharmacy dan mana-mana Leading Independent Pharmacies dan dapatkan rangkaian produk BALNEUM INTENSIV yang diimport serta diedarkan oleh Zullieg Pharma Sdn. Bhd. Kalau tak pasti bagaimana rupa produk BALNEUM INTENSIV, sila rujuk gambar di bawah:

BALNEUM INTENSIV

Kak Fa beria sangat cerita ni, dah terbukti ke keberkesanan BALNEUM INTENSIV ni? Haippp… Sebelum sharing, of course lah ada guinea pig dulu. Kak Fa ni, tak sungguh tak kata, tak betul tak share ok? Sebab terbuktilah Kak Fa gigih menaip ayat satu persatu di dalam entri Kak Fa kali ni. Sebab terbuktilah Kak Fa gigih rakam gambar, untuk tunjukkan produk, untuk tunjukkan kesan perbezaan sebelum dan selepas. Sebab Kak Fa nak sampaikan informasi kepada anda di luar sana tu yang mungkin sangat-sangat memerlukan dan juga informasi kepada sesiapa sahaja di luar sana sebagai pengetahuan umum. Manalah tau kan? Esok lusa tulat, tiba masa perlu mencari BALNEUM INTENSIV pula. Tak pun, mungkin dapat membantu mana-mana kenalan atau saudara mara yang memerlukan. Kalau tidak, buat apa Kak Fa nak susah payah took all the hassle untuk bercerita? Winking smile

Kita tengok kesan ujikaji selepas seminggu penggunaan ok? Tengok dulu selepas tu baru decide betul ke tidak apa yang Kak Fa kongsikan ni.

BALNEUM INTENSIV (5)

BALNEUM INTENSIV (8)

BALNEUM INTENSIV (7)

BALNEUM INTENSIV (6)

Orang yang sama, kaki yang sama. Tiada filter, tiada editing supaya nampak elok. Yang ada cuma Kak Fa letakkan perkataan-perkataan untuk menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas seminggu penggunaan dan juga watermark logo BALNEUM INTENSIV dan Bubblynotes.Com sahaja. Haaa… tepukkk… Thumbs up … Ketara kan perbezaan tekstur kulit dan juga rupa bentuk kulit. A lot more far better dari sebelum penggunaan BALNEUM INTENSIV. Macam ni barulah seronok ya tak? Selama seminggu plus-plus ni sememangnya Kak Fa konsisten di dalam penggunaan BALNEUM INTENSIV untuk ahli keluarga Kak Fa. Papa Kak Fa kulitnya kering semenjak dua menjak dia jatuh sakit ni. Memang boleh lihat ketara bersisik-sisik dan kering tekstur kulitnya. Dah pakai macam-macam losyen, even up to losyen bayi pun. Tapi tak juga nampak jalan penyelesaiannya. Mungkin disebabkan sukatan serta sekatan jumlah air yang boleh diambil dalam sehari tu kot menjadikan sebegitu. Firash pula, senantiasa mempunyai masalah kulit kering di kawasan siku, lutut. Dari situlah, Kak Fa tawakal nak mencuba BALNEUM INTENSIV.

Remeh tak penggunaan BALNEUM INTENSIV ni? Smile. Untuk orang yang rajin tak akan pernah ada persoalan ini. Untuk orang yang “rajin sangat” biasanya soalan sebegini akan berlegar-legar di kotak pemikiran mereka. Heee… Tak remehlah… Paling mudah Kak Fa rasa… Semudah 1,2,3 ok? Winking smile.

BALNEUM INTENSIV (9)

Yang penting, apa yang anda perlu tahu adalah BALNEUM INTENSIV adalah tanpa pewarna, tanpa wangian dan tanpa bahan pengawet. Fungsi? Untuk memulihkan fungsi penghalang kulit, memberikan kulit kering penghidratan yang berkekalan dan memperbaiki keanjalan serta kehalusan tekstur kulit.

BALNEUM INTENSIV Wash: RM 55.00 – RM 65.00 (200 ml)

BALNEUM INTENSIV (10)

BALNEUM INTENSIV Wash ini adalah merupakan pembersih bebas sabun yang membantu membersihkan kulit kering dan terlalu kering dengan lembut, yang mana perlu digunakan secara konsisten setiap hari. Kena istiqomah ya? Jangan nak culas. Kalau culas, memang sampai ke bila lah pun takkan nampak hasilnya. BALNEUM INTENSIV Wash mengandungi lipid emolsi dan ianya melindungi kulit daripada kehilangan kelempaban. BALNEUM INTENSIV bekerja untuk mengawal keseimbangan minyak  dan kelembapan di dalam kulit dan secara semula jadi memulihkan fungsi penghalang kulit. Walaupun tidak berbuih-buih seperti sabun mandi biasa ke apa… Selepas pakai memang boleh rasa kulit yang kering tu lembap dan smooth ajer. Smile.

BALNEUM INTENSIV Lotion: RM 55.00 – RM 65.00 (200 ml)

BALNEUM INTENSIV (12)

Dah gunakan BALNEUM INTENSIV Wash? Selepas tu kita sambung pula dengan produk susulan. Haaa…sapu jangan tak sapu. Sila rajin untuk sapukan BALNEUM INTENSIV Lotion yang mengandungi oil-in-water emulsion dengan kandungan lipid tinggi untuk penjagaan dermatologi bagi kulit kering dan terlalu kering. Tekstur losyen ni, cair… mudah serap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan rasa tidak selesa ataupun berminyak.

BALNEUM INTENSIV Cream: RM 40.00 (50 g)

BALNEUM INTENSIV (11)

Fungsinya sama dengan BALNEUM INTENSIV Lotion. Cuma tekstur BALNEUM INTENSIV Cream adalah lebih pekat. Dengan saiz tiub begini, sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Smile. Boleh digunakan pada bila-bila masa anda memerlukannya.

Untuk pengetahuan anda, BALNEUM INTENSIV adalah direkomendasikan oleh para doktor dan juga ahli dermatologi. Jadi bagi sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit kering mahupun terlalu kering tu, boleh ambil first step dah untuk mula menjadi pengguna rangkaian produk BALNEUM INTENSIV ni dari sekarang tanpa ragu-ragu mahupun was-was. Boleh digunakan oleh seluruh keluarga, tidak kira dari kanak-kanak sehinggalah dewasa dan warga emas. Thumbs up.

Kalau dulu buntu memikirkan penyelesaian, sekarang sudah ada produk yang mampu menyelesaikan masalah kulit kering dan terlalu kering. Takkan nak biarkan macam tu sahaja kan? Betul tak? Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !