Untuk makluman mak-mak, ayah-ayah sepertimana yang pernah Kak Fa kongsikan sebelum ini di dalam entri Jom Kita Date? PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018, Konsert PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018 akan bermula dari 8 September 2018 sehingga 16 September 2018 di KLCC Plenary Hall. Kak Fa dah ajak dah semua orang hari tu… Ihiksss…
, ni lagi sekali Kak Fa nak mengajak ni. Anak-anak yang sukakan melodi dan juga lagu Baby Shark mesti seronok tak terkata ni sebabnya selain dapat menikmati hiburan usia mereka, mereka juga berpeluang untuk membeli PINKFONG MERCHANDISE di konsert yang berkenaan. Lazimnya kanak-kanak kalau dah minat memang akan suka dan akan nak buat koleksi. Memang peluang besar betullah untuk mereka mendapatkan koleksi barangan PINKFONG yang eksklusif sekiranya mereka berpeluang untuk menghadiri konsert berkenaan.
Bagi mak-mak, ayah-ayah yang terlepas pandang dan masih belum mengetahui berapakah harga tiket masuk ke PINKFONG LIVE MUSICAL 2018, Kak Fa ulang lagi sekali di dalam entri ini yang harga tiket masuk bagi Konsert PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018 ini adalah mengikut kategori masing-masing iaitu tiket VVIP RM228.00, tiket VIP RM138.00 dan tiket PS1 bernilai RM88.00. Seating arrangement anda boleh lihat seperti di dalam paparan poster di bawah:
Untuk keluarga kecil kami, dah tentu-tentu kami memilih untuk mendapatkan tiket VVIP yang mana seating arrangement-nya adalah di barisan paling hadapan. Memang sengaja Kak Fa pilih kedudukan barisan paling hadapan, sebabnya Kak Fa nak Firash betul-betul melepaskan keterujaan dia tu. Biar dia seronok sedikit. Sesekali menghiburkan hati anak sebegini kan? Kira-kira macam rewards jugalah untuk dia sebenarnya. Dah lama dah Kak Fa tak bawa dia ke konsert muzikal sejak kali terakhir dulu sewaktu dia berusia 2 atau 3 tahun lebih dulu. Jadi dah ada peluang ni Kak Fa bawalah dia. Bila lagi kan? Sementara masih berpeluang ni, peluang datang ni, makanya Kak Fa pun ambillah keputusan untuk menggembirakan hati dia.
Ada yang pergi tak?
. Kalau ada yang pergi, nanti kita jumpa di sana ya? Nampak Kak Fa tu, tegur-tegurlah ya? Sebab terkadang Kak Fa ni tak kenal, tak pun terkadang Kak Fa ni tak terperasan. Kalau ada yang masih berhajat nak bawa anak-anak kecil masing-masing… Anda masih boleh berbuat begitu, untuk segala maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman sesawang http://www.pinkfong.com/musicalmalaysia2018 dengan kadar sesegera mungkin.
fuh boleh tahan rega tix, aci tak nak bawa sorang si kecik ni je? hihihi...
ReplyDeleteanak saya kalau tengok baby shark do do , terus diam
ReplyDelete