Pendekatan ORTON-GILLINGHAM Buat Anak DISLEKSIA Di ALTUZ ACADEMY

Farah Waheda Wahid
0
ORTON-GILLINGHAM FOR DYSLEXIA INTERVENTION ALTUZ ACADEMY (9)

Dengar jer perkataan DISLEKSIA, Kak Fa terus teringat kepada filem lakonan Aamir Khan yang berjudul Taare Zameen Par. Kaitannya dengan topik entri Kak Fa hari ni? DISLEKSIA. Filem Taare Zameen Par memberikan gambaran mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Ishaan Awasthi Nandkishore yang berusia 8 tahun yang mempunyai masalah DISLEKSIA yang terkeliru dengan bentuk huruf yang dilihat jumbling up di antara satu sama lain. Yes… Anak-anak DISLEKSIA is not all about seeing b as d, q as p and sort of things ya. To be honest, sebelum-sebelum ni, Kak Fa memang tak berapa nak berani nak kupas lebih-lebih mengenai DISLEKSIA disebabkan kerana pengetahuan Kak Fa mengenai DISLEKSIA tidaklah begitu banyak. Yang menjadikan entri ni muncul adalah disebabkan Kak Fa berkesempatan untuk mengikuti talk mengenai pendekatan ORTON-GILLINGHAM buat anak disleksia di Altuz Academy yang bertempat di Solaris Mont Kiara. Seronok ni nak kongsi pengalaman Kak Fa ni. Seronok sebab nak kongsi ilmu yang Kak Fa dapat bersama-sama anda supaya anda pun sama-sama celik DISLEKSIA bersama Kak Fa. This does not apply hanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak DISLEKSIA ya? Untuk semua, supaya kita tidak tersalah konsep dan tersalah anggap.

ORTON-GILLINGHAM FOR DYSLEXIA INTERVENTION ALTUZ ACADEMY (1)

ORTON-GILLINGHAM FOR DYSLEXIA INTERVENTION ALTUZ ACADEMY (8)

Sebab apa Kak Fa mentioned the words tersalah konsep dan tersalah anggap? Sebabnya mostly people out there tend to have the tendency untuk salah anggap tentang DISLEKSIA. Some people out there very skeptical about DISLEKSIA dan menganggap yang DISLEKSIA ni adalah sejenis kecacatan ataupun kekurangan upaya. To be precise, what people always have in their mind tentang DISLEKSIA ni adalah anak-anak yang mengalami kesukaran di dalam menghadamkan sesuatu di dalam proses pembelajaran mereka. Hakikatnya, please take note…Take note ya, take note… otak anak DISLEKSIA berbeza di dalam memproses maklumat secara menyeluruh. Keupayaan mereka di dalam melihat gambaran menyeluruh (big picture connections) yang mana sukar bagi otak anak-anak DISLEKSIA untuk memproses butiran kecil atau halus (fine details). Otak anak DISLEKSIA berkembang dengan cara atau corak yang berbeza. Maybe this video can assist to explain:


Kak Fa nak tambah sedikit informasi hasil daripada pembacaan Kak Fa di dalam buku The Dyslexic Advantage – Unlocking The Hidden Potential of Dyslexic Brain yang ditulis oleh Brock L.Fide dan Fernette F.Eide. Anak DISLEKSIA ada empat (4) kekuatan utama ok?

  • Kelebihan Melihat Sesuatu Di Dalam Bentuk 3D (M-Strength) – Material Reasoning
  • Kelebihan Melihat Sesuatu Dari Sudut Berbeza (I-Strength) – Interconnected Reasoning
  • Berfikir Secara Naratif (N-Strength) – Narrative Reasoning
  • D-Strength – Dynamic Reasoning

Mungkinlah ramai yang tak perasan atau tidak pernah mengambil tahu tentang tokoh-tokoh atau selebriti yang telah mencipta nama sebenarnya adalah anak-anak DISLEKSIA. Dalam entri ni, Kak Fa nak kongsikan sedikit di antara anak-anak DISLEKSIA yang telah mempunyai nama di dalam bidang mereka sendiri. Antaranya adalah Albert Einstein, Pablo Picasso, Tom Cruise, Richard Branson, Henry Winkler, Steven Spielberg, Mohammed Ali, Anne Bancroft, Cher, Jewel, Orlando Bloom, Liv Tyler, Whoopi Goldberg, Alyssa Milano dan ramai lagi. Kalau tak percaya, anda boleh cuba Google.

So? Apa kaitan ALTUZ ACADEMY dengan anak-anak DISLEKSIA pula? Apa peranan dan bagaimana pula ALTUZ ACADEMY boleh membantu dari segi memberi solusi kepada ibu bapa yang mempunya anak DISLEKSIA tetapi mengalami masalah untuk mencari tempat yang betul di dalam membantu anak-anak masing-masing? This is what you need to pay attention to ya? So read on.

ORTON-GILLINGHAM FOR DYSLEXIA INTERVENTION ALTUZ ACADEMY (7)

ALTUZ ACADEMY is the first centre to introduce the accredited Orton-Gillingham Approach to reading intervention that aligns with the Standards set by IDA. This is what ALTUZ ACADEMY does. Itu yang Kak Fa faham dan dapat tahu on last Saturday bila Kak Fa sit down dalam kelas Introduction to Orton-Gillingham Remedial Reading and Handwriting by Dr Choy Su-Ling. Dr Choy Su-Ling ni adalah seorang BA Media Studies (Major), Political Science and Performing Arts (Minor) dari Universiti Malaya Double Book Prize, MBA E-Commerce dari Charles Sturt University, PhD Media Studies dari Universiti Malaya, National Endowment for the Arts Fellow dari Institute of Dance Criticism Duke University, Jurnalis The Star selama 8 tahun dan pemenang 2012 Bronze for Best Media Event Award. Banyak kan pengalaman dia?

Dan hari ini, Dr.Choy Su-Ling bersama-sama dengan Pengurus ALTUZ ACADEMY telah mencipta sejarah komuniti disleksia antarabangsa dengan menjadi dua orang pertama AOGPE-trained academic language therapist di Malaysia. Bagi yang tak tahu AOGPE tu apa, AOGPE ni adalah all academic language therapist yang menerima latihan dan dipantau serta diakreditasi oleh International Dyslexia Association (IDA). Yang bagusnya? Bila ada orang Malaysia terlatih begini? ALTUZ ACADEMY adalah pusat pendidikan premier bagi DYSLEXIA intervention.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak DISLEKSIA kini, mempunyai pilihan untuk membawa anak-anak masing-masing yang mengalami DISLEKSIA ke ALTUZ ACADEMY bagi membantu mereka. Smile. Alhamdulillah kan? Tapi Kak Fa pasti, ada yang tertanya-tanya apa itu pendekatan ORTON-GILLINGHAM yang dilakukan oleh ALTUZ ACADEMY ni? Bagaimana fungsinya? This is what I understand from last Saturday class or talk. Harapnya Kak Fa dapat memberikan penjelasan yang sebaiknya paling ringkas lah ya?

ORTON-GILLINGHAM FOR DYSLEXIA INTERVENTION ALTUZ ACADEMY (6)

Dr. Samuel Terry Orton adalah di antara individu yang terawal mengesan sindrom DISLEKSIA di kalangan pelajar dan beliau mengesyorkan agar:

Fundamentals of phonic association with letter forms, both visually presented and reproduced in writing until the correct association were built up.

Pada pertengahan 1920an, Dr. Orton mengatakan pengukuhan kinesthethic-tactile boleh membantu antara lainnya anak-anak yang selalu keliru dengan huruf b dan d. Mereka ini dilatih tubi menulis huruf b dan d. Bagi huruf b mereka diajar menulis garis vertikal dulu, kemudian bulatan di depan. Bagi huruf d, mereka dilatih tubi melukis bulatan dulu, kemudian garis vertical.

Anna Gillingham dan Bessie Stillman menggunapakai kaedah Dr. Orton ini di dalam manual pengajaran mereka yang berasaskan multi sensori pada tahun 1936. ALTUZ ACADEMY adalah salah satu pusat yang menggunapakai kaedah dan prinsip yang terdapat di dalam manual ini dengan beberapa penambahbaikan yang bersesuaian. Antara sebab anak-anak DISLEKSIA lemah membaca adalah kerana mereka sukar untuk mengenalpasti bunyi yang terdapat di dalam perkataan; menggabungkan bunyi untuk membentuk perkataan atau membahagikan perkataan berdasarkan bunyi. Kelemahan ini menyebabkan sukar bagi mereka untuk membaca perkataan hanya dengan melihat (word recognition) yang mana ia menjejaskan kebolehan mereka untuk memahami teks dengan cepat.

Anak-anak belajar dengan pelbagai cara yang berlainan. Ada yang lebih mudah belajar dengan melihat (visual learners), ada yang cenderung menggunakan deria pendengaran (auditory learners) dan ada yang lebih mudah belajar dengan melakukan (kinesthethic learners). Itulah pendekatan ALTUZ ACADEMY bagi anak-anak DISLEKSIA.

ORTON-GILLINGHAM APPROACH

Anak-anak DISLEKSIA akan dilakukan penilaian terlebih dahulu, kemudiannya akan dikeluarkan individualized tutoring plan diikuti dengan lesson report dan monthly progress report.

ORTON-GILLINGHAM FOR DYSLEXIA INTERVENTION ALTUZ ACADEMY (5)

ORTON-GILLINGHAM FOR DYSLEXIA INTERVENTION ALTUZ ACADEMY (4)

ORTON-GILLINGHAM FOR DYSLEXIA INTERVENTION ALTUZ ACADEMY (3)

ORTON-GILLINGHAM FOR DYSLEXIA INTERVENTION ALTUZ ACADEMY (2)

Kak Fa seriously rasa yang semua ibu bapa di Malaysia yang mempunyai anak-anak DISLEKSIA sepatutnya sekurang-kurangnya sekali menjejakkan kaki ke ALTUZ ACADEMY demi memahami dengan lebih terperinci dan mengenal dengan lebih dekat kaedah ORTON-GILLINGHAM yang dapat membantu anak-anak DISLEKSIA. Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan lanjut:


Alamat:
ALTUZ ACADEMY
Unit 9, Level 3, Block A
Jalan Solaris
Solaris Mont Kiara
Kuala Lumpur, Malaysia


Telefon:
+60323892265

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !