Kerana Pulut Santan Binasa…Kerana Mulut Badan Binasa

Farah Waheda Wahid
0
KERANA PULUT SANTAN BINASA KERANA MULUT BADAN BINASA
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

#throwback entri tahun 2013 on Budaya Sindir-Menyindir, tepatlah kata-kata Kerana Pulut Santan Binasa…Kerana Mulut Badan Binasa. Itu dulu, ada penambahan sedikit kata-kata itu di era teknologi digital sekarang ini, kerana pulut santan binasa…kerana mulut, media sosial dan blog juga badan binasa. Betul tak? Seolah-olah sudah menjadi trend pula budaya sindir-menyindir dalam kalangan masyarakat. Trend dan juga virus. Kalau tak percaya, cukuplah sekadar buka laman Facebook anda dan cuba lihat apa yang lalu di wall masing-masing. Mesti jumpa punya… Mesti jumpa… Status-status yang dimuatnaik yang disulam dengan ayat-ayat lembut yang dinamakan kiasan dan juga sindiran. Huuu… Kak Fa ni tak adalah baik mana pun, tetapi kadang-kadang tu hati Kak Fa ni jadi takut mengenangkan status-status yang Kak Fa pernah muat naik di laman media sosial Facebook. Mungkin dalam sedar tak sedar, Kak Fa tak bermaksud begitu untuk menyindir tetapi ada individu-individu yang terasa tersindir… Mungkin dalam sedar juga, memang Kak Fa pernah memuatnaik status yang sememangnya Kak Fa tujukan pada individu-individu yang berkenaan disebabkan kegagalan mengawal emosi… Ya… Kak Fa mengaku… Kak Fa pun terlibat. Tapi tak adalah tegar menjadi seorang penyindir.

Apa yang Kak Fa tonton dan dengar melalui siaran berita Buletin Utama, TV3 semalam sedikit sebanyak memberikan peringatan kepada Kak Fa dan juga memberikan iktibar kepada Kak Fa. Ada terperasan atau terbaca di mana-mana tak? Berita mengenai Pembantu Tadbir Maut Ditikam Rakan Sekerja. Dikatakan mangsa kerap menyindir suspek sehinggakan suspek menjadi murung dan berdendam. Allahuakbar. Hati-hatilah kita semua oiii…. Apa sahaja yang keluar dari jari-jemari kita ke papan kekunci gajet dan juga apa sahaja yang keluar dari mulut kita ni ha. Kita ni kadang-kadang kalau dah terlalu teruja atau terlalu emosi pun boleh jadi terbabas juga. Jangan nak kata sesiapa. Cukup kita lihat diri kita sendiri jer masing-masing.

Sindir-menyindir itu bukanlah budaya Islam. Seronok ke sindir-menyindir ni? Kalaulah anda yang menjadi mangsa, adakah anda suka? Sindir-menyindir atau sarkastik atau As-Suhriyah adalah budaya yang dilarang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Bahasa sindiran adalah bahasa Allah SWT menyindir ahli neraka. Ia juga bahasa yang digunakan oleh orang yang di dalam dirinya ada sifat nifaq dan kufur. Allahu… Insaf… Jomlah kita semua-semua ni sebagai orang Islam mencuba sehabis boleh untuk menghentikan budaya ini daripada diri kita, ahli keluarga kita seterusnya masyarakat kita.

Allah menegur orang beriman mengenai budaya kata-kata yang menyakitkan hati orang lain melalui ayat 11, Surah Al-Hujurat:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

Manakala dalam ayat 79 Surah At-Taubah menunjukkan budaya mencela dengan menyindir dan mengejek adalah sifat orang munafik:

“Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, – Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” 1
Zaman sekarang manusia sakit. Budaya sindir-menyindir bertapak dalam hati manusia. Budaya sindir-menyindir dijadikan sebagai salah-satu cara untuk menegur atau menyatakan ketidakpuasan hati. Sebabnya? Sebabnya bukan semua orang boleh menyampaikan teguran dengan berterus-terang dan bukan semua orang yang boleh menerima teguran yang agak kasar, jadi pilihan yang ada terkadang tu, harapnya dengan sindirian atau kiasan, mereka akan faham.

Ada juga keadaan di mana, seseoang individu tidak sedar yang mereka disindiri. Kebiasaannya istilah thick skin memang sinonim. Kemudian, datang pihak ketiga, pihak keempat, pihak kelima yang masuk campur dan sama menyindir sambil membawang. Sindiran boleh menjadi gurauan santai, sindiran yang berlebihan batas boleh membuatkan sesuatu hubungan itu semakin jauh dan juga semakin renggang. Ada yang bertanya… Motif suka sangat menyindir? Mungkin untuk kepuasan dirilah kot? Macam ala-ala… Seronoknya, puasnya rasa, terluahnya rasa. Huuuu…. Cuma tulah, kalau kita rasa diri kita berkebolehan tinggi dan berbakat untuk menyindir individu lain, tidak mustahil akan ada individu lain yang lebih hebat menyindir kita semula. Kalau sekadar sindir balik tu ada ampun juga… Tapi kalau sampai kemurungan dan berdendam macam kes yang dilaporkan oleh berita semalam? Nauzubillahminzalik. Moga-moga dijauhkanlah dari kita semua. 

Budaya sindir-menyindir, ada pro dan ada kontra. Terpulang kepada individu bagaimana untuk mencorakkan diri masing-masing dan tampilkan diri di khalayak ramai. Kalau kita rasakan dengan sindir-menyindir itu boleh menampilkan ketrampilan budaya tinggi dan patut dicontohi, teruskan. Tapi kalau rasa sindir-menyindir itu mengurangkan budaya dan bahasa diri sendiri, janganlah sesekali terjebak atau buat.

"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzalimi dan menghinanya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan2 hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat." -- HR. Ibnu Umar RA Kitab Sahih Muslim 4677

Kak Fa? Kak Fa selalu fikir, muatnaik jerlah apa-apa perkara yang baik di media sosial. Akan ada orang lihat dan akan ada orang yang membaca juga walaupun mungkin tiada sebarang maklum balas atau kurang maklum balas. Setiap hari dok ingatkan diri sendiri walaupun tak lari dari khilaf, jangan letih nak memuatnaik sesuatu yang baik. Usaha kita itu MALAIKAT catat, ALLAH nilai…. Kak Fa oh Kak Fa, jadikanlah medan sosial sebagai buku amalan catatan pahala ya Kak Fa? Bukan catatan dosa… In Shaa Allah… Kak Fa usaha.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !