Jom Kita Date? PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018

Farah Waheda Wahid
0



Dear parents of Malaysia… jom kita date? PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018. Alaaa… jomlah… jomlah… Mesti anak-anak suka ni kan? Winking smile Terutamanya anak-anak kecil yang sangat-sangat biasa dengan lagu berhantu Baby Shark tu. Tapi bilanya nak date tu? Haaa…Ni lah Kak Fa nak khabar ni, tapi kenalah habiskan pembacaan entri ini dulu ya? Supaya tak adalah anda terlepas setiap inci informasi mengenai PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018 ni. Nak tau, silalah gigih untuk bertabah membaca baris demi baris entri Kak Fa kali ini.

Di dalam gaya bercerita kepada anak-anak kecil – Nak tau takkkk? Rolling on the floor laughing Konsert PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018 bakal datang ke Malaysia pada bulan September 2018 ni nanti! Hoorayyy! Sorak anak-anak kecil kita semua kan kalau mereka tahu dan faham? Winking smile  Iya… Konsert PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018 memang akan datang ke Malaysia dengan watak-watak asli dari Korea. Bukan setakat kakak-kakak, abang-abang yang sukakan K-Pop, bukan setakat mak ayah yang layan cerita Korea di kaca televisyen atau gajet, tetapi anak-anak kecil pun boleh berpeluang layan artis Korea juga. Nyah-Nyah. Amboi Korea sungguh orang Malaysia sejak-sejak beberapa tahun kebelakangan ni kan?

Nak dijadikan cerita, Konsert PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018 ini akan bermula dari 8 September 2018 sehingga 16 September 2018 di KLCC Plenary Hall. Tak boleh masuk macam tu jer tau… Sebelum nak masuk, haruslah kena beli tiket masuk dulu. Ada tiket bukan tak ada tiket. Ate kome ni… Nama pun konsert di KLCC Plenary Hall. Haruslah bertiket… Jauh datangnya tu… dari Korea, takkanlah kita nak tonton percuma ajer ya tak? Betul tak? Kita ni pun, kalau bekerja nak ada gaji ya tak? Samalah tu konsepnya.

Bila dah kata bertiket, confirm soalan yang muncul di dalam kotak pemikiran masing-masing – Berapa harga tiket? Meh sini Kak Fa tolong jawabkan persoalan anda tu. Smile. Harga tiket masuk bagi Konsert PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018 ini adalah mengikut kategori masing-masing iaitu tiket VVIP RM228.00, tiket VIP RM138.00 dan tiket PS1 bernilai RM88.00. 


Alaaa… tak ada EARLY BIRD ke? Adaaa… Mana boleh tak ada… Pada asalnya promosi EARLY BIRD adalah bermula dari 9 Julai 2018 sehingga 22 Julai 2018 sahaja. Akan tetapi, berita terkini yang bakal menggembirakan semua ibu bapa dan kanak-kanak di Malaysia, promosi EARLY BIRD telah dilanjutkan sehingga 31 Julai 2018. Hah apa lagi? Grab lah peluang ni selagi boleh. Nanti bila dah tamat promosi EARLY BIRD, jangan nak salahkan Kak Fa kata Kak Fa tak beritahu lah, Kak Fa tak highlight lah, Kak Fa tak info lah… Tak mau, tak mau, Kak Fa tak nak baca atau dengar tu semua. Jangan nak claim yang Kak Fa tak payung Umbrella anda tentang lanjutan promosi EARLY BIRD ni ya? Ini Kak Fa dah beritahulah ni.

Istimewanya? Untuk pembelian bagi bukan pelanggan Astro anda layak mendapat diskaun 15% dan bagi pelanggan Astro anda layak mendapat diskaun sebanyak 20% di dalam siri promosi EARLY BIRD ini. Pelanggan-pelanggan Astro boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut di www.astrocircle.com.my ya? Tiket boleh didapati bermula dari:

1. 7 Julai 2018 sehingga 8 Julai 2018 di Pavilion Kuala Lumpur.
2. 9 Julai 2018 dan seterusnya melalui hotline TicketCharge (03-9222 8811), walk-in sales at TicketCharge appointed stores dan online ticket sales via pinkfong.com/musicalmalaysia2018. 

Jadual persembahan juga boleh didapati melalui laman web pinkfong.com/musicalmalaysia2018. Semua maklumat yang anda perlukan semua ada di situ. 

PINKFONG BABY SHARK LIVE MUSICAL 2018 (2)

Kak Fa dah ada tiket… Jomlah kita date sama-sama sambil-sambil menggembirakan hati anak-anak kecil kita. Mesti comel anak-anak kecil menari-nari dan mengikuti bait-bait lagu-lagu menarik dari PINKFONG. Kak Fa dapat bayangkan betapa Kak Fa akan tersenyum sorang-sorang jer ni ketika di dalam dewan konsert menyaksikan anak-anak kecil dengan pelbagai telatah dan ragam nanti. Sesekali buat sweet surprise untuk anak-anak tak ada salahnya Kak Fa rasa kan? Winking smile

Ok, kita jumpa di sana nanti ya? Nampak Kak Fa dengan Firash nanti tegur tau, jangan tak tegur.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !