Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Jalanraya dah mula lenggang sedikit nampaknya hari ini. Satunya sebab sememangnya dah mula cuti sekolah, keduanya sebab ada yang sudah beransur-ansur pulang ke kampung halaman.
. Masih ada yang belum balik kampung, masih ada yang belum mula packing barang untuk balik beraya. Sama ada tak sempat, tak tahu nak mulakan dari mana ataupun rasa malas untuk packing menghantui segala. Muahahaha…
. Tak apalah… Untuk segala masalah-masalah tu, Kak Fa ada sedikit TIPS packing barang dalam masa kurang sehari untuk balik beraya yang mungkin anda boleh praktikkan. Mana tahu kalau-kalau berguna kan? kan? kan?
Sediakan Senarai Untuk Setiap Ahli Keluarga
Sila rajinkan diri anda untuk sediakan satu senarai untuk setiap ahli keluarga. (Maybe seminggu sebelum?). Tak kira sama ada anda nak buat senarai atas kertas, dalam buku nota mahupun di dalam telefon pintar anda. Senarai ni berfungsi sebagai checklist ketika mengemas untuk memastikan supaya tidak ada satu pun barangan keperluan anda tertinggal. Huuuu… Pernah terjadi kes di mana, kemas punya kemas, packing punya packing, ada di antara kita-kita ni yang tertinggal baju raya. Allahu… Nak patah balik dah jauh kan? (Kena yang kampung jauh-jauh tu…). Silap-silap dah kena tambah costing terpaksa membeli baju raya bidan terjun last-last minute. Betul tak? Siapa yang pernah jadi macam ni? Sila angkat tangan!
ha ha ha… Mesti serik dah lepas tu kan? Kak Fa tak pernah sebab Kak Fa tak pernah balik kampung…Kampung sejengkal jer…
Lipat Atau Gulung Baju Dalam Beg
Orang kata, gulung baju lebih menjimatkan ruang di dalam beg. Jadi silalah gulung baju supaya dapat menjimatkan ruang dan juga senang untuk keluarkan satu persatu ketika menyemak semula segala bagai keperluan balik kampung anda.
Untuk baju yang mudah berkedut, selalunya baju raya mak-mak dan anak-anak dara lah. Gosok terlebih dahulu baju elok-elok, cantik-cantik dan simpan baju di dalam pelindung plastik sebelum dilipat kemas atau diletakkan di dalam bonet kereta atau digantung di dalam kereta. Plastik tersebut sedikit sebanyak bersifat melindungi. Kalau dah gosok siap-siap, makanya kebarangkalian untuk berebut seterika dengan sepupu sepapat, adik beradik dapat diminimakan sewaktu malam atau pagi raya ya? 
Barang Kemas Dan Produk Kecantikan Disimpan Di Dalam Bekas Kecil Yang Kompak
Dah ada dalam video yang Kak Fa kongsikan di atas, tak perlulah nak bawa botol-botol yang besar-besar, packaging-packaging yang besar-besar. Cukup sekadar bawa di dalam kuantiti yang dianggarkan untuk anda pakai sahaja. Barang kemas tu pun… Tak perlu letak dalam casing barang kemas yang bagak-bagak tu. Ada cara nak simpan dengan selamat dan terlindung kan?
Nak Mula Dari Mana?
Kalau Kak Fa lah… Kak Fa akan mula dari dengan pakaian suami isteri dahulu, kemudian barulah pakaian anak. Dah selesai dengan pakaian, Kak Fa akan beralih pula kepada toileteries. Ini penting pada Kak Fa ooo… Selepas toileteries, medical kit. Medical kit ni termasuklah juga Essential Oil yang Single Oil mahupun yang sudah diblend. Penting! Pengakhiran, bekalan susu formula dan juga botol susu anak di dalam satu beg khas yang berasingan dengan pakaian.
Yang mempercepatkan adalah senarai yang telah disiap-sediakan tu. Senarai sebenarnya yang bantu kita mengemas dengan lebih sistematik dan teratur. Macam Kak Fa ni, jenisnya memang tak boleh tak ada senarai. Wajib ada senarai, kalau tidak memang akan ada barang-barang yang Kak Fa akan lupa. Mesti ada salah satu yang Kak Fa terlupa. Huuuu…. Kalau ada senarai, tak sampai setengah hari dah boleh selesai dah packing.
. Tapi kalau rasa tak nak terkejar-kejar, mungkin boleh mula seminggu lebih awal secara perlahan-lahan kot?
Cerita tentang packing macam beria nak balik kampung… Muahahaha… Walhal tak pun… Saja jer kongsi, mana tahu bermanfaat untuk anda-anda yang nak balik kampung tu yang masih belum mula packing. Takpun, manalah tau entri Kak Fa ni jadi reminder ataupun penggerak yang anda belum berkemas lagi. Haaa… Dah… Pergi berkemas cepat! Nanti tergopoh-gapah berkemas ada jer yang terlupa… Yang bekerja tu, malam ni lepas iftar dah boleh mula berkemas kot? Selamat balik kampung untuk semua… Kak Fa ada sini jer… Tak ke mana-mana pun… Kampung Kak Fa kan sejengkal cuma… 
great tips
ReplyDelete